Jack is the lad. 'Jack Wilshere,he smoke when he wants'.Chanting yang kedengaran di Hawthorns agak sarcastic tapi tepat pada masanya. Ini kerana ketika minggu Wilshere dilanda kontroversi akibat sekeping gambar, tapi dia telah redeem trust dengan cukup profesional. Ramai yang menyangka Wenger akan mendropkan pemain tengah England itu, sewaktu dia hanya dapat beberapa minit sahaja aksi ketika menentang Napoli, tapi kepercayaan yang diberi Wenger digunakan sebaiknya terutama ketika saat2 genting dan rakan2 lain tampak flat dan kurang bermaya. 1st Half memang nampak Wilshere agak tenggelam, ia diakui sendiri olehnya akibat bermain di luar posisi di sebelah kiri, sering jatuh, sering lose possession, dan jarang trackback. Lagipun dengan fizikal Yacob serta Malumbu di tengah, barisan Arsenal nampak kurang kreativiti dan tak mampu menembusi membiarkan Giroud kelihatan isolated. Ozil dan Rambo juga kurang menyinar. Dan ketakutan yang berlaku akhirnya terjadi jua apabila Arsenal bolos di saat2 penting yakni di minit2 terakhir separuh masa pertama yang memberi blow, 1st time kita ketinggalan dulu dalam match season ini melalui tandukan Yacob.Poor defending, poor marking terutama dari Jenkinson yang mengisi kekosongan ditinggalkan Sagna.2nd half kita dieri telehayat apabila bekas pemain yang kini telah beraksi bersama aneka kelab, Anelka gagal menyudahkan peluang terhidang apabila berhadapan one on one sahaja dengan Szczesny.Kalau masuk gol tu, sukar untuk Arsenal kejar balik melihat pada situasi pada ketika itu dengan skuad sedia ada.Tap dia bajet di Henry tapi bukan, bola curlnya hanya wide. Arsenal cuba dan terus mencoba menyamakan kedudukan mengelakkan sebarang setback sebelum internationaleleh. Tenaga fresh diperlukan ramai yang menyangka Wilsher akan menjadi mangsa sebaliknya Le Prof mengeluarkan Rambo untuk Rosicky.Namun setelah bertukar posisi dari kiri ke kanan, kanan ke kiri, ke tengah, dijatuhkan ditolak di tackle, Wilshere tetap bangun dengan semangat melawannya. Kemasukan Rosicky tepat pada masa apabila tolakan bola dari Giroud disetting baik oleh Rosicky untuk Wilshere bangkit meredhakan kepulan2 asap yang membayangi dirinya, barulah orang semua nampak inilah Jack yang sebenar! gol pertamanya sejak 3 tahun lalu dalam BPL.Wenger sendiri tak bajet dia jenis player goalscorer tapi sekali sekala bila dia score memang meletop, ingat lawan Swansea FA Cup musim lepas.Perghh! Adrenalin naik beb! Kita telah cuba untuk meneruskan rentak kemenangan, Bendi dibawa masuk menggantikan Giroud, aksi sulungnya dalam liga buat Arsenal selepas 2 tahun namun kita sekadar mampu berpuas hati dengan 1 mata.Fair result, kredit kepada West Brom dan TQ kepada West Ham yang menang London Derby menentang kelab ayam spuds. Kita tak drop dua points, kita gain 1 point dari match yang mencabar, bukan semua match kita boleh menang dan WEst Brom adalah satu tempat yang agak sukar.Top of the league! Sebelum liga ditangguhkan memberi peluang kepada player2 balik kampung membantu pasukan kebangsaan masing2.
Tak habis dekat situ.Minggu internationaleleh pun media masih nak mengacau Wilshere yang tengah bersiap sedia untuk game menentang Montenegro dengan soalan2 provokasi sengaja kasi perhangat.Maklumlah time minggu yang sama, ada seorang player Adnan sempit (bukan nama sebenar) tengah mencuri publisiti dengan aksi 2 gol kemudian refuse untuk main untuk negara asalnya Belgium dengan menunggu option dari Albania atau baru ini kalau2 dipanggil oleh Roy Hodgson.Jadi wartawan tanya adakah layak orang bukan warganegara asal main untuk sesebuah pasukan kebangsaan negara tersebut macam tu lah lebih kurang soalannya.Jadi Wilshere jawabla ikut pandangan peribadi yang kita tahu Jack ni budak bersemangat nasionalisma tinggi, jadi dijawabnya secara umum mengikut apa yang difikirnya, biarlah orang yang lahir dan berasal dari sesebuah negara itu yang diberi peluang untuk mewakili negara bukan yang jenis duduk 5 tahun dapat kerakyatan tetap( PR) terus dapat main. Itu pandangan peribadi dia, gua pun kurang bersetuju jugak tapi tak cepat melatah.Ini satu dunia kecoh terutama penyokong satu kelab itu yang terasa statement wilshere ditujukan direct kepada budak baru nak up tersebut.
Tapi kalau diamati memang pandangan Wilshere ikut saranan dan garis panduan yang dikeluarkan FA sendiri, syarat nya kena dapat 5 tahun education di England bawah 18 tahun dan FA tak memberi ruang untuk mewakili negara kepada kerakyatan yang dapat secara penempatan PR. Makanya berlaku hipokrasi di situ apabila fan2 mengatakan Wilshere jealous , dan membangkang habis2an apa yang dikeluarkan oleh Wenger walhal bila team macam Singapore lawan Malaysia pakai player yang dapat PR merekalah yamg paling lantang meroyan.Nampak inconsistency disitu bukan? Nak mengkritik biarlah adil dan jujur. Gua kurang bersetuju dengan pendapat Wilshere kerana ini zaman bola sepak modern di mana ramai player yang ada susur galur dari negara lain tapi memilih untuk beraksi bersama pasukan yang mereka rasa lebih dekat di hati.Mungkin orang kata tak adil untuk negara itu bila mana player itu star, dia memilih untuk beraksi dengan negara yang dirasa lebih berpeluang mara tapi tak adil jugak bagi pemain tersebut jika dia dipaksa bermain hanya kerana atuk neneknya orang sana tapi ternyata tiada keikhlasan atau perasaan cinta.Begitu jugak jika dia guna sebagai batu loncatan sebab tahu tak dapat tembus team yang ingin diwakilinya, jadi beraksi sajalah dengan negara asal biarpun tanpa semangat .Podolski adalah contoh, lahir di Poland main untuk Jerman dengan ironi sejarah kedua2 negara tersebut terutama dalam perang dunia.Tiada masalah. Kemudian contoh terdekat lain Ozil, ada darah Turkey-Jerman, Jenkinson maknya keturunan Finland pilih beraksi untuk England dan list tu takkan berhenti ramai lagi. Namun bagilah Jack peluang berbicara, itu pandangan peribadi nya, hormat tak perlu cepat melenting.
Apa yang merisaukan telah berlaku apabila Koscielny balik kampung dan injured calf. Sama ada dia sempat pulih untuk beraksi menentang Norwich 19 Oktober nanti masih belum pasti.Apapun Mael pasti menjadi taruhan, walaupun belum start satu game liga pun musim ini, Mael diyakini mampu jadi direct replacement dan memberi kestabilan di samping per Mertesacker apatah lagi bahagian kanan, Sagna hanya akan beraksi selepas 26 Oktober .Rosicky pulak digugurkan dari skuad Czech akibat kecederaan tapi dijangka tak serius. Harap tak ada lagi kecederaan yang berlaku. Berita baik adalah Cazorla akan dapat digandingkan bersama Ozil selepas internationaleleh jika segalanya ikut jadual.begitu jugak Sanogo.Podolski dan Theo menyusul selepas itu.Satu berita kebanggaan apabila Rambo telah dipilih selaku player of the month 3 bulan berturut2 dalam Arsenal.Com.Hat-trick. Barclays player of the month dan pengurus terbaik September jugak masing2 dibolot oleh Arsenal melalui Rambo dan jugak Wenger.Beberapa bulan yang lepas kedua-dua mereka dikritik hebat sehingga tahap suruh jual dan suruh pecat tapi usaha dan kerja keras membuktikan bagaimana kita sendiri harus berusaha mengubah nasib jika hendak mencapai sesuatu yang diharapkan.
Ehemm Ehemm.. Ini dia seorang lagi pemain yang cuba sedaya upaya memenangi hati fan balik dan mengubah nasib.Kita lihat sejauh mana kemampuan dan kecekalannya.
Agi idup agi mengGunners!
0 ulasan:
Catat Ulasan