Khamis, 17 Disember 2009

Burnley drop 2 point di Turf Moor

Fabregas menjaringkan gol, mengawal tempo bahagian tengah , mencipta peluang, link yang baik dengan Arshavin dan Nasri, kemudian mengalami kecederaan,dikeluarkan di penghujung babak pertama dan segalanya berubah buat Asenal. Pada mulanya kita kelihatann seperti tak punya masalah sebaik gol pertama seawal minit ke 7 dan peluang2 yang terhidang,Arshavin mencium tiang, masih boleh tersenyum..haih.Tapi dalam bola sepak dan match seperti ini,peluang2 itulah yang sebenarnya menghantui kembali. Arsene Wenger pastinya curiga dan kecewa kerana anak2 buahnya masih tidak membunuh pihak lawan secepat yang mungkin lagi2 bertemu dengan sebuah pasukan yang mempergayakan bola sepak dengan old british fashion.

Malang bagi Mael kerana terperangkap dengan sapok Biki dan melakukan foul yang tidak perlu.Terpaksa membayar dengan harga yang tinggi, satu penalti yang kompom gol punya oleh pemain paling tua atas padang Graham Alexander,38 mengubah rentak permaianan mereka.Burnley penuh bersemangat , fit, daya fizikal yang jauh mendahului Arsenal dan berada di mana2.Clear lah bola kemana pun, pasti ade sahaja player mereka.Mungkin Wenger sudah lupa akan element2 seperti ini kerana kita nampak hilang arah,dan tidak ada idea lain selain dari cuba menyelusup masuk melalu ruang yang terlalu seni dan juga crossing yang merapu meraban.Malah kita tewas dalam saingan kebanyakan header memperlihatkan 'kecomelan' pemain2 kita.

Aku pada mulanya tidak mahu mengkritik lebih Theo Walcott dalam match bertemu Liverpool mengenangkan dia baru kembali dari kecederaan dan secara tidak langsung diakui mempunyai peranan dalam kedua2 bijik gol Ahad lalu. Tapi untuk hari ini, Walcott adalah a waste of space! Cukuplah dengan segala hype2 yang disiram media setelah hat-trick bertemu Crotia, ia nyata memberi tekanan yang menggunung pada player semuda Theo.Die masih belajar dan perlu belajar.Jangan biarkan dia besar kepala dan anggap dia boleh masuk mana2 1st team straight forward.Decision making dan distribution nya hancur.Kurang cutting edge.larian yang sia2.Tdak pandai lagi memaksimumkan bakat yang ada. Sama macam Van Persie, agak2 nak mula perform sering dihantui kecederaan, simpati aku terhadapnya.

Eduardo mempunyai krisis keyakinan diri malah dengan cara Wenger ini, ia tak membantu langsung.Bagimana Wenger boleh mengharapkan Eduardo yang tengah down dan kali terakhir mengalami nightmare bertemu chelsea, dimasukkan dengan harapan untuk mengubah keadaan? Sepatutnya untuk deal dengan situasi seperti ini, Eduardo perlu diberi peluang beraksi dan starting 11  di tempat walcott bukanlah idea yang teruk. Tapi ketika dia sendiri pun dah nampak kurang yakin dengan kemampuannya dan Wenger mencamppakkannya ke padang apabila terdesak, ia makin menambah tekanan buat Dudu yang nampak tumpul dan lesu.Dudu perlu mendapat gol secepat yang mungkin, dan sehingga bola belum menemui jaring, dia akan terus rasa bersimpati dengan dirinya.

Dari segi untuk mencipta peluang kita terlalu bergantung harap pada Fabregas.Tanpa Fabregas, kita nampak ordinary dan tumpul.Pertahanan hanya nampak ok tapi gugup.Ini mungkin kerana ancaman forward dari Burnley tidak terlalu tajam.Sagna nampak semakin menggelabah ketika Silvestre lebih tenang tapi ada satu part tu terlalu tenang apabila dia dan nasri tewas dalam persaingan bersama Eagles.Nasib baik rembatannya hanya terkena tiang Hotel Carlifonia.Gallas dan Mael play safe tapi kadang2 mempunyai blunder yang tersendiri apabila dimasukkan almunia ke dalam pairing tersebut.Namun semangat melawan naik ke atas kedua2 mereka wajar dicontohi rakan sepasukan lain.

Almunia akan terus menjadi 'the usual suspect'.Agak2nya kalau gol Fletcher tidak dikira offisde, pastinya Wenger terfikir2 balik statement yang dikeluarkan semalam tentang keyakinannya terhadap penjaga gol Spain (maksud aku berwarganegara Spanyol).

Arsenal bernasib baik pulang dengan satu mata kerana selepas itu semuanya milik Burnley.Bila dipikirkan kembali,  2 match away dalam masa 3 hari,4 daripada 6 mata maksimum tidaklah terlalu  teruk cuma kita berasa kerugian tatkala pasukan2 pesaing lain pula yang mengumpul mata penuh.Hull di rumah ,tiada excuse kerana layanan Aston Villa seminggu selepas itu bakal memperlihatkan sejauh mana kita mampu mendaki sehingga tiba tahun baru.Cuba mencucuk masuk ke dalam big 4, Villa telah pun menewaskan kesemua 3 pasukan itu dan Arsenal perlu menangguhkan hajat Villa.

P/S: Jangan lupa sokong Malaysia petang nanti.Siaran langsung di RTM 5.45 PM. Bak kata2 pujangga, Hujan emas di negeri orang, hah bawak sajalah balik emas tu, tunggu apa lagi..


0 ulasan: