Isnin, 21 April 2014

Post Match : Patah gigi? Tiada Hull lah!!




Jika harga 3 mata adalah sebatang gigi, jadi pedulik apa?! itulah semangat Arteta malam tadi. Gua selalu mengkritiknya sejak kebelakangan ini kerana memperlihatkan persembahan yang semakin dimamah usia tapi harap dengan imej baru ini tidak mempercepatkan proses penuaannya. Untuk malam tadi gua simpan segala kritik kerana dia terus bersemangat untuk membantu team walaupun sedar gigi depannya rongak akibat berlaga dengan siku George Boyd. Usahanya untuk menackle bola dari Jelavic untuk gol kedua sekaligus killer blow buat Hull juga harus diberi kredit walaupun Steve Bruce dan anak buah usha dengan muke bengkek. Ada lagi masa seminggu sebeum dia kembali ke atas padang untuk melakukan sesuatu pada giginya.



Arsenal meneruskan cengkaman untuk top four finish apabila menundukkan Hull City 3-0 di KC stadium.Game yang menyaksikan Ozil dan Rambo start bersama, agak menunggu masa untuk panas. Pada awalnya tiada gerakan dicipta hanya menyerap tekanan dari Hull. Tapi sebaik sahaja memecah kebuntuan dengan jaringan pertama no turning back.Lukas Podolski on form menggegar jaring dua kali, dan satu lagi gol dari gerakan berpasukan yang cukup smart, dimulai dengan Rambo dan disudahkan dengan Rambo. Rambo kepada Ozil kepada Santi dan kembali kepada Rambo Bang!! Lepas gol kedua, superb volley dari Podolski hasil assist Rambo yang mendada sahaja, Hull dah putus harapan. Lebih2 lagi gol tu datang waktu2 genting sebelum half time. Bermula 2nd half, Arsenal in control. Ozil Santi Rambo Arteta Podolski mengawal bahagian tengah dengan mantap. Gol ketiga gandingan Monreal Santi Rambo dan Podolski. Dah lama tak tengok Arsenal menguasai bola dengan yakin sebegitu, kali terakhir ke atas Sunderland di Emirates dulu. Saat2 macam nilah mula terbayang 'kalaulah' , 'jika' dan segala macam2 lagi.. alangkah bertuahnya andai player2 seperti Rambo, Ozil, Jack, Theo kekal fit sepanjang musim, pasti kita sedang bertarung di atas sana atau mencicirkan pesaing liga sepertimana yang kita pernah lakukan di awal musim. Dah terlambat, kita memang ada rekod sejarah, pasukan perubatan kita teruk, coaching method kita satu jenayah sampai body player tak boleh nak cope, sesuatu perlu dirombak agar masalah saban musim ini dapat diselesaikan segera. Lapan hari rehat sebelum bertemu Newcastle, cukup masa untuk mempersiapkan pasukan. Oh dan bagi Hull, jumpa lagi di Wembley bulan depan!

Kemenangan Everton ke atas United mengesahkan tempat kita ke Eropah paling busuk pun Europa. Ini kerana jrang mata terkini, United tidak lagi mampu memintas kita. Kemenangan Liverpool ke atas Norwich pula secara matematiknya mematikan sebarang harapan palsu lagi. Everton terus memberi tekanan, namun atas kertas mereka kelihatan mempunyai jadual yang lebih sukar berbanding kita, Southampton away, City home kemudian Hull City away. kita ada 2 home game Newcastle dan WBA sebelum mengakhiri liga di Norwich. Menang ke atas Newcastle Isnin depan bermakna ada sambutan St. Totteringham Day!

Agi idup agi mengGunners!!!



Mind the gap Mikel


0 ulasan: