Jumaat, 13 September 2013

Summer transfer summary + Pre Match : Arsenal vs Sunderland



Gua kata gua akan menilai dan membuat kesimpulan sebaik sahaja aktiviti transfer Arsenal selesai. Dan setelah 4 signing yang Arsenal sambar serta salah satunya jaw drop punya, kasi terkejut, terbeliak mata semua yang selama ni dok menghentam praktikal Arsenal dalam menghandle transfer termasuk gua sendiri, gua boleh simpulkan dengan dua perkataan, 'hampir perfect'! Setelah saban tahun menanti saban bulan dan saban minggu serta saban hari menjelang hari2 terakhir musm perpindahan ketika nama2 seperti Higuain,Cesar,Benzema,Gustavo,Bender kita mengakhirinya dengan note yang memuncak bermula dari Sanogo,Flamini,Viviano dan akhirnya The Ozil!O-Zil to the Arsenal adalah lagu2 dan irama yang ternyiang2 mengisi kekosongan 2 minggu internationaleleh dan menjadi siulan para Gooners di serata dunia. Boleh gua katakan , rewind balik 18 tahun , yakni di mana kali terakhir Arsenal sign seorang readymade superstar dalam Denis Bergkamp, kehadiran Ozil mempunyai aura yang boleh kata setaraf dengan mood transfer hampir 2 dekad lalu.Gua masa tu baru berjinak2 dengan Arsenal melihat suratkhabar ruangan sukan berita perpindahan Bergkamp ke Arsenal, naluri gua percaya mamat ni boleh bawak satu bentuk 'tuah' buat Arsenal dan ketika Ozil secara rasmi sah sign untuk Arsenal, perasaan istimewa itu kembali berbunga2. Bukan kerana nilai harganya, bukan kerana pemecahan rekod, tapi taraf world class player Ozil itu sendiri memberi signal , sambil mengangkat darjat Arsenal untuk membuktikan kita serious untuk berkeringat di atas padang. Sekaligus ia juga memberi impak mood positif kepada pasukan dan kepada pemain2 yang sudah berada dalam team sedia ada, yang masih tertanya2 hala tuju agar tidak berasa ragu2 lagi bahawa mereka berada di dalam kelab yang betul tepat pada masanya. Kredit kali ini dan terima kasih kerana berpijak di bumi nyata buat team transfer, Scout,Gazidis serta Wenger kerana sanggup berlabur apa yang kita peroleh selama ini .Nampaknya seperti kata Wenger, penantian  dari pembinaan stadium telah menampakkan bibit2 hasil dan gua percaya kita takkan berhenti setakat ini sahaja.Masih banyak lagi kain2 magik nak keluar bawah lengan.Cuma masa yang menentukan.


Rasanya gua tak perlu nak ulas apa cerita, bagaimana perasaan Ozil,pandangan player, cerita2 rumors kurang dari Madrid bla bla bla kerana itu semua anda lebih arif mendapatkannya di tabloid2 yang dah terlebih awal menceritakan segalanya.Apa yang penting dan pasti adalah Mesut Ozil bin Mustafa dah rasmi menjadi pemain Arsenal dan segala apa yang berlaku sebelum ini hanya tinggal sejarah dan kita harus pandang ke hadapan, masa depannya bersama Arsenal dan sejauh mana kita mampu pergi dari sini.Cuma kenapa gua tak kata ia(musim transfer ini) perfect kerana kita seperti gagal mendapatkan pemain di posisi yang sepatutnya terutama di bahagian serangan, setelah Poldi injured.Maka kini tinggal Giroud solo diharapkan, Sanogo jugak injured. Apa2 jadi pada Giroud, kita hanya ada Bendi dan bintang K-pop Pak Cu? Gua agak terkilan tang yang tu la.Wenger sendiri mendedahkan bagaimana dia block perpindahan Bendi-ini gua klafikasikan sebagai tekan panic button-di hujung2 waktu dek kerana tak sempat mencari backup.Ada yang mengatakan Kita diberi harapan palsu dan terlalu mengharapkan transfer Demba ba yang akhirnya tak jadi kenyataan disebabkan Mourinho jaki tak mahu memperkuatkan rival.Last2 tinggal kita terkontang kanting kerana para negotiator utama terlalu memfokuskan pada transfer di Jerman, taknaklah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran pulak kan. Berbalik pada Bendi tadi, Wenger dah sembang lebat antara mereka berdua dan Bendi memberi jaminan dia akan bersikpa pro dan Wenger sendiri cuba meyakinkan semua bahawa seorang Bendi yang fokus mampu membantu.Gua tak sedap hati tapi gua berharap.Gua pikir Bendi sebagai last choice di waktu kita betul2 terdesak, kerana menggunakan Theo secaracentral bukanlah satu bad idea.Dia dah pernah beberapa kali main striker atas tapi keupaaan dia untuk lead the line sambil membaca game masih lagi belum full potential akibat tidak berpeluang secara konsisten.Dengan tengah yang sudah compact, Theo mungkin mendapat mimpi yang diidamkan.


Defensive pulak, penyertaan Flamini boleh bagi kelegaan secara psikoogi. Mungkin Wenger terpikir kalau bawak masuk seorang lagi natural CB takkan dia boleh puaskan hati 4 regular CB dalam satu masa kerana yang boleh diisi hanya dua orang. Sekarang Kos dan Mertesacker dah cop tempat, berita baiknya Mael dah kembali ke full training dan kalau takde aral melintang boleh diinclude dalam skuad esok ke Sunderland. Ditambah Sagna boleh cover CB. Itulah sebab keslumberan badak Wenger mengikat Flamini ada logik dengan pemain berusia 29 tahun yang dah master italian job boleh bawak pengalamannya kepada defensive side dalam gameplay Arsenal.Berkemampuan beraksi di fullback dan DM,CM, Flamini adalah additional squad player yang berbaloi.LB dah ada progresif Gibbs dan Monreal.Kalau ada pun bahagian yang nak diperkuat mungkin RB kerana ada ura2 Jenkinson hendak di loan out menimba pengalaman dengan game time yang lagi banyak maka back up kepada Sagna adalah diperlukan ketika pemain France tu masuk di tahun terakhir kontraknya ketika ini. Kemasukan Flamini menutup cerita2 tersebut, at least buat sementara waktu.


Beralih kepada posisi paling penting goalkeeper.Emiliano Viviano. Bukannya Cesar,Casillas,Lehman, bukan jugak Almunia, just Viviano. Gua nampak move ini (pencarian goalkeepr) adalah wajib terutama setelah kita melepaskan Mannone. Gua tak nampak yang Wenger akan mencari pengganti ataupun pencantas kepada current Arsenal no1 ketika ini Szczesny sebabnya wenger sayang dan yakin atas development Polish2 sedia ada sekarang ini termasuk Fabianski.Mungkin belum sampai limit kesabaran di mana wenger cakap ok,"cukup2 sudah cukup sampai di sini saja.." untuk dia mencari new no 1. Jadi tak banyak pilihan untuk mencari keeper yang sanggup duduk di posisi ketiga mahupun merebut tempat sebenarnya. Jadi penyertaan Viviano secara pinjaman semusim dari Palermo dilihat sebagai back up jika ada apa2 yang terjadi. Kita yang setakat tengok di youtube mungkin kurang impress tapi scout2 dah saban minggu duk usha mungkin paham logik di sebalik transfer ini lagipun musim lepas dia join Fiorentina secara loan jugak dan mampu membantu kelab tu ke Europa dipintas oleh Milan di hari terakhir liga untuk spot ke UCL.Not bad at all.Kesimpulannya transfer aktiviti kita hampir perfect, tapi masih boleh diperbaiki sebenarnya. Tapi nak tau impak sama ada efektif atau tidak itu kena analisis satu musim ni dulu.Kita harapkan yang terbaik dari skuad yang telah pun berdaftar sekarang.COYG!


Dan akhirnya bola sepak domestik kembali! Kita akan bertandang ke Stadium Of Light menjinakkan kucing hitam. Agak sayang jika debut Ozil beraksi di away berbanding di laman sendiri yang pastinya lebih terangkat adrenalin dibuatnya mendengar sorakan gemuruh setiap kali dia mendapat bola. Nevermind. Arsenal berhajat menganggu mood Paolo Di Canio yang tengah ceria2 nakal setelah seronok membahan fan2 rival di St James Park tempoh hari mewakili pilihan veteran AC Milan menentang pilihan Newcastle sempena game penghargaan buat bekas keeper setia mereka Steve Harper.Di Canio dengan muka slumber masuk dari terowong dan terus menerima cemuhan dari penyokong tuan rumah tapi muncul sebagai 'pemenang' apabila menyempurnakan sepakan penalti untuk Milan menang.Ironinya Harper sendiri gagal menyudahkan penalti. Gua secara peribadi suka tengok karektar yang dimiliki Di Canio, antara watak bad boy EPL zaman tengah up dulu bersama Sheffield Wednesday,West Ham sebelum terakhir bersama Charlton.Bukanlah gua suka tu bermaksud minat, tapi lebih kepada seronok tengok watak2 penyeri dan kontroversi gini.Gua tertarik pada passion yang ditunjukkan terhadap game.Tapi itulah yang ada pada kebanyakan Italian sebenarnya kalau kita perasan, ekspresi dan sikap passionate tu tak segan silu ditunjukkan , ala Marco Tardelli. Dan mengendali Sunderland di penghujung musim lalu berijrah dari Swindon Town, Di Canio dikenali sebagai die hard fan Hammers menjalankan tugas agak baik setakat ini mengambil alih dari Martin O'Neill. Ok cukup mengarut lebih2.Team baru Sunderland setakat ni bawah Di Canio bakal diuji oleh Arsenal esok, padanlah muka depa kena pulak debut Ozil, menjawabla.


Seperti dikatakan tadi Arsenal mendapat khabar gembira setelah Mael dah kembali ke latihan penuh dan esok kalau dapat lampu hijau boleh dibawa ke Sunderland. Cuma kita kehilangan Rosicky yang injured dalam kelayakan piala dunia.Itulah dia, tengah sedap2 perform injured pulak.Lain2 dijangka tak ada masalah, Wilshere Rambo semua fit.Sanogo takdak, injured. Gua tak expect Bendi bakal ditarik ke bangku simpanan sebab dia kene tune balik focus nya dulu.Mungkin seorang dua youngster ataupun cukup sekadar backupnya, Theo naik jika Giroud terpaksa kena sub.Cazorla mungkin ditarik ke wide, posisinya bersama Villareal dulu bagi memberi laluan kepada no 11 baru untuk lebih efficient di belakang striker.Sama ada Mesut start atau tak, masih lagi menjadi rahsia Wenger.

--------------------Szczesny-----------------
Sagna--------Per------------Kos-------Gibbs
----------------Rambo---Wislhere------------
----Theo----------OZIL-----------Cazorla---
-------------------Giroud--------------------

Rehat dua minggu ketika kita tengah momentum berdesup, gua harap tak kacau fokus dan kita sambung dari titik di mana kita berhenti dulu. Satu lagi kemenangan away akan memperkuatkan lagi imej kita , pressure mungkin dah ada kembali kepada Arsenal setelah kita melakukan antara  foreign signing masuk yang terbesar dalam sejarah BPL.Ia bukan semata2 kuantiti duit yang dilaburkan, akhirnya ia akan kembali kepada kualiti..

Astro 10PM. Sunderland 0- Arsenal 2

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: