You feel embarrassed when you don’t give everything. I feel the team did fight and will be more disappointed and frustrated.
Sudahlah tu. Tiada alasan lagi. Memang tewas penalti, ada nasib tiada nasib. Tapi kalau 120 minit struggle lawan team yang main dalam divisyen keempat, 80 anak tangga bawah Arsenal, value team 7500k berbanding Arsenal 65M,belum cukup memalukan bagi Wenger dan anak buah, tak tahu laa nak kata macam mana lagi.Even Gary Jones kapten mereka sendiri kata Apekejadah Arsenal, lawan Torquay United dalam league two lagi mencabar. Perghhh kita dah jadi bahan lawak, bahan jenaka. Tak payah hantar Jambu, Jozan , letak Wenger Gervinho dan Rambo di pentas raja lawak pasti juara walaupun kelakar mereka kadangkala lebih menyakitkan hati dari DaDiDU.Bilamana bersengkang mata hampir 3 jam di awal pagi sampai terpaksa half day keesokan hari, itu sudah tentu menyakitkan. Sakit, sakit sangat. Ivan Gazidis keluar dari kegelapan konon nak jadi savior turut berkongsi simpati dan kemarahan serta offer kemaafan.
"I think I am frankly tired of getting up here and delivering the same message,Tuesday night was not good enough and it made us all upset and angry. I would like to apologise to all of you, especially the fans who travelled up there. It was unbelievable support as ever and you deserved better. "Penat untuk mengulangi mesej? Kita lagi penat mendengar janji2 kosong.40M, 50M dan kini angka 60M untuk apa? mana hasilnya? Jangan biarkan gua start dengan bebelan kerana umum sedia maklum apa yang hendak dibebelkan dan macam Gazidis , I am frankly tired getting up here and delivering the same message! It's not just about spending thoese money, it's about the lack of passion, heart and desire that make us all sick watching those so called superstar wearing the jersey that they didn't deserved let alone carry the cannon in front of it.
Pemain2 ni dah macam sampai satu tahap tepu.Tak ade motivasi. Sejujurnya gua terkejut bangun awal pagi melihat timeline twitter mendapat tahu Arsene Wenger menurunkan 1st eleven, all out, the best team yang mampu dipilih dari skuad yang available-jarang berlaku dalam satu cup yang dipandang remeh oleh Wenger.- Ini menunjukkan dia betul2 desperate nak piala tapi bagi gua, awas, Wenger meletakkan risiko yang tinggi di sini, kerana jika segalanya tidak berlaku seperti dirancang, morale player dan kelab keseluruhannya akan jatuh rock botom-Wenger tahu.Dan ia memang terjadi. Sama ada Bradford setaraf BPL atau kita yang jatuh standard kelab League two, tak ada kegoblokan yang mampu dinafikan lagi. Kredit kepada Bradford kerana bermain dengan penuh disiplin, semangat dan jiwa yang sangat kental. Mereka membuktikan duit bukan segalanya. Dan kali ini bukan sahaja ditujukan pada kelab2 seperti City, mahupun Chelsea tapi pada Arsenal sendiri. Hentikan membawar gaji2 buta yang tinggi melampau pada average2 player yang langsung tak menyumbang serta hentikan ketamakan yang berlaku dalam meja kasino Board.Cukuplah memperjudikan nasib kelab dengan keghairahan mengaut keuntungan untuk poket sendiri.
Dan di atas padang pulak, gua sudah muak dengan taktikal Wenger yang tak sedar2. Selagi Gervinho main sebagai cntral striker, selagi tulah kita akan terus menjadi bangsat. Ramsey di wing kanan? Seriously? Oh Si Spodolski ni power kaki kiri, jadi kita letak dekat kiri jek lah. Bollocks!! Budak darjah 3 pun tahu dan boleh jadi manager kalau ikut penaklukan mantik macam tu. Ada orang kata meletakkan Gervinho di atas umpama meletakkan kedudukan rambutnya di dahi luasnya tu, memang tak sesuai. Dan Chamakh?? Itu taraf sub yang ada untuk dilihat boleh turn around game??? Sorry tapi pada gua Wenger had lost it. At least stick to the plan, bagi peluang Eisfeld, kalau bencikan sangat Arshavin pun mengapa bekukannya sampai begitu sekali. Why rosicky dengan Chambo tak start berbanding Rambo. Selectionnya macam Rajagobal, penuh diskriminasi pilih bulu dan merapu.
Bakat tu susah nak dikorek boleh digilap.Kalau ada boleh sampai full potetial, kalau dah memang takde tu hanya kena ada x-factor lain yang boleh push forward tahap seseorang. Passion, dan desire tu boleh dibentuk dan dibakar dengan motivasi.Tapi sayang benda2 tu dah tak ada di Arsenal.Wenger gagal dalam memotivasikan player2 dan sikap suka membacking membuatkan player2 ni naik lemak.Walaupun banyak kali miss passed dan kadang kala nampak hanyut dengan form rakan2, tapi hanya Wilshere yang dilihat ada keiinginan dan rasa tanggungjawab membawa nama Arsenal malam tu. Tapi tak boleh nak mengharapkan budak mentah semata2 kerana dia jugak memerlukan sumber inspirasi.Dia melihat di sekelilingnya,namun tiada aspirasi.Arenal dah jadi macam tempat pasukan yang main bukan dalam satu unit, tak ada hala tuju. Itu punca bilamana player2 senior dipandang serong dan tiada usaha untuk menghormati jasa2 dengan berusaha mengekalkan mereka.Saban tahun mereka blah dan diganti oleh plaer2 average perasan primadona. Dan hanya tuhan sahaja yang tahu adakah Arsenal tempat untuk Theo show off kan diri atas kapasiti peribadi, menjaja diri untuk dipancing kelab luar ketika baki kontraknya menunggu hari kerana jika dia benar2 care akan Arsenal dia dah lama ikat kontrak. Gua tak terkejut jika dia 'memaksa dirinya dijual' Januari nanti.Segala blame kemudian akan dilemparkan kepada Board,pemain hanya blablablablabla dan di akhirnya Theo yang tersenyum riang sebat kontrak berjuta dengan pasukan lain meinggalkan Arsenal terkontang kanting krisis dalaman dengan Black Scarf Movement vs BOD.Victoria Concordia Crescit, Vitory Through Harmony kini semakin lama semakin susut nilai maknanya. Tiada lagi harmoni yang didambakan jika keadaan sebegini berterusan.
Enough of meroyan. I Just want my Arsenal back!!Sementara menunggu subsidi Januari yang belum pasti tiba, Marilah berdiri di belakang pasukan yang ada. Schedule lepas ni sebelum masuk tahun baru memang tough. Away bertemu Reading, Wigan dan home bertemu West Ham Newcastle tatkala Boxing Day.Padat.Player jangan bimbang, kita sebagai penyokong akan teruskan dengan tugas kita memberi sokongan tanpa henti , harap player dan manager pula yang menjalankan tugas mereka dengan penuh erti..
Agi idup agi mengGunenrs!!
0 ulasan:
Catat Ulasan