Selasa, 1 Oktober 2013

Post Swansea, Pre Naples + 17 years and still counting..

Kemenangan ke atas Swansea 2-1, game bertemu Napoli awal pagi ini di mana Arsenal berazam untuk hentikan sekadar 'flirting2' dalam kejohanan UCL dan ditengah2nya, ulang tahun ke 17 Arsene Wenger di Arsenal yakni hari ini 2 Oktober.Kita mulakan ikut turutan dengan game Sabtu lepas menjadi pembuka bicara.



Satu lagi kemenangan away kelapan berturut2 dalam liga, rekod sempoi gila baq hang menyksikan Arsenal kekal top of the league bilamana berlaku pada hari yang sama juga, Spuds,Chelsea, United dan City gagal mengutip mata penuh.Cuma Liverpool berflirting2 dengan takhta liga dengan kembalinya Suarez. MOTM malam itu di Liberty Stadium pastinya tak lain tak bukan Rambo the man on fire,sebijik gol dan sebijik assist namun berita lebih sensasi sewajarnya ditujukan buat penampilan bersahaja Gnabry dalam 2nd startnya dan mendapat gol pertama kerjayanya buat Arsenal.Terbaik! The young Jerman menenggelamkan atau dengan bahasa yang lebih moleknya merehatkan sedikit faktor rakan senegaranya Ozil yang kelihatan agak penat dan standard di bawah par. Namun secara teknikalnya bahagian tengah Arsenal malam tu agak kurang menjadi dengan kurang pace, tempo agak slow serta hilangnya kaki2 magik daripada Cazorla, Rosicky Theo .Poldi,Chambo menyebabkan kurangnya kreativiti.Beban di bahu Ozil agak sukar digalas tapi nasib baik Rambo dan Gnabry step up. Apa yang gua suka pada pemain muda Jerman ni dia punya konfiden diri makin meningkat game by game, minit demi minit serta keupayaan bermain bagai satu pasukan dan bijak mengadaptasikan taktikal jelas terpancar.Tahu bila masa perlu attack, bila masa kena turun tolong defend.Dia tak malas membantu Sagna di RB, kadang2 kita lihat dia di tengah2 antara Flamini dan Jack kadang2 kita perhatikan dia tolong clear belah kiri pulak, rajin budak ni.Boleh pergi jauh.Satu lagi permata yang digilap oleh Wenger, tak sia2 17 tahun ada kat sini. Tapi pelik Wenger tak bagi peluang pada dia habiskan 90 minit ketika dia tengah up, dikeluarkannya masukkan Arteta ketika kita tengah lead 2-0, taktikalnya nampak macam kita dah berpuas hati dan ingin kekalkan score tapi lain pulak jadinya. Bukan gua kata masukkan Arteta game plan jadi hancor, bukan, cuma apa yang berlaku secara kebetulan back4 kita switch off keap terutama membiarkan Davies buat one two dan menyelinap masuk tanpa sebarang halangan untuk menambahkan nervous pada ending 10 mint terakhir.Sejujurnya gua rasa kalau batch yang time clichy gallas Almunia dan seangkatan dengannya ,gua rasa dah bolos dah ni tapi semenjak Steve Bould ambil alih dari sesason lepas, kita boleh nampak satu bentuk resilient steel yang dipadukan pada defend kita dalam bab mengekang asakan last2 minit macam gitu ataupun kekangan set pice serta counter. Namun masih banyak perlu diperbaiki, konsistensi adalah perkara penting sebelum nak buktikan ia benar2 berhasil-method yang dibawa Bould tersebut.


Hari ini genap 17 tahun Wenger selaku pengrus paling berjaya di Arsenal.Berjaya bukan sekadar trofi kerana kalau ikut ratio trofi per year  pasti banyak boleh dibahaskan.Hanya 3 kejuaraan liga 2 double diantaranya, satu invincible , 4 FA Cup, 4 Sumbangsih dan selebihnya 8 tahun sekadar berpuas hati trofi tempat keempat atau ketiga tapi kejayaan paling besarnya adalah meletakkan Arsenal sebagai sebuah kelab yang konsisten dan kekal stabil tanpa perlu mengharapkan wang ehsan  imperialism . Mengekalkan Arsenal selaku kelab bersatus elite di pentas dunia dan kekal bersaing dalam kejohanan2 utama bukan tugas mudah , malah kudratnya mengembangkan fanbase serta hadiah pengorbanan untuk masa hadapan adalah The home of football sekarang ini di Ashburton Grove, The Emirates Stadium. Ini penggal terakhir untuk kontrak sedia adanya tamat, tak tahulah sama ada dia akan menyambung atau tidak segalanya bergantung kepada sejauh mana Arsenal mampu pergi musim ini. Seperti gua pernah katakan masih agak terlalu awal untuk merumuskan, biarlah masa yang menentukan.Lagipun bibit2 bunga dah buah daripada pembinaan stadium sudah mula nampak hasilnya untuk dipetik apabila selama ini Wenger secara seorang diri terpaksa menahan muka temboknya dikenakan blame kerna tidak mampu bersaing dengan duit2 menggila transfer tapi tahun demi tahun perjuangannya seakan difahami, kini masa untuk Arsenal menuai. Harap May nanti segalanya subur.. Tak payah nak puji melangit sangat, jangan nak mengondem lebih2 jugak cuma apa yang perlu dikatakan, terimakasih lah pak cik Wenger.Selagi mana dia menjadi pemacu dan orang bertanggungjawab membawak Arsenal, selama itu gua akan terus mengkritik dan memberi full support terhadapnya walau di masa sukar dan senang itulah yang sebaiknya.Hargailah apa yang ada sementara ia masih ada.

Kepada suatu yang lebih bersemangat! Misi memburu piala yang Arsenal malah Wenger sendiri tak pernah menang selama 17 tahunnya tapi rekod beraksi dalam setiap kejohanan memang A. Dan game awal bagi nanti bertemu Napoli.Anak buah Benitez kini berkongsi mata dengan kita, gol diff pun sama lepas tewaskan Dortmund manakala kita menang away di Marseille 2-1.Bukan calang2 team boleh kalahkan finalis musim lepas.Setiap kali sebut pasal Napoli teringat pengembaraan gua sewaktu berkelana ke Eropah beberapa musim lepas.Waktu tu gua memang dah plan nak tengok bola di Emirates cuma agak terkilan kawan gua dari Naples tak dapat hadir last minit, maka diajaknya gua terbang ke sana dari London.Bukan apa, angan2 dari bangku sekolah sama2 mahu jalan merempat di negeri orang. Sesudah habis tercapai hasrat tengok bola, dengan pengalaman yang indah dalam hidup, gua contactnya kembali tapi disebabkan time constraint ehermm eherrmm(sambil tutup mulut) ..-yang sebenarnya bajet- gua terpaksa sampaikan salam sahaja pada member gua tersebut kalau tidak dah rasa pasta Italiano lidah gua ni, menambahkan bengkek gua dia sekadar menghantarkan poskad2 sahaja dari negeri2 atau negara yang dijajahi, dan yang terbaru sekeping poskad dari Andalus taktahulah sama ada dia nak membahan gua atau kasi gua terbakar tercabar bersemangat  lagi nak ke sana tapi gua ucapkan terimakasihlah atas poskad yang cantik2 lu bagi sebagai lambang persahabatan dan dalam erti kata lain gua tak dillupakan.Gua cuma bersyukur dia ni buta bola siket, nama jek hidup di Eropah, kalau tidak sudah tentu latest poskad dari Naples dengan gambar Higuain kat belakang dan ayat2 bahan membahan.Kalau itu yang dihantar gua tak tahu nak balas dengan poskad apa dan setem berapa puloh sen.kah kah kah.



Berbalik semula,fokus2. Asal game Napoli dengan Arsenal, nama Higuainlah yang akan timbul top sekali. Bukan apa, umum dah sedia maklum ditambah lagi pengakuan Arsene Wenger baru2 ini dalam PC bahawa memang Higuain adalah summer target Arsenal tapi tak kesampaian apabila Napoli yang baru jual Cavani menggunakan duit yang banyak dari dalam guni. Nak dijadikan penyedap bicara, Wenger kata kita tak rugi sangat pun, win win katanya, depa dapat Higuain dari Madrid, kita dapat Ozil dari Madrid.Kedua2 rakan akrab itu adalah pemain yang berkaliber yang boleh angkat sesebuah pasukan. Tapi malam ni depa jadi seteru selama 90 minit.Bukan Higuain seorang jek yang seberanya Arsenal perlu risau, bak kata Kapten Mael, rakan sepatriotnya dari Belgium Dries Mertens antara nama yang wajar diawasi jika dia diturunkan.Goal rationya di liga belanda, sebelum dia berpindah summer ni ke Napoli agak memberangsangkan 0.59 per game.Marek Hamsik, Goran Pandev, Reina jugak adalha nama2 popular selain dari rakan teammates Ozil di Madrid dulu, Raul Albiol serta Callejon. Sama macam Mael, kaptennya Paolo Cannavaro pun tengah bergetut nak menang balik tempat daldam kesebelasan utama.Bawah Benitez, Napoli main lebih kurang sama gaya dengan kita, 4-2-3-1. Kali terakhir 2 kelab bertemu pada Emirates cup lalu dengan berkesudahan seri 2-2. Arsenal boleh jangka saingan yang agak sengit dari skuad dari serie A yang boleh dikatakan dah restructure dengan cukup baik oleh Benitez setakat ini.

Bagi kita pulak, tak banyak update dari list kecederaan kecuali berita baiknya Rosicky kembali! Pires jugak dah kembali, jangan terkejut ini bukan typo, memang Robert Pires pemegang jersi no 7 sebelum Cik Ros. Tapi dia sekadar kembali ke Arsenal untuk training sahaja, kekalkan fitness. Elok jugak ada geng2 veteran ni bagi up siket mood sambil tu boleh ajar budak2 baru nak up ni jangan nak membongek sangat.Jadi gua jangka tak banyak perubahan dari lineup match bertemu Swansea kerana Arsenal pasti akan ambil serius game ini terutama di laman sendiri. Wenger jugak percaya 10 mata adalah mata minima untuk dipastikan boleh layak dan pastinya mata2 tersebut tidak boleh dibazirkan di laman sendiri. Kita mungkin akan terus melihat aksi Gnabry di wide area dan Giroud untuk leads the line.Arsenal perlu berhati2 terutama tugas back 4 untuk mengekang pergerakan bukan sahaja Higuain,Hamsik Collejon malah jugak Wenger sendiri memberi amaran akan element pace dan mobility yang dibawa oleh Lorenzo Insigne.

--------------------Szcesny-------------------
Sagna-------Per----------------Kos------Gibbs
----------------Flamini---Rambo--------------
------Gnabry-----Ozil-----------Jack/Rosicky--
-----------------Giroud-------------------------



Astro 245AM Arsenal 3 Napoli 1

Agi idup agi mengGunners!!









0 ulasan: