Arsenal menamatkan kempen liga dengan style, bukan bermakna tempat keempat itu stylo, tapi sebab kembali on form dalam landasan kemenangan menang 4 game terakhir . Itupun selepas diberi nafas baru selepas kemenangan ke atas Wigan dalam semi final yang menyuntik kembali semangat dan keyakinan bagi baki kempen musim,dari situ kita pukul habis. Jika result sebaliknya tak tahulah di mana kita akan berada sekarang. Ditambah pulak dengan gol yang cukup style dari Rambo dan sambutan riang2 ubi selepas Carl Jenkinson meraikan jaringannya selaku peminat sejak kecil, kemenangan ke atas Norwich adalah satu bonus dalam mempersiapkan diri ke arah mendapatkan hadiah yang lebih bernilai, FA Cup.Malam ini bakal menjadi saksi 2 kelab bertembung bagi merebut Piala domestik paling berprestij dalam sejarah bola sepak. Siapa bakal menjulang piala baru diukir dan dibentuk, edisi ketiga sepanjang 143 tahun usia kejohanan tertua ini. Adakah Arsenal ? yang kali terakhir menjulang trofi ini 9 tahun lalu, ataupun Hull City?, yang masih belum mampu menjulang apa2 kejuaraan selama kelab ini ditubuhkan 110 tahun yang lalu. Itu yang meletakkan FA Cup menjadi sebuah pertandingan yang cukup istimewa penuh dengan nilai estetika, nostalgia,istimewa, penuh dengan elemen kejutan dan mampu menjadi simbol harapan serta tak keterlaluan dikatakan untuk digambarkan punya magis tersendiri.
Memang tak boleh dinafikan rata2 rama yang meletakkan Arsenal sebagai calon favorite untuk menang malam ini sampai ke satu tahap mereka beriya2 menunggu Arsenal gagal sebenarnya jika tidak tiada lagi bahan untuk mereka menulis, mengondem serta mengkritik. Tak payah nak ulang sangat Arsenal dah 9 tahun tak menang piala atau apa2 letak kaki kamu kedalam kasut Hull City dan mereka lagi sanggup bermatian untuk mencipta sejarah jadi hormati lawan, ini final, kedua2 pasukan mempunyai peluang 50/50. Kalau nak jadikan result liga sebagai ukuran, Menang 2-0 di Emirates, menang 3-0 di KC stadium,Manchester City menang double ke atas Wigan dalam liga musim lalu, tapi lihat apa berlaku di Wembley 12 bulan yang lalu.Itu cukup menjadi peringatan dan pengajaran. Buat player2 Arsenal yang menyarung jersi sekarang, mereka bukan sahaja perlu berdepan dengan Hull City, tekanan big match, atmosfera stadium, ribuan penyokong, namun mereka perlu berdepan dengan bayang2 silam yang ditinggalkan batch terdahulu. Hanya Flamini sahaja yang sempat merasai berada bersama pasukan Champion.Rata2 mereka adalah barisan baru yang menanggung beban rekod kemarau yang berpanjangan tapi kredit buat mereka kerana telah sampai ke tahap ini dan mampu memecahkan deadlock tersebut. Bukan mudah untuk melepasi halangan seperti Spuds, Coventry,Liverpool,Everton dan Wigan , ini jalan undian yang paling sukar kepada sesebuah pasukan sebenarnya jadi untuk kembali ke Wembley tak ada apa yang layak dikatakan untuk menafikan mahupun memperlekehkan usaha mereka.
Kesan psikologi final masih terasa. Selepas 2005, kita mengharungi 3 lagi final 1 UCL dan 2 League Cup , bagaimanapun nasib tak menyebelahi Arsenal. Dan yang latest version lawan Birmingham 2011 adalah suatu malapetaka yang masih segar dan kalau boleh tapi tak boleh nak lupa, masih menghantui. Sekurangnya 6 pemain dari squad sedia ada terlibat dalam tragedi di mana Koscielny dan Szczesny akan ingat sampai bila2-at least sebagai pengajaran.Sperkara lagi, memori bila lawan hull ni ialah kita tewas home sewaktu mereka baru promote, gol superb dari Geovanni malam tu membuatkan Phil Brown yang merupakan pengurus pada ketika itu bertambah poyo. Kepoyoannya meletus tahap maksima bila cari pasal dengan Fabregas yang menyebabkan FA terpaksa ambil tindakan .Untunglah kini mereka diterajui oleh orang yang lebih matang dan tenang dalam Steve Bruce. Itu antara bibit2 seteru antara Hull dan Arsenal,.Jadi untuk malam ini memandangkan tiada lagi rasa kemenyampahan dengan status berbeda antara dua kelab ,elemen spurs mungkin bakal menyuntik pembakaran. Tom Huddlestone, yang merupakan anchorman , nadi penting Hull beserta seorang lagi loanee dari Spuds , Jake Livermore bakal disokong hebat oleh rival dari utara London yang gila2 punya nak tengok Arsenal gagal.Typical spuds, harapkan orang lain usaha sendiri failed.
“It is certainly the most glamourous, historical and traditional game in English football. Why? Because the whole world has seen FA Cup finals. It's the last game of the season and this campaign has been very exciting. I hope we finish it on a high.”- Arsene Wenger.Apa yang membuatkan malam ni bertambah menarik ialah boleh dikatakan kecuali Theo, hampir semua player fit dan vailable.Dan ya termasuk Diaby di sini! Sehingga memaksa Bendi yang pernah score gol lawan Hull dipandang sepi.Chambo dan Mael yang dikatakan perlu menjalani ujian kecergasan jugak kelihatan ceria dalam latihan. Jack Wilshere seorang lagi Englishmen yang bakal terbang ke Brazil walaupun mengharungi kecederaan di akhir2 musim jugak berpeluang mencipta sejarah bersama kelab yang disertainya sewal usia 9 tahun. Pening kepala Wenger.Apa yang pasti Fabianski sah dalam list . Begitu jugak x-factor kita Rambo.Anda boleh lihat bagaimana kehadiran Rambo ternyata mengubah corak Arsenal, bagaimana dia berubah memenuhi potensi kepada seorang pemain yang tersangat penting, memiliki stamina,drive dan kini goals. Superb volley menentang Norwich temph hari mensimpulkan kemampuannya, ending kempen yang menyerlah sepertimana dia memulakan musim ini sebelum dihimpit kecederaan. Itu yang Arsenal kehilangan selama hampir 4 bulan.Gua percaya kalau dia dan Theo kekal cergas, musim kita mungkin lebih bermakna dan beban taklah terlalu berat dipikul oleh Ozil, Santi, Rosicky. Sebut pasal Thomas Rozza, bagi Old guards sepertinya termasuk Bacary Sagna,Arteta, Kim Kallstrom, Vermaelan ini peluang buat mereka kerana umur bukan makin muda, peluang beraksi di final bukan selalu dapat. Lebih2 lagi pada yang loyal seperti Diaby, Rosicky dan jugak Theo. Mungkin ini juga boleh jadi the last hurrah buat Sagna yang seakan pasti tidak akan renew kontraknya. Pemain seperti Ozil, Poldi,Mertesacker, Giroud,Santi,Koscielny Fabianski, Sanogo pasti teruja menjadi sebahagian daripada sejarah piala penuh tradisi di Britain.Flamini akan berkongsi pengalaman serta serba sedikit winning mentality yang masih segar di ingatannya dari batch 04/05.
Barisan kemungkinan:
--------------------Fabianski-----------------
Sagna----------BFG--------Mael------Gibbs
-----------------Arteta--Wilshere-------------
---------Rambo-----Ozil--------Santi---------
-------------------Giroud---------------------
Bagi Hull City pula, siap sangka mereka akan mara ke final edisi kali ini. Sesungguhnya FA Cup penuh dengan elemen kejutan dan memberi harapan kepada team2 domestik lain dalam pertandingan kalah mati. Dan perlawanan akhir tetap perlawanan akhir, mereka takkan berada di situ jika mereka tak berupaya dan tak konsisten. Ketepikan form liga mereka yang tewas 4 daripada 5 perlawanan, jika mereka mempunyai semangat ala Wigan, mereka mampu mencipta kejutan, dan jika mereka mampu bawa bas macam Chelsea, jika kena cara drivingnya mereka akan sampai ke destinasi, biar lambat asal selamat. Itulah Arsenal perlukan pelbagai variasi dan plan B jika tebuk ikut flank tak jadi kita go through the middle, last option long ball. Shane Long dan Jelavic cup tied. Namun tanpa mereka berdua kempen FA Cup mereka dah cipta 20 bijik gol. Mereka pasti meletakkan harapan pada Matty Fryatt yang mempunyai penyudah yang baik tapi pace dan kemampuan membuat larian adalah suatu yang tak dimiliki berbanding Long dan Jelavic. Huddlestone dan Meyler harus disekat. MEreka mungkin hadir sebagai underdog, tapi bila tiba final dan masuk ke atas padang, team paling kurang melakukan kesilapan akan muncul last men standing.
Di sebalik semua ini,apa jadi jika apa yang diharapkan tidak berlaku sepatutnya? adakah bermakna segalanya berakhir? Sudah tentu tidak. Tapi kesannya amat mendalam. Gua cuma nak tegas kan di sini, apa jadi malam ni, malapetaka mahupun party gilang gemilang, penyokong perlu berdiri di belakang pasukan. Pemain, mereka profesional, mereka mungkin loyal, ada yang bermain dengan memahami erti sebalik lambang meriam, ada yang bermain berdasarkan angka dan tarikh atas kontrak, itu semua lumrah dunia tapi bagi penyokong , kita setia di sebalik warna merah putih. Kepaduan sorakan menjadikan bara sumbu meriam itu takkan padam. Terus bersedia gunning for the cup.Jatuh bangun kita bersama, dulu boleh bersabar zaman Graham, hoo haa hoo haa zaman kegemilangan sebaik revolusi France tiba, kemudian kini tenggelam 9 tahun tapi kita masih setia bukan? Pengisian 9 tahun itu walaupun tiadalah menjulang, penuh dengan warna bukan? Itu sebab begitu istimewanya menjadi pentokong Arsenal yang hanya para Gooners sahaja memahami walaupun tanpa sebarang kejuaraan, ada nilai yang lebih mahal di sebalik itu dan itu yang membuatkan fanbase kelab ini terus utuh dan kini dalam proses membina empayar baru. Menang malam ni bukan bererti takat itu sahaja obejektifnya, bukanlah kita menang malam ni dan set balik 9 tahun lagi baru mahu menang next cup.Bukan begitu budayanya. Tapi kalah malam ni jugak bukan bermakna segalanya punah dan kita pasukan paling teruk di muka bumi. Adat game ada menang dan kalah, life goes on. Kita mesti ada next target, hidup perlu sentiasa ada tujuan, manusia tidak pernah puas. Apa jua jadi, kita di ambang new era sama ada Wenger stay atau tidak. Malam ini juga bukan titik permulaan kerana titiknya telah disambung sejak zaman Woolwich dulu, kita hanya menyambung legacy dan tradisi. Ini malam di mana kita menjadi sebahagian dari sejarah. Wembley destinasi terakhir untuk kempen musim ini dan hentian2 sepanjang perjalanan banyak mematangkan kita dan memberi pengajaran berguna. A hell of a ride. Sejarah mematangkan kita untuk kita sentiasa punyai visi dan misi untuk menjadi lebih baik bagi game berikutnya. Buat player2 yang masih ada, gunakanlah kesempatan ini, jadilah hero , berjuang sepenuh hati victory through harmony. Lazimnya kedengaran nama di belakang kit tidak sepenting lambang di hadapan tapi nama2 di belakang itulah yang akan dicetak sebagai wira untuk ditatap oleh generasi berikutnya dalam wikipedia.
Astro 12.00 AM Arsenal 3 Hull City 1
Agi idup agi mengGunners!!! Come on Lads!!!!!! COYG!
#GunningForTheCup.
0 ulasan:
Catat Ulasan