Arshavin mahukan 'nama-nama besar', Fabregas mahukan player fizikal 'besar' tinggi, Wenger pula mengeluarkan kenyataan saiz tidak begitu penting dalam bola sepak.Aigooo, macam mano ni , poning den nak menjawab.
Tapi yang paling penting adalah saingan Champions League ke Greece awal pagi besok yang bakal dibarisi pemain2 kecil berhati besar.Melalui gambar2 training di Arsenal.Com dapat dipastikan Ramsey, Song, Silvestre dan Walcott akan membantu pasukan belia ini-padahal Silvestre(juga berkepala besar) saja yang tua pun.Paling tak sabar pastinya Theo Walcott.Macam biskut kejap ada kejap takde, TW14 pasti mengharapkan kemunculan kali ini lebih lama kerana setelah terjahan pemain Birmingham itu hari, Walcott seringkali berdating dengan nurse di bilik sakit meninggalkan aweknya dengan penuh tanda tanya.Senarai pemain :
Carlos Vela
Theo Walcott
Aaron Ramsey
Alex Song
Mikael Silvestre
Jack Wilshere
Lukasz Fabianski
Vito Mannone
Fran Merida
Kyle Bartley
Francis Coquelin
Thomas Cruise
Craig Eastmond
Jay Emmanuel-Thomas
Kerrea Gilbert
Luke Ayling
Mark Randall
Gilles Sunu
Ayuh Silvestre dan rakan2.Tunjukkan cara anda membalas budi pada Wenger yang bermati2an memberi kepercayaan!!
Baru2 ini aku mengeluh mengenai posisi penjaga gol dan bagai terbaca Arsenalaysia yang di google translate kan ke dalam bahasa Spanyol, Almunia pantas menjawab.Dia kini dikatakan telah segar dari segala lamunan dan kekusutan diri yang menyelebunginya mengakibatkan fokus dan persembahannya terganggu di awal musim.Tiada lagi jangkitan bulu dada dan masalah keluarga, Almunia optimistik akan posisi dan sedar persaingan dari Manone dan Fabianski. Biarpun dikecam hebat Arsenalaysia, Almunia tetap menganggap dirinya sendiri sebagai pengkritik utama persembahannya.Elok lah kalau begitu, cermin diri.Tapi harap jangan cakap aje tapi tangan kaku.Tangan pastilah secekap brader dia.Siapa bradernya? haa.. sila baca lebih lanjut.
Berehat sebentar dari dunia bola sepak.Semasa melayari KamuTube, aku terpandang akan kelibat brader ni yang mirip muka Almunia tapi boleh jadi inilah agaknya rupa Almunia apabila rambut putihnya gugur akibat masalah jangkitan bulu dada yang merebak ke kepala kelak. Oleh itu aku 'embed'kannya di sini sebagai langkah suka2 hiburan.Lagipun ini adalah lagu kegemaran Theo Walcott dan Gibbs.Mereka yang mengakuinya dalam satu temubual awal musim dulu.Lagu nyanyian MJ, dan bagi peminat Arsenal boleh ditukar lirik kepada Willie Gee aka abang gallas. Kalaulah jari Almunia ini secekap 'abang'nya.Huhu~
P/S: "Sounds like me, look lime me, But its not me " kah kah..
0 ulasan:
Catat Ulasan