Ahad, 20 April 2014

Pre Match : Jangan buat Hull

Pasti ramai yang memandang game malam ini sebagai pra Final Piala FA 17th Mei nanti. Terpulang, tapi yang pastinya ia satu perlawanan yang juga penting tapi dari aspek perjuangan yang berbeza,Piala FA menjanjikan piala, game malam ini memberi long term impact. Ia perjuangan survival bagi Hull untuk kekal dalam Liga Perdana yang tampak dah seakan2 selamat manakala bagi Arsenal,  penting mengutip tiga mata bagi mengukuhkan kedudukan untuk kelayakan UCL musim hadapan. Kita baru kembali membina momentum kemenangan sesudah 5 game, baru mendapat kemenangan yang pertama, ke atas West ham 3-1. Game yang kelihatan menceritakan Arsenal punya jalan cerita, main tak seberapa, ketinggalan, dan menunjukkan apa yang kita lacking sepanjang musim, superb finishing.  Malam tu dengan tak semena2 di saat kita kurang mencipta peluang, 3 gol datang dari superb finishing, Podolski 2 bijik, kemudian sublime finish dari Giroud. Kim Kallstrom menggunakan peluang ini bagi membuktikan pengalamannya boleh diharap ketika saat memerlukan. Bergandingan dengan Arteta yang persembahannya semakin berumur, Kallstom yang sebaya dengan Arteta telah mendapat debut startnya dan beraksi selama 90 minit, masih belum merasai sebarang kekalahan bila mana dia jejak ke atas padang bersama Arsenal.Harap tuahnya berpanjangan jika dia diturunkan lagi.


Dan kemenangan kita tempoh hari disusuli dengan satu result yang memberi sedikit kelebihan buat Arsenal. Kekalahan Everton kepada anak buah Tony Pulis, Crystal Palace memberikan peluang buat Arsenal, kini , ia terletak di tangan sendiri. Menang 4 game terakhir ini dan Arsenal akan sah mendapat top 4 finish. Everton  akan melayan kunjungan United sejurus perlawanan Arsenal-Hull.United sedang dalam mode mengejar, sambil dikepit rapat Spuds, tempat ke Europa adalah amaran kelayakan minima yang baru diterima dari keluarga Glazer. Untuk medapat tempat secara sah yakni ke tempat ke 5 dan 6 dalam liga masih lagi dalam radar mereka tapi sebagai insuran jika hanya sekadar tempat ke7, mereka ada satu lagi pintu belakang. Dan gua yakin United takkan se low itu untuk menggunakannya, caranya ; Biar Everton mendapat tempat keempat, dan mengharapkan Arsenal menjulang FA Cup. Juara FA Cup layak mendapat tempat ke Europa dan jika Arsenal sudah berada di kedudukan kelima, secara automatik , tempat ke7 dalam liga akan mendapat kelebihan tersebut. Itu matematiknya. Apapun kita jangan mendongak ke langit sangat, beza 4 mata dengan spuds, united 7 mata, everton 1 mata, perjuangan masih perlu diteruskan kerana silap sedikit, kita mungkin langsung menjadi pasukan yang ditertawakan. Sekurang2nya dengan tiket ke Wembley dah secure, kita boleh fokus 100% pada baki 4 game liga ini.

Kepulangan Flamini dari penggantungan memberi peluang Wenger merehatkan beberapa player dan melakukan rotasi. Ada kemungkinan cerah, Mesut Ozil akan kembali!! Dengan Arsenal dah merasai impak Rambo sebagai game changer bertemu West Ham, sudah pasti seorang lagi player berstatus bintang memberi moral boost pada rakan2 lain.Gua jangkakan Ozil akan start dari bangku simpanan. Turut sama dalam senarai menunggu untuk diturunkan adalah Monreal. Gibbs disahkan out, jadi Monreal sebagai natural LB  bakal menajdi pilihan pada Wenger untuk menggantikan tempat Gibbs berbanding Mael. Walaubagaimanapun Mael telah buat kerja yang bagus tempoh hari, dengan satu assist, long ball nya kepada Giroud menyaksikan satu 1st touch yang perfect sebelum disudahkan, orang kata ala Bergkamp.Tapi gua taknak puji lebih2 sangat si Giroud ni.Anda paham kenapa.

--------------------Szczesny-------------------
Sagna----------Per---------Kos--------Monreal
---------------Flamini----Kallstrom--------------
------Santi----------Rambo-----------Podolski
---------------------Giroud-------------------

Menang away game malam ni, kita ada lagi 2 game home berturut2 dan mampu menang, menentang Newcastle kemudian WBA sebelum mengakhiri kempen liga musim ini bertemu Kenari di tempat mereka. Antara Hull dan Arsenal untuk Part I ini, atas kertas, kita adalah pasukan yang lebih memerlukan kemenangan malam ini jadi tunjukkan desire dan fight. Part II lain pulak ceritanya..tunggu....

Astro 9.05PM Hull City 0 Arsenal 2

Agi idup agi mengGunners!!



0 ulasan: