Khamis, 17 Disember 2009

Syabas Malaysia..Diharap ia baru bermula..

Tak kesahlah gol macam mana pun tapi lagi puas hati sebenarnya (ini kerana tension melihat aksi mengada2 gedik penjaga gol vietnam) . Yang penting Malaysia telah dinobatkan selaku Juara Pingat Emas Sukan Sea 2009 menamatkan kemarau 20 tahun. Sememangnya mereka yang bertungkus lumus dalam misi ini secara langsung atau tidak langsung wajar diberi kredit dan penghargaan.Apa yang diharapkan agar ini bukan kemuncaknya kerana dengan base yang dah ada sekarang, inilah tapak permulaan untuk Malaysia terus memajukan sukan bola sepak negara yang selama ini suram tapi penuh dengan carita belakang. Rajagopal dah bukak landasan tinggal pengurusan dan pemain untuk lebih profesional meneruskan pembangunan kerana jika diberi pendedahan pasukan kita sebenarnya mampu bersaing.Biarlah dari kejohanan semini sukan sea, tapi dari sinilah kita mulakan ekspidisi yang ternyata menggairahkan.Penyokong, peminat, dan pengkritik akan terus mewarnai bola sepak negara tapi jika tujuannya sama, nilai yang positif pasti dapat dijelmakan.Tak mustahil Malaysia mampu pergi jauh lagi. Apapun tahniah Malaysia!! sekurang2nya dalam hidup kita ada cerita2 bola yang boleh disampaikan dari generasi ke generasi.. Ini juga membuka lembaran hijrah bagi bola sepak Malaysia.Salam Maal Hijrah!

P/S : Kesuma Dewa cakap rambut Rajagopal macam rambut Wenger..mungkin tahun ni tahun Arsenal jugak.huhu.


1 ulasan:

gundala berkata...

sian 2nd goal keeper..dah warm up baper kali tp tggu keeper tak kuar2 gak...haha