Jumaat, 27 September 2013

Post Match League Cup :Arsenal Mara


Arsenal melayakkan diri ke pusingan keempat dan menempah jodoh bersama Chelsea. Skuad campuran dengan barisan muda serta berpengalaman yang jarang mendapat game time atau baru pulih dari kecederaan terpaksa bekerja keras di Hawthorns apabila hanya mampu terikat seri 1-1 sepanjang 120 minit manakala menang melalui sepakan penalti 4-3 tanpa Fabianski perlu save. Kah3. tahun lepas kita terkeluar tewas melalui sepakan penalti apabila kapten Maael gagal sempurnakan penalti terakhir. Nasib Gnabry tak sama walaupun menjadai pemain tunggal dari Arsenal gagal score apabila Monreal tenang menyempurnakan last penalti untuk Arsenal mara ke pusingan berikutnya. Match ni jugak tertumpu pada kepulangan Bendi. Yang berwajah baru dengan jambang dan rambut pony tail ala bajet Beckham jersi pun nak no 23, Bendi main 120 minit assist sebijik untuk Thomas Eisfeld dan jugak score penalti 1st.Sumbangan yang boleh dikira ok la lepas 2 tahun tak main dalam jersi Arsenal dan memag sah hampir2 nak blah summer lepas cuma last2 minit di hujung waktu perpindahan hajatnya tak kesampaian. Bendi melahirkan perasaan terharunya apabila disambut dengan positif oleh penyokong2 yang bertandang away setelah apa yang berlaku 2 musim lepas, orang dah tak nampak yang sehingga hari ini dia masih lagi player Arsenal tapi itulah realitinya, dia masih player kita dan dia bersedia untuk redeem maruah dan menebus kesilapan bagi menghargai sokongan para penyokong Arsenal. Game malam tadi jugak menyaksikan kepulangan Arteta yang main lebih 90 minit. Bagus jugak untuk kembali kepada fitness bagi membantu perjalanan liga yang bakal bersambung esok.



Walaupun rekod away kita tak meneruskan kecemerlangan dengan kemenangan ke 11 apabila hanya mampu seri bersama WBA di masa sebenar, kita masih perlu meneruskan rekod tanpa kalah atau boleh start balik cipta kemenangan away eso di Wales. Arsenal bakal berdepan Swansea. Senarai kecederaan tak ada apa2 tambahan dengan Rambo bakal menjalani ujian, Flamini ada kecederaan minor di bahu tapi melihat kepada dia tersenarai di bangku simpanan ketika match Rabu lepas, gua rasa tak ada masalah untuk dia diturunkan.Theo masih lagi injured, 3-5 minggu kata Wenger.Sudah ada bunyi2 bayangan Wenger mungkin akan memberi peluang lagi kepada Gnabry untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan memandang palyer seperti Rosicky, Chambo, Poldi,Cazorla jugak injured. Rosicky akan kembali minggu depan, Cazorla hanya akan join lepas internationaleleh.

Silent Stan tiba2 bersuara. Dan Kroenke telah memilih waktu yang selamat untuk bersuara-ketika Arsenal berada di puncak liga, dan tengah on form. Tak lain dan tak bukan, dia memberi backing 100% untuk Wenger stay dengan pelbagai pujian dan kredit dilontarkan. Gua tak dapat bayangkan jika keadaan berlaku sebaliknya dan Silent Stan takkan berani keluar dari kepompong keDIAMannya itu.Dia seorang bisnesmen, orang2 bisnes sealalunya opportunist, hanya akan bertindak ketika perlu. Mungkin terlalu awal lagi untuk membincangkan kontrak lanjutan Wenger. Kontrak sedia ada bakal tamat Jun tahun depan , gua tak menafikan kreadibiliti serta jasa Wenger, malah impian cita2 serta cintanya terhadap kelab, semua pihak dah sedia maklum. Cuma seperti yang pernah dilafazkan Wenger dulu,biarlah segalanya selesai hingga May tahun depan, tengok dari hasil musim ini adakah masih mampu Arsenal diperangkat ke satu tahap yang lebih tinggi, to the next level dalam cabaran bola sepak modern.Dan lihat sama ada mampukah lagi idea2 Wenger digunapakai atau kita memerlukan sedikit refreshment dan angin baru.Namun landasan yang telah disediakan Wenger selama ini memang cukup mantap dan konsisten.Itu yang didambakan oleh sesebuah kelab.Jika Wenger masih orang terbaik, silakan jawatan tersebut pasti miliknya.Tak perlu rushing lagi ketika ini , itu pendapat gua secara peribadi.

Agi idup Agi mengGunners!!  


0 ulasan: