Rabu, 30 Disember 2009

Pre Match : Tutup 2009 dengan kemenangan


Tiada gunanya sembang pompang jika tidak menewaskan Pompey malam ini. Jangan jugak fikir Pompey akan senang2 serahkan 3 mata dalam dulang kerana paku dulang paku serpih,Liverpool pun pernah kena paku abih.Khabar berita mengenai kecederaan Fabregas masih belum dikeluarkan secara rasmi tapi untuk selamat, anggaplah tempohnya dalam 3-4 minggu dan bakal terlepas 4 match dalam tempoh tersebut.Jika keajaiban berlaku, ia adalah satu bonus.Bonus hujung tahun jugak menyaksikan kembalinya Rosicky sama ada pertemuan malam ini ataupun FA cup hujung minggu ni.Bendi masih lagi terpaksa diketepikan lagi 3 minggu.Siapa2 ada susu Anlene untuk Denilson yang sakit tulang belakang?

Ramai yang memuji persembahan cameo man of the match Fabregas tempoh hari di kalangan media, pemerhati, penyokong pengkritik, Wenger sendiri dan rakan2 sepasukan.Wenger cakap kemunculan cameo terbaikyang pernah disaksikan, Mael cakap, Fabregas ada 2 mata lagi kat belakang kepala.Arshavin pulak bagi comment yang agak lucu.

Cesc changed the course of the game... You know, I wish I could play like him. - go out for twenty or thirty minutes, score some goals and go away .


No kidding, he was great. I hope that his old injury relapse won’t last long and he’ll start playing soon

 Berbalik pada match awal pagi besok, Pompey yang tewas dalam bottom table battle dengan West Ham pastinya mencari tonik. Berita West Ham yang tumpas Isnin lalu pastinya menaikkan semangat mereka untuk mengambil kesempatan sama jugak seperti Arsenal yang tidak mahu lagi kecewa tercicir mata dalam perlawanan2 boleh menang seperti ini.Salah seorang yang pastinya tak sabar pulang ke Fratton Park pastinya Armand Traore yang menghabiskan masa bersama 3 orang manager yang berlainan sewaktu dipinjamkan musim lepas.

----------------Almunia---------------
Sagna--------Gallas--Mael-----Traore
----------------Song-----------------
----------Eboue-----Diaby-----------
----Arshavin----Eduardo----Nasri-----

subs: Rosicky Walcott Ramsey

Sementara itu perpindahan Wilshere ke Burnley mungkin terpaksa ditangguhkan kerana festival kecederaan di Emirates.Selagi Wenger tidak dapat mencari pengganti untuk backup mengapa dia perlu melepaskan pemain yang sedia ada.Atau adakah kapten Jack sendang menanti lamaran West Ham?

Astro 813 Star Sports 3:40 am. Pompey 0 Arsenal 2.Kita clean sheet sebab kita ada...

Mael Kerbau :



P/S: Satu lagi penafian dari Wenger  tentang transfer.Kali ini watak yang terlibat ialah pemain Mancini City, Bellamy. Kita bukan nak cari pemain golf!!!


0 ulasan: