Rabu, 5 Disember 2012

Sekadar tempat kedua.


Thomas Rosicky menunjukkan display yang memberi harapan sambil menjaringkan gol pendahuluan. Walaubagaimanapun disebabkan kurang match fitness, persetujuan untuk membawa dia keluar 2nd half sekali lagi menghantui Arsenal. Satu lagi tough call buat Wenger yang membuat decision sebelum menyaksikan Arsenal tersungkur dengan comeback Olympiacos di separuh masa kedua. Kalau ikutkan line up, apa lagi yang boleh dijangka. Gervinho, Laci, Chamakh , Meade, Rambo Coquelin diberi peluang start manakala youngster memenuhi bench. Jika benar pun taktik ingin mengelak dari bertemu nama2 besar di Eropah, jagalah maruah sedikit.At least kasi draw. Tapi jika ini yang Wenger mintak, maka tekanan akan terus menyerang tanpa henti dan game Sabtu in bertemu West Brom kini memang berat untuk dipikul.PSG, Dortmund, Malaga mengesahkan senarai calon yang akan bertemu Arsenal di pusingan kedua di samping Barca yang awal2 lagi dah champ group. Tapi masihkah ada fear factor? Masihkah team2 lain tersebut cuba sedaya upaya untuk mengelak dari bertemu Arsenal atau mereka nampak Arsenal umpama team yang boleh makan senang2? Sesuatu harus dilakukan... dan segera! COYG!


0 ulasan: