Ahad, 22 September 2013

Away terus cermerlang + Ozil jadi tumpuan, Rambo curi tumpuan, + Arsenal vs Stoke

Minggu yang baik buat Gooners. 2 kemenangan away berturut2, away Sunderland 3-1 dalam liga kemudian disusuli dengan permulaan langkah kanan dalam UCL menewaskan Marseille ,2-1 di Veledrom. Sekaligus menjadikan rekod kemenangan ke 10 berturut2 di tempat lawan.Nampaknya kita ketika ini lebih konfiden beraksi di away berbanding di hadapan penyokong sendiri?apakah? mungkin disebabka faktor tekanan untuk deliver membuatkan fokus agak lari, tapi untuk menjadi title contender ,mata2 di home adalah wajib untuk dimaksimakan maka Arsenal harus kerja kuat lagi. Semua mata tertumpu pada Ozil, melakukan debutnya dengan cukup baik di Stadium of Light dengan sebijik assist, tapi yang mencuri tumpuan pastinya adalah Rambo dengan display konsistennya, 3 bijik gol dari 2 perlawanan, 2 di Sunderland dan sebijik di Perancis. Malah gol kemenangannya ke atas Marseille adalah yang kedua berturut2 sewaktu kita bertemu mereka dalam saingan 2 kempen yang lepas.




Boleh gua katakan kita agak bernasib baik apabila berjaya mencuri kemenangan di Sunderland minggu sudah akibat gol Sunderland yang tak dikira, pengail memilih untuk menarik balik advantage walaupun bola diyakini dah melepasi line gol sebelum diclearkan. Kalau tidak mungkin, kisahnya agak berbeza tapi mungkin jugak kita mampu menang ,tidak mahu menafikan kredit kepada Rambo yang ternyata mengawal bahagian tengah dengan cukup steady di samping Flamini. Ozil pulak dengan lebih awal cuba mengurangkan keraguan terhadap price tag dan kemampuannya beraksi dalam liga yang lebih fizikal apabila slot in dengan slumber, 1st touch nya, passing, distribution serta keupayaannya membaca game agak memukau. Sayang sekali tak dapat lihat gandingannya bersama seorang lagi pakar teknikal Santi Cazorla mahupun Rosicky yang masih dilanda kecederaan. Dan jika tidak kerana ketumpulan Theo pada hari itu OZil mungkin dapat 2 3 bijik assist apabila 2 atau 3 killer passnya mencipta clear cut chances buat rakan2 terutama Walcott namun gagal menemui sasaran.2nd half kita agak jaded, bagi peluang pada Sunderland rapatkan jurang melalui penalti, tapi Rambo datang menyelamatkan keadaan, Arsenal sempat berada di takhta liga, at least pada hari itu sebelum Liverpool kembali seri dengan Swansea.


Pertengahan minggu kita terbang ke Perancis dengan misi keluar dari group of death. Game ni dilihat agak sukar dan Marseille memberi laluan sukar di 1st half. Segalanya tentang mereka dengan kita jarang2 dapat bola di opposition half. kurang supllier kepada Ozil dan Jack di mana kita hilang kreativiti. Szczesny terpaksa beberapa kali menyelamatkan kita sebelum Theo muncul dengan volley yang superb memberi kelegaan. gol pertama Theo musim ini akhirnya memecah kebuntuan.Lepas ni dia boleh main dengan relax tanpa terlalu memikirkannya sangat.Minit demi minit Marseille makin penat, disinilah kita ambil kesempatan dan Rambo macam biasa muncul wira dengan rembatan padu walaupun deflect kepauannya itu menyebabkan keeper tak mampu menghalang. Apa yang kurang enak dari game ini kita concee penalti di minit2 terakhir, ya penalti lagi. MUsim ni saja dah berapa bijik kita hadiahkan. Itu yang team kene aware, tak boleh leka walaupun sedang mendahului. Apapun kemenangan away dalam group F ni memberi lebih keakinan untuk mengharungi game berikutnya.Dalam aksi lain kumpulan yang sama, Napoli menewaskan finalist musim lalu Dortmund dalam game yang menyaksikan Jurgen Klopp dibuang padang lepas buat muka monster terhadap pegawai keempat perlawanan.Ini kelakar.Tenogk berulang kali pun tak bosan.Sebenarnya gua admirer Klopp ni dan kalau diberi pilihan , memang gua pilih di selaku pengganti Wenger jika benar dia takkan sambung kontraknya Jun nanti. Bukan apa, sebab iyalah baru2 ni dikhabarkan Arsenal dah line up Antonio Conte dari Juve selaku replacement buat Wenger, jadi itu yang gua usulkan isu ni. Conte pun gua tak kisah, rekodnya di Juve serta tahap profesionalism ketika dia main dengan Juve dulu, waktu gua main CM kini FM pakai Juve time muda2 dulu, Conte adalah 1st eleven gua walaupun kini dipalit dakwaan skandal mengatur perlawanan. Jadi gua secara peribadi lebih prefer Klopp yang sama approach dengan Wenger terhadap player muda, ada persamaan falasafah bola sepak, karisma serta karektarnya juga ada ciri2 yang diperlukan oleh sesebuah pasukan muda atau yang baru nak full fill potential.Bonus pulak dia seorang Jerman.Kah3.itu anda semua paham sendiri.Ok cukup mengarut perkara yang tak ada pokok pangkal, pokoknya di sini waktu kita bertemu pasukan Benitez nanti expect sesuatu dari Higuain yang dah pun score malam tu.Walaupun time Emirates Cup bulan lau dia macam segan silu nak main menentang Arsenal akibat gosip2 liar yang tak menjadi, gua percaya dia akan cuba membuktikan sesuatu at least pada fan2 Gooners yang boonya tanpa sebab itu hari.Apapun, Bring it on! malam2 Eropah yang indah..

Malam ini kembali ke game liga.Home debut mungkin buat Ozil. Stoke City bakal menjadi mangsa. Tapi Stoke sekarang pun bukan boleh buat main2.Team yang berkaptenkan pematah kaki Rambo ni dahkumpul 7 mata, hanya tewas sekali pada Liverpool dan terbaru minggu lepas seri dengan ManCity. Kita jangkakan kesukaran dari segi penembusan terutama di bahagian pertahanan kerana corak mereka yang agak fizikal. Charlie Adam dijangka kembali, signing mereka Stephen Ireland may be beraksi.Berita yang paling terbak buat Arsenal pulak adalah kepulangan Master of Technical bak kata Wenger, Mikel Arteta!! Minggu lepas Mael, kini Mikel.2 leader kembali memberi moral boost buat Arsenal.Pertandingan untuk merebut tempat dalam pasukan kini adalah sihat dan hanya memberi impak yang positif terhadap skuad sedia ada.


 Minggu ni jugak ada sesi fotografi team, janggal melihat Bendi yang dah berjambang dan tibe2 ada Park Choo Young yang kita umpama terlupa masih dalam senarai pemain berdaftar. Tapi ketika Wenger duk sebut2 pasal Bendi dan peluang keduanya la bagai, kenpa tak disebut tentang penyerang Korea Selatan tersebut, takkan nak biar makan gaji buta saja. Ketika Giroud tinggal sekalu penyerang solo ketika ini, mari mengharapkan saki baki yang gagal dioffload ini cermin diri dan bertindak profesional.Selagi mana mereka menyarung jersi merah putih atas padang, gua tak keberatan untuk memberikan sokongan asalkan mereka menunjukkan komitmen dan memikirkan fokus tentang kelab ini. Menang malam ni, Arsenal bakal melakar kemenangan ke 7 berturut2 dalam semua kejohanan dan mampu kembali ke takhta liga memintas Chelsea setelah Liverpool tewas malam tadi.Adalah penting untuk tidak drop form dan consistently keep in  touch dengan top of the table agar tidak terkeluar dari saingan. Astro 830pm.Arsenal 3 Stoke 0.

Agi idup agi  mengGunners!!!


0 ulasan: