Selasa, 11 Disember 2012

Arsenal relief selepas WBA tapi tak boleh overkonfiden bertemu Bradford


Cuti yang panjang lagi padat. Walaupun game bertemu WBA dulu tak berapa padat dengan aksi dan  yang lebih diperkatakan adalah tentang bagaimana Arsenal mendapatkan penalti, tapi buat masa ini, kemenangan yang paling penting, 3 mata yang memberi kita relief kelegaan mengatasi tekanan menggila semenjak 2 menjak ini. Boleh gua katakan Arsenal selayaknya menang, West Brom tak create chances, kita lebih bayak moving forward. Cara mereka hanyalah menutup ruang hendak mematikan game play kita. Orang sibuk kata cazorla dive, pada gua mungkin ada atau mungkin tak ada minimal contact -itu hanya santi yang tau- tapi secara peribadi pada gua itu bukan penalti. Begitu jugak dengan insiden membabtikan Oxlade Chamberlain yang melakukan foul sebelum dia dijatuhkan di dalam kotak penalti. Namun, itulah bola sepak. Kadang kala kita memerlukan sedikit nasib baik untuk mendapatkan keputusan di sebelah kita. Dan malam tersebut kita amat memerlukannya dan kita lebih layak. Ref pun bukannya konsisten sangat malam tu beberapa keputusan pun mengarut. Sudah berkali2 kita dirundung malang, adakalanya kita mendapat tuah. Bola itu bulat. Respect pada Wenger yang berani minta maaf secara berlapik itupun katanya JIKA Cazorla dive.Memberi jawapan yang selamat dan membiarkan persoalan adalah satu PR yang bagus dari Arsene Wenger bagi menutup mulut press yang sibuk hendak mensasikan cerita. Ditanya tentang adkah dia dah bertanya pada Santi, dia jawab sudah dan jangan bimbang jika anak buahnya memang sengaja lakukannya dia akan ambil tindakan. Bijak meredakan ketegangan. Jika Wenger lebih kepada denial syndrome, maka hujanlah dada2 akhbar dengan kata2 nista. Turut lega pastinya Arteta yang menyempurnakan 2 penalti tersebut. Dia berani redeem kegagalannya menyempurnakan penalti tersebut dengan cool memilih menyepak tengah untuk keduanya2.

Awal pagi nanti pulak Arsenal akan meneruskan pengembaraan dalam suku akhir League Cup. Berada dalam kelompok lapan terakhir kita dilihat berpeluang cerah melihat kepada status lawan2 yang tinggal.Tapi jangan memandang rendah Bradford.Pasukan dari League two tu pun dah konfiden menang malam ni-itupun jika perlawanan dilanjutkan sampai penalti! Sebab diorang ni dah menang 8 penentuan penalti berturut2 dalam semua kejohanan 3 tahun ni. Satu rekod yang dikira memberangsangkan. Nasib menyebelahi mereka. Sekarang ni duduk 65 kedudukan bawah Arsenal, tapi level of konfiden mereka mungkin sama par jadi dalam perlawanan kalah mati, apa2 sahaja boleh berlaku, pasukan yang lebih fokus akan beroleh keputusan yang diinginkan. Arsenal mungkin akan menurunkan barisan campuran antara player reserve muda dan beberapa player skuad utama yang memerlukan game time. Sagna sudah pasti tidak akan disenaraikan kata Wenger kerana dipaksa beraksi dengan kecederaan ankle tempoh hari. Turut terlepas adalah hero comeack bertemu Reading, Theo dan Giroud. Koscielny, Santos, Diaby semuanya out. Player reserve dua2 belah side FB pun KO, Miquel dan Yennaris. Mungkin ada peluang untuk Chamakh, Rosicky, Ramsey, Coquelin, Jenkinson, Meade, Laci Johan Arshavin, Eisfeld,Gnabry, Afobe dan jugak Manonne. Seab kita jek antara big Guns yang tinggal, jadi tak susah nak tengok live di Astro 345 pagi ini. Bradford 0 Arsenal 3.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: