Minggu yang panjang tapi bermakna. Kelayakan minima musim seperti biasa telah dicapai. Pada pertemuan menentang Newcastle di mana kita meledak 3 biji tanpa balas, seperti saban tahun, kita menyambut Hari Totteringham.yang ke 18 berturut2. Kemudian tanpa perlu menyepak bola, Arsenal diberikan tiket untuk kelayakan UCL sesudah terjamin top four finish, suatu yang pasti melegakan buat Wenger yang merasakan dirinya 'masih berguna' apabila setiap kali cuba menjawab soalan tricky dari media tentang destinasinya musim depan-sekurang2nya kita dah tahu destinasi Kim Kallstrom dari mulut Le Prof, dia akan pulang ke Moscow kembali.
Oh dan pasal tiket tersebut, gua mati2 membayangkan kita akan fight sehingga minit terakhir liga tapi kekalahan Everton kepada City melebarkan jurang dan kemenangan kita ke atas WBA 1-0 semalam memberi kelebihan 7 mata di hadapan. Itu yang sampai ada fan Liverpool suruh siasat FA macam mana Everton boleh kalah dengan City, adakah mereka sengaja menjual game demi menafikan peluang rival tempatan mereka. Kah3 gua rasa baik siasat Gerrard dulu. Sampai begitu sekali bola sepak boleh bawak anda. Bukan kalah dengan City yang Everton harus kesali tapi kekalahan kepada Crystal Palace dan Southampton memang secara tersuratnya memberi laluan moral buat Arsenal yang kini hanya perlu melawat Norwich sebagai lawatan sambil belajar.Tak ada apa lagi yang ingin dikejar, top 3 dah luar jangkauan dengan Chelsea seakan pasti jadi penghuni.
Gua harap kita pro dan main macam match2 biasa dan penting untuk mengutip 3 mata maksimum. Tapi bagi Kenari, game ni mungkin boleh jadi tali hayat survival mereka dalam BPL itupun bergantung pada sejauh mana Sunderland mampu pergi.Kalau Sunderland tumpas baki 1 game, maka last kick off serentak nanti akan bermakna buat Norwich dengan harapan Sunderland sekali lagi tumpas. Itu yang Arsenal perlu berwaspada sedikit. Kita perlu dilihat profesional dan tak membantu sesiapa,maka sebab itulah game ini perlu dilayan sebaik mungkin sebagai penghargaan buat away fan, target point 79. Gua berharap skuad yang diturunkan nanti boleh bagi peluang pada muka2 yang jarang dapat peluang.Mungkin player yang tak pernah beraksi langsung seperti Viviano yang hadir secara pinjaman perlu diberi peluang, Diaby yang berada atas bench semalam boleh kasi panas badan, Kallstrom ,Jenkinson Sanogo, Bendi. Sekurang2nya dapat mengelakkan seberang kecederaan tak patut pada player utama bagi menghadapi final Piala FA 17th May nanti.Contradict dengan statement awal tadi? tak dilihat membantu sesiapa tapi turunkan 2nd team? Mungkin boleh bikin team seperti Sunderland marah tapi mereka perlu paham kita ada final penting jadi ia nampak logik, turunlah sesiapa pun tapi apa yang kita mau adalah komitmen 100%.Kalau turun 1st team sekalipun jikalau yang tak komited pun hasilnya sama jugak. Namun kalau Sunderland menang lawan West Brom Rabu ni mereka tak perlu nak bising, kadi kesimpulannya setiap team dah diberikan peluang masing2.Seperti jugak Arsenal, kita seharusnya pergi lebih jauh dari ini dalam liga tapi kegagalan-yang penat gua huraikan- mengambil peluang telah memakan diri.Tunggu lepas wisel penamat di Wembley nanti baru kita rumuskan perjalanan Arsenal FC bagi 2013/2014.
Malam tadi jugak lepas game terakhir di Emirates, seperti biasa ada acara tradisi, Lap of appreciation. Semua player kelihatan hadir untuk bagi penghargaan buat penyokong yang tak pernah mengenal erti penat lelah malah banyak bersabar. Tak kiralah yang injured ke, yang bertuxedo, berseluar track mereka diiringi Gunnersaurus bersama keluarga mengelilingi stadium. Menjadi tumpuan pastinya
Tinggal satu game sahaja lagi.Come On Lads!! Mari tamatkan liga dengan bergaya!
Agi idup agi mengGunners!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan