Ahad, 6 Oktober 2013

Ini baru Arsenal.



Beautiful football + Result. Kemenangan selsesa 2-0 tengah minggu ke atas Napoli dalam Champions league merupakan suatu yang menarik terutama dari segi corak permainan yang dipersembahkan. 45 minit pertama boleh dikatakan yang terbaik musim ini dengan penguasaan, control possession , finishing dan paling sempoi Ozil berjaya merakamkan gol pertamanya , buka akaun dengan cukup bergaya. Defend jugak semakin tenang berbanding dengan 2bulan lalu sewaktu Napoli singgah di London untuk Emirates Cup di mana mereka leading awal 2 bijik tapi kali ini bagi Szczesny sendiri dia umpama pemegang tiket VVIP apabila menggambarkan diri sendiri sebagai seorang penyokong yang sedang menonton di atas padang sampai adakalanya dia berasa agak bosan kerana kurang aksi- itu mungkin terlalu overkonfiden untuk diucapkan.haha.Tapi memang ada benarnya, kita tengko skuad kita ada balance dengan kehadiran unsung hero Flamini, nama yang sibuk diwar2kan minggu ini selaku signing palaing berbaloi orang kata buat Arsenal, Wenger kata Flamini dan Ozil harga mereka 21 Juta seorang.Kah3. Dan jugak dah ada ura2 dan terpampang di media massa tentang Wenger yang layak dan wajar diberi kontrak lanjutan akibat permulaan yang baik. Begitu cepat mereka berubah warna, begitu mudah mereka berspin darjah  sewaktu dulu merekalah yang mahu Wenger dinyahkan.Gua setakat ini berpuas hati tapi sepwerti yang gua selalu ulang, biar habis satu musim dulu, Arsenal belum menang apa2, perjalanan masih jauh belum masanya kita menilai hanya berdarkan 10 game biarpun bibit2 konsistensi tu dah nampak.Segalanya positif di Arsenal sampai mereka tak tahu apa nak tulis, Gambar Wilshere isap rokok pun jadi bahan.Wenger seperti biasa tak bersetuju dengan atlet membahayakan kesihatan sendiri lebih2 lagi ketika mereka sepatutnya jadi public figure, dia tak boleh nak conrol hak individu cuma individu tersebut kena beringat sendiri.Secara peribadi gua rasa agak tak matang apabila Wilshere membalas dengan tuit menafikan dalam masa yang sama memaparkan gambar Zidane kelihatan sedang merokok, gua rasa itu tidak perlu. Patutnya dia just buat bodoh dan fokus dan jika ada tabiat itu pandai2 sendiri cover yakni handle, gua rasa dia sepatutnya dah cukup profesional.Tengok , gua pun dah termakan nak ulas pasal benda remeh ni.

Malam ni ada game penting lawan WBA.Ini kali kedua kita kesana apabila baru2 ini menang penalti dalam capital one cup tapi rata2 skuad yang diturunkan dulu skuad campuran muda dan berpengalaman.Arsenal memburu kemenangan ke6 berturut2 dalam liga, dan jugak kemenangan away berturut2.rekod kelab kini 12. West Brom tengah dalam mood apabila anak buah Steve Clark menang 2 kali berturut2 pertama ke atas Sunderland sebelum menang paling bergaya mereka baru2 ini mengejutkan United di tempat lawan. Jadi agak tricky buat Arsenal.Jangan pandang mudah. Malang tak berbau, Sagna Injured.Yang lain2,tak ada apa2 update tentang kecederaan dengan player yang cedera masih lagi terlantar, tiada yang baru kembali kecuali Rosicky yang menyertai starting bertemu Napoli. Gua jangkakan kesebelasan berikut.

--------------------Szczesny------------------
Jenkinson-------Per------------Kos------Gibbs
--------------Flamini-------Rambo------------
------Arteta/Gnabry--------Ozil----------Rosicky
----------------------Giroud--------------------

Astro 11pm Arsenal 2 WBA 0

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: