Arsenal bertandang buat kali kedua ke Madejski Stadium musim ini dan seperti perlawanan pertama dalam special comeback league cup dulu, 'ping pong' breulang kembali dengan 7 gol dapat disaksikan. Santi Cazorla yang merupakan stand out performers untuk Arsenal musim ini membuktikan antara pembelian berbaloi dengan persembahan bergaya , slumber dapat hat-trick . Paling best dan luar biasa apabila pemain serendah Cazorla mampu melakukan tandukan terbang hasil cross dari Podolski (jugak sebijik gol) untuk gol kedua. Tapi menjadi concerned apabila, kita dah lead 4 gol membiarkan Reading bangkit 2 bijik memberi kegelisahan sedikit kerana dendam dan tema 'sejarah mungkini berulang' berlegar2 di benak pemikiran para gooners.
Yes, you’re right. We were under a lot of tension before the game. We thought subconsciously it was done at 4-0 and at 4-2, I saw your headlines coming! Fortunately we scored the fifth goal. -Arsene WengerNamun Theo Walcott yang masih belum sign2 kontrak , dapat jugak beraksi di central role, suatu yang diimpikan dan tidak mempersiakan peluang dengan satu finishing yang cukup cool untuk memadam hajat Reading. Harap dengan kepercayaan yang diberi oleh Wenger, Theo nampak masa depannya di Arsenal. Berita dari sana memperdengarkan rundingan masih akan dijalankan walaupun dah masuk Januari jadi risiko untuk melepaskan Theo free2 summer nanti bakal diambil. 5-2 keputusan hingga wisel penamat. Mungkin terlalu awal nak buat conclusion ini mungkin line up plg nampak click together tapi tak sukar untuk buat pemerhatian dan analisis, ketiadaan Gervinho dan Rambo dari starting line up, corak permainan kita jauh tersusun dan tempo kita berada pada standard yang sepatutnya. Anda mungkin boleh kata ini Reading, pasukan tercorot BPL tapi lihat balik pada Bradford, di mana pulak kedudukan mereka? Jadi untuk sembang bola kedai kopi, tak salah untuk kata tanpa kelibat duo tersebut, kurang menyakitkan hati.Maaf jika ada yang tak setuju untuk gua semberono bashing sana sini tapi kita sekarang memang berada di zon2 mudah mencari kambinghitam.Apapun kita menang, jangan cemarkan kemenangan moral ini dengan bercerita kisah silam.Just enjoy sebelum kita bertandang ke Wigan Sabtu nanti.
Oh ya, politik. Walaupun cerita ni dah basi 3 4 hari tapi gua nak sentuh sedikit.Dalam bola pun ada politik. Ini berkaitan tampuk kuasa. Umum maklum, Silent Stan merupakan pemegang saham terbesar di Arsenal dan pastinya ada pesaing iaitu jutawan Uzbek, Usmanov. Tak ada masa paling tepat dan sesuai selain ketika ini, timing2 Arsenal dilanda so called krisis dalaman, Usmanov mencucuk2 agar sokongan2 beralih arah lantas melompat ke kemnya. Usmanov menggunakan peluang ketika BOD terutama di bawah Stan-Gazidis bawah tekanan yang amat sangat sesudah segala 'ketamakan' mempotraikan hasil di atas padang. Result2 bangang yang mengecewakan mengundang kemarahan para penyokong sehingga terbentuknya Black Scarf Movement, suatu gerakan protes menentang sebarang penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan wang oleh mereka2 yang duduk di atas sana. Gazidis sebagai Chief Exec menjadi sasaran utama, Kroenke tidak terkecuali walaupun dia kelihatan silent, tapi sebagai pemegang saham terbesar, susah nak menafikan rolenya dalam permasalahan ini yang berselindung di sebalik topeng self sustaining model.
Oleh itu Usmanov mula memasang jalan cuba menggunakan taktik liciknya. Tak cukup dengan menyatakan kekecewaan terbuka terhadap board sedia ada dan berjanji dengan manifesto bulan bintang yakni bersedia melonggokkan duit untuk transfer dan mengubah Arsenal dari dalam ke luar, Usmanov nampak dah sampai tahap desperate apabila baru2 ini 'menggunakan' legend Henry untuk melobi.
"I don't have any power in terms of decisions, but there are a few Arsenal players whom I am in contact with and my favourite is probably Thierry Henry .Thierry should already be a part of the club but not as a player. He has another role to play, a more important role." ," Usmanov, sumber L'Equipe.Dan baru2 ini berita menggemparkan Usmanov menjemput Henry Dinner sama2 bagi menguatkan spekulasi ada gerakan2 subversif untuk memancing sokongan memaksa Stan menjual sahamanya sekaligus melepaskan Arsenal kepada Usmanov. Kononnya comeback Henry ini akan lebih dari itu, diambil contoh, satu posisi ala Vieira di City. Hoi Usmanov, kami tak begitu desperado hadap sangat duit ko. Henry seorang profesional, kalau dah ajak makan, takkan nak menolak, sama laa macam dia akan layan sesiapapun. Lebih2 lagi kita tahu anak David Dein bekas orang besar Arsenal yang dikatakan rapat dengan kem Usmanov merupakan agent kepada Henry. Jadi apa salahnya sekadar lepak menghormati kawan member2.No big deal, tiada isu di situ. Itu yang gua cakap, Usmanov senagaja cari publisiti gunakan nama Henry untuk mencapai cita2nya. Dalam masa yang sama, Henry pun belum pasti untuk kembali Januari ini secara loan, ini berikutan orang2 di pihak NY Red Bull kata belum ada inkuiri dari Arsenal malahan juga Henry baru sahaja menimang seorang lagi cahaya mata.
Berbalik kepada isu tadi. Kepada Arsenal fan yang ingin kita dioperasikan seperti City mahupun Chelsea, be careful what you wish for. Bukanlah Gua sokong Board yang sedia ada ini, tapi kalau kita nak tukar perompak dengan penyamun pun tak ada guna. Malah kita mungkin boleh nampak senang lenang dalam tempoh masa singkat tapi merana masa depan menggadaikan kelab kepada orang perseorangan. Berhati2 sehingga kita menjadi alat mainan Usmanov apabila kita dibebani hutang melampau kelak. Iu sebab kita perlu bersabar waktu2 begini. Orang duk sibuk FFP FFP tapi sejauh mana ia akan membantu dan bila masanya dia betul2 akan dilaksanakan secara telus. Mesti ada backdoor, ya itu pasti. Tapi Arsenal perlu dibiarkan beroperasi sendiri secara the Arsenal way. Ini adalah cara kita, berpijak di bumi yang nyata menggunakan resource sendiri. Sejak dari dulu lagi kita dah diajar begini, sejak board sedia ada ni ambil alih lagi, cuma tempoh period hampir sedekad ini kita terhimpit dengan penghijrahan Stadium. Ini adalah fasa di mana kita perlu banyak bersabar tapi tak bermakna kita boleh setuju bulat2 dengan rompakan2 Board yang berselindung di sebalik imej operasi ini. Kita berapa kali dijanjikan dengan duit yang ada, tapi kalau duit betul2 wujud, takkan setiap tahun kita kena jual player2 utama kita. Jadi ada suatu yang sangat2 tidak kena sebenarnya. Dan bukan jugak kita memaksa mereka mengeluarkan duit gila hanya untuk satu dua super star, cukup menunjukkan effort dengan mengeluarkan dana mengikut harga semasa ke atas pembelian2 pemain yang berkualiti dalam masa yang sama berbaloi. Sebagai contoh, pembelian santi Cazorla 16M, itu adalah harga yang sangat2 berbaloi dengan realiti bola sepak modern sekarang. Scout kita kena kerja keras lagi, management dan coach kene restructure balik skuad, offload deadwood2 yang makan gaji buta tapi main average. Sampai bila player2 yang dilepaskan secara pinjaman mejadi beban tanggungjawab Arsenal. Ini berlaku sebab kita dengan sewenang2nya offer gaji tak berpatutuan dengan kualiti mereka yang biasa2 jadi untuk kelab lain nak beli pun pikir 2 kali. Macam biasa saban tahun Wenger bangga dengan pencapaian layak ke Champions league setiap tahun.Untuk berada pada tahap itu memerlukan konsistensi, kita konsisten berada dalam kelompok 4 terbaik tapi untuk maju lebih lagi, apalah salahnya kalau Arsenal push forward lebih sedikit lagi. Gua pikir setiap musim, Kita hanya kurang 2 atau 3 top player berkualiti lagi untuk mencabar kejuaraan. Arsenal perlu bertindak segera untuk memastikan kita kekal sebagai top team dalam BPL mahupun Europe. Januari ini adalah timing paling sesuai..
0 ulasan:
Catat Ulasan