Rabu, 25 September 2013

Post Match vs Stoke: Top of the League!!


Ketika sambutan hangat dari depan Armoury Square dari penyokong setia bagi meraikan home debut untuk Ozil, 3 assits dari Ozil dihadiahkan kesemuanya melalui set pieces.Untuk score melalui set piece lawan team fizikal macam Stoke memang jarang2 berlaku dan memerlukan sesuatu yang istimewa dan ternyata sentuhan Ozil ada istimewanya.Dah jadi top assist dalam liga walaupun baru main 2 game, mungkin sepakan2 percuma dan sudutnya dikatakan nasib menyinggah kepala Mertesacker dan Sagna tapi tak boleh nafikan kehadirannya memberi lift up kepada rakan sepasukan lain untuk step up to the next level, bak kata Gibbs, mereka bermain sebagai satu pasukan masing2 buat kerja masing2 dan mengenali taraf serta status Ozil, masing2 berusaha untuk tidak mengecewakan rakan baru mereka.Bukan saja Rambo yang terus score, serta Ozil menjadi tumpuan malah game tersebut juka highlights beberapadetik istimewa dan unsung hero.1stly bakat Serge Gnabry, dan lagak Flamini da boss!

Last2 minit sebelum kick off, nama Theo terpaksa dikeluarkan maka Gnabry masuk sebagai pengganti dek kerana kita memang short bahagian wide,big guns macam Podolski,Cazrola,Rosicky yang biasanya dikerah kat situ semua injured.Maka tibalah  peluang youngster Jerman ni unyuk Premier League debut.Ternyata tak menghampakan,prospek yang masih banyak boleh digilap tapi ciri2 awal dah ada, fizikal , teknikal, dribble positioning, passing basic semua dah ada.Self confidence kena kasi up tapi itu takde masalah jika dia diberi peluang berterusan macam gini.Kecederaan Theo mungkin makan masa berminggu, Walcott kena lalu kata omputeh,  minor abdominal procedure tapi dia akan kembali lepas internationaleleh.Peluang buat Gnabry sekali lagi paling awal lawan Wst Brom esok dalam league cup.Get well soon Theo.



MOTM game malam tu dapat ke Flamini dan pasti tak ada yang nak menafikan haknya.Bila ko main bagus, ko bagus, ko layak tak kira la ko free ke, ko  kerdil ke ko bukan expected signing ke.Semua manusia buat kesilapan, sepertimana Flamini dulu tersilap dengan cara dia memblahkan diri dari Arsenal, begitu jugak kita atau gua sendiri yang silap mengondem dan curiga akan re-signing ni. Mungkin terlalu awal , 3 game tak cukup untuk judge semua puas hati tapi at least setakat ni dia dah all out bagi yang terbaik ketika kita memang perlukan cover bahagian tengah.Dia slot in baik punya marshaled bahagian tengah dan kadang2 memang kelihatan agak poyo mengarahkan itu ini dan jerit ke sana ke mari tapi itu yang kita perlukan, character bossy biar ada fighting spirit siket dalam element game Arsenal. Pernah satu part tu player Stoke asyik attack Jack memanjang , tak tahan tengok rakan dilayan sedemikian rupa Flamini berlagak macam dah cukup tinggi sound terus player Stoke depan2 muka.Kebetulan lepas tu, Jack dah tak diganggu.Ilmu apa dia pakai gua tak tau. Tapi yang pasti Flamini tak berjiwa mini,determination, work ratenya cukup tinggi malam tu. Arteta kena kerja keras untuk kembali ke dalam pasukan.Cameo dari Arteta cukup melegakan, sekurang2nya kita dah ada pairing afdal untuk setiap posisi. Esok game Carling cup gua expect ramai player2 yang tak dapat chances akan beraksi begitu jugak yang baru pulih, untuk dapat game time dan slow2 tembus 1st team. Lawan WBA away bukan calang2.Satunya, mereka menang ke atas Sunderlandl baru2 ini sampai Paolo Di Canio jadi manager pertama kena pecat, keduanya tekanan sedikit di pihak kita kerana dengan form ni, kita dilihat sebagai pasukan pilihan dan sebarang setback result pastinya akan membantutkan moral serta mengundang cerita2 negatif.Lagi2 kita dalam misi mempertahankan rekod cemerlang away memburu kemenangan ke 11 berturut2.

Update kecederaan tak ada siapa yang paling hampir nak return kerana dalam batch2 injured lama, Rosicky dijangka akan 1st kembali itupun minggu depan.Fabianski akan berada dalam squad esok begitu jugak Viviano.Selain tu, striker option, pastinya Arsenal ternanti2 akan aksi apakah yang bakal disajikan oleh Bendi esok jika diturunkan. Dia dilihat alternatif yang tinggal setelah Giroud solo main semua game pasti direhatkan, Walcott injured dan PakCu?MIA. Jadi Bendi yang sanggup tak nak blah sebab tak nak potong gaji, better main betul2 dan guna peluang ni kembali untuk redeem kepercayaan para penyokong.Monreal, Mael, Arteta Jenkinson dan beberapa youngster akan diberi peluang semestinya esok.

Ingat gua lagi tak??

Agi idup agi mengGunners!!



1 ulasan:

myhuonglequyen berkata...

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

Giaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.