Rabu, 16 Disember 2009

Pre Match : Bila cakap semua pasukan, ia tak terkecuali Burnley.

Bila Wenger menyanggah tanggapan Arsenal boleh berehat dengan jadual yang konon tak berapa sukar selepas ini, dia tak bergurau.BPL kali ini memang lain macam siket.Sedikit overkonfiden bolehlah ter twist sana dan ter twist sini.tapi itulah yang sebenarnya menarik.Semua Team tidak boleh dipandang mudah, Burnley juga tidak terkecuali.Kemenangan ke atas Man U membuktkan Turf Moor bukan kawasan 'makan angin'. Hanya 7 mata sahaja yang baru dirugikan oleh Burnley di kubu mereka.

Anak buah Owen Coyle jika mereka berdisiplin adalah suatu pasukan yang sukar dipecahkan. Oleh kerana masa mencemburui hanya sedikit pre match sahaja yang sempat disediakan.Telah diketahui umum semalam Traore takkan dapat beraksi sehingga bertemu Aston villa ini bermakna tempatnya bakal diganti oleh Silvestre yang Wenger tgh pun bercadang nak lanjutkan kontrak bila tiba bulan Mac nanti.Itu cerita nanti, yang penting sekarang Silvestre harus fokus.Kerana jika 2 game bertemu Burnley dan Hull Arsenal dapat kurang dari mata maksimum, 6, maka tiada gunalah dan sia2 sahaja kemenangan di Anfield tempoh hari.Denilson jugak sakit belakang, maka Diaby paling disayangi Wenger ketika ini. Eboue akan kembali dan kehadirannya akan memberi 'athletic energy'.

Adakah Eduardo akan diberi peluang setelah kali terakhir terpaksa berdepan tugas sukar bertemu Chelsea.Adakah Wenger akan merehatkan sebentar Arshavin satu2nya player yang boleh cipta gol dari mana2 arah suka hati. Dua kali dia bermain di posisi CF 2 kali jugaklah dia tak menghampakan. Tapi Burnley mungkin masih teringat gol ini..




Eduardo perlu mendapatkan kembali sentuhan untuk memulihkan keyakinanannya secepat mungkin.Jadi barisan kemungkinan

----------------Almunia----------------
Sagna-------Gallas---Mael-----Silvestre
-----------------Song------------------
-----------Fabregas---Diaby----------
---Nasri---------Arshavin----Eduardo

Seperti yang kita ketahui Astro Boy memang selalu membuat perangai.Pada sesiapa yang tidak bekerja bangunlah,bagi yang Muslim bersolat Subuh sebelum menonton match delayed jam 6 pagi di Star Sports 813.Matikan dulu henset anda jika tidak mahu spoiler dari rakan2 atau lawan.Huhu.Pada mereka2 yang berstreaming sama2lah kita berkongsi link jam 345 am nanti. Arsenal 3 Burnley 1.


LINK STREAMING ARSENAL VS BURNLEY LIVE!


0 ulasan: