Isnin, 3 Disember 2012

'Gooner'kan kuasa yang ada


Melihat kepada draw FA Cup third round, Arsenal berdepan tugas sukar apabila diundi bertemu Swansea..sekali lagi!! Arsenal sudah berkali2 dirundung malang. Tapi kali ini fan tidak dapat menyorok lagi kekecewaan malah kemarahan mereka terhadap apa yang disaksikan di depan mata, bagaimana kelab yang disayangi makin lama makin dihancurkan oleh tangan2 ghaib di belakang tabir tak terbendung lagi.Boo, cacian, makian dan riot di sekitar stadium sebagai luahan perasaan yang selama ini terpendam adalah permulaan kepada satu bentuk perubahan yang didambakan- sama ada ia akan jadi revolusi atau memburukkan keadaan, kita tak akan tahu.  Sasaran kritikan tidak hanya pada Wenger
 serta pemain tapi Gazidis,Kroenke BOD dan Chairman menjadi real culprit bagi mereka. Sampai ada suara2 nakal yang berkata serangan jantung yang dialami Peter Hill Wood berpunca dari mess yang berlaku 2 3 hari ini yang sebenarnya berpunca dari saham diri sendiri.

Bukanlah hina sangat kalah kepada Swansea yang bermain dengan cukup baik, kredit kepada mereka. Tapi sebab kerana pasukan ini tak menunjukkan sebarang peningkatan berdasarkan janji2 kosong dan harapan palsu yang ditaburkan, itu yang buat kita bengang. Squad ini rapuh dari segala segi, tapi Wenger masih cuba menafikannya dan melontarkan ayat2 manis begitu juga Board dan Gazidis umpama memperbodohkan para penyokong. Dari minit pertama segalanya nampak tertulis, Swansea mengoutplayed Arsenal. Tak perlu Nostradamus untuk tilik apa yang akan berlaku, dan tak perlu google mengapa keputusan itu berlaku. This squad is not good enough. Mentally and physically . 1 Game menang dari 6 perlawanan liga. Itu sudah cukup untuk menunjukkan konsistensi. Kita konsisten Sampah.

Sekarang kita berada di tempat ke 10. Adakah ia nampak teruk bebenor walaupun beza mata dengan 'piala'
kelayakan champions league hanya berbeza beberapa mata. Memanglah jahanam tapi kalau diperhalusi tak seteruk no 10 itu sendiri. Sebab aku yakin kita masih dalam race. 5 mata boleh kejar kalau pasukan kita bangkit. Tapi yang membengkekkan adalah melihat table, kita hanya berada satu tangga atas Liverpool bawah mid table team seperti West Brom, Everton, Swansea , West ham dan duit Chelsea.Dengan syarat Ada perubahan besar dalam Arsenal. Kita ada senarai player atas kertas yang nampak macam bagus tapi tak taulah kalau diorang bajet bagus syok sendiri. Yang lebih kelihatan adalah Manager syok sendiri, kekal dengan taktik2 basi yang mudah dibaca serta merapu. Squad depth takde kualiti, terlalu lama bergantung harap pada Cazorla nak ubah season tapi back up yang benar2 boleh step up tak ade.Harapkan Jack seorang ada jiwa Arsenal. Harapkan Arteta yang bukan natural DM pun nak buat2 tugas2 kotor. Memang susahlah.  Itulah sebab Januari ni masa paling genting buat Arsenal.Kalau betul betul ada duit, sila labur sebijak mungkin. Buktikan kita masih kelab yang bervisi dan bermisi dan bagi motivasi pada player2 lain. Memang susah nak cari signing ala Michu. Sekarang bukan masa lagi nak try and error eksperimen. Kita perlukan result. Dan hanya nama2 berkelas dunia mampu beri pakej tersebut including Atas padang + keyakinan fan + motivasi team mate. Adakah Arsene akan bertindak. Mungkin iye mungkin tidak. Tapi jauh di sudut hatinya dia tahu ini peluang terakhir baginya sebelum 'terpaksa berundur'. Arsenal lacks of guts, spirit. Kita mudah dibuli lawan. Fear factor kita dah hilang. Kita memerlukan seorang DM yang betul2 hard man boleh bagi renungan tajam dari dalam terowong lagi.Bukan lagi jenis yang beriya2 tunjuk salam peluk cium tukar2 jersey!


Gua paham ramai yang telah mula hilang kesabaran dengan Wenger. Gua juga  berperasaan bengang tahap cipan tapi berhati2 untuk meminta perubahan drastik! Gua tak kisah dengan idea nak tukar kerana lama kelamaan dia akan blah jugak.Harinya akan tiba di mana kita akan berada di era post Wenger.Sejauh mana geng yang sayang gila babun menjilatnya perlu adapt jugak dengan ketiadaannya satu hari nanti.Tapi ta k bermakna posisinya akan selamat, tak ada istilah job for life. Namun harus diingat pertukaran manager waktu2 musim tengah berlangsung dengan player semua unsettled adalah bukan jaminan. Mendengar post match press conference dari Wenger ketika ditanya tentang masa depannya, hanya satu jawapan katanya dengan tenang, dia akan hormati kontrak (yang berakhir habis musim 2013/2014) tapi dalam masa yang sama dia akan review balik positionnya sesudah akhir musim. Tentu ramai yang tak puas hati dengan jawapan dan mahukan tua nyanyuk ini ditukar segera sebelum keadaan bertambah parah, pada gua, gua lebih prefer dia settlekan segala masalah yang dah diciptanya sendiri dulu sementara menunggu apa jua sebarang transaski kuasa yang dipinta, berjalan dengan lancar dan tidak tergesa2. Dan orang yang paling layak untuk turn around season ni adalah Wenger sendiri, trust me.Lagipun siapa orang paling layak cuci tahi selepas melepaskan najis sendiri. Siapa sanggup? tak caya tanya Rafa. Sebabnya bukan apa, apa guna meraung2 meminta kepala Wenger atas dulang sekalipun jika BOD yang masih berkuasa buat bodoh semata2 kerana mereka tahu selagi Wenger ada, duit poket mereka terjamin.Sudah tu pulak, Wenger jenis yang taknak walk away dari tanggungjawab.So nak taknak dia masih lagi pengurus Arsenal jadi tugas kita adalah pressure dia. Gua percaya, tekanan dari fan akan bagi check and balance. We will make him deliver. Dengar cerita Steve Bould dah bagi kaw2 dalam bilik persalinan tempoh hari. Elok laa begitu, kerana semakin tua semakin beremosi seseorang begitu jugak dengan Wenger yang dah lack motivation untuk fire up player. Mungkin naluri kebapaan semakin menebal. Dah tiba masanya, player2 ini tak boleh dimanja sangat.

Apa yang berlaku dengan pasukan yang kita sayangi memang mendukacitakan. Bengang satu hal tapi menambah masalah kepada malapetaka yang telah terjadi tidak akan membantu. Bila dah nama penyokong anda memang berhak bersuara melaungkan ketidak puashatian, mengkritik tapi untuk memboikot game itu hanya akan memburukkan keadaan bagi gua secara peribadi.Ok nak boo boo puas2, tapi kalau biarkan stadium kosong, ia akan menghantar mesej negatif, player akan rasa lonely. Kita akan dicop sebagai penyokong yang hanya sorak ketika menang dan  hanya ingin hidup dengan kegemilangan silam.Memang benar kita berhak menentang sebarang unsur2 tamak dan penyalahgunaan kuasa, tapi apa yang kita ada sekarang itulah sahaja yang ktia ada. Dan untuk musim 2012/2013 player2 seperti itulah yang kita ada jadi stick behind the team.Kita kena buktikan yang peranan penyokong boleh urge mereka untuk mara ke hadapan.Mereka memerlukan kita sekarang. Kalau kita give up, mereka yang dapat duit gaji buta ni lagi mudah give up.Adalah satu kerugian kerana pada seestengah mereka langsung tak kesah, mereka peduli apa. Tunjukkan apa erti menyokong Arsenal sehebat sepertimana mereka perlu tahu erti menyarung jersey Arsenal. Gua percaya fan kita ada kelas tersendiri dan tak mudah mengikut 'the mainstream way' .Kita unik , dan kita ada cara tersendiri untuk bangkit.The Arsenal way..Kita perlu meng'Gooner'kan kuasa kita sebagai penyokong dengan cara positif. Kalah satu game macam ni bukan penamat dunia. Ayuh bersama2 kita kembali lead pasukan kita ke arah yang sepatutnya. Menang!

Agi idup agi mengGunners!!





0 ulasan: