Sabtu, 12 Disember 2009

Pre Match : Still big 4 or 4 goals?



April 21, Arshavin menunjukkan kemunculannya secara mendadak dalam EPL dengan 4 gol di Anfield.Pada malam itu juga Theo Walcott sekali lagi membuat larian yang hampir sama dengan larian setahun sebelum itu.Nampaknya Beriya2 benar2 TW14 setiap kali ingin bertemu pasukan kesayangannya sewaktu zaman tadika kemas. 90 minit aksi di Athense, kita mungkin akan dapat melihat lagi aksi lipas kudung Walcott esok ketika Arsenal bertemu Liverpool di Anfield jam 12 tgh malam waktu Malaysia.Perlawanan wajib menang bagi kedua2 pasukan tapi aku rasa seri adalah keputusan yang boleh diterima oleh kedua2 pihak yang penting tidak kalah.Kerana kekalahan bagi  Liverpool akan mencucuk perut buncit Rafa yang pastinya naik mual dengan segala tohmahan terbaru dari kononnya bakal penggantinya, Jurgen Klinsmann. Liverpool perlu menang untuk top 4, Arsenal perlu menang untuk momentum dan memastikan tidak lagi tercicir jauh dari perlumbaan kejuaraan. Mana2 yang kalah, pastinya pasukan seperti Villa, Mancis menunggu peluang untuk mencantas.Ape, jiran yang satu tu? jangan dok sebut..toksah bermimpi!

Pertembungan bagi kedua2 pasukan ni memang sentiasa menarik.Tak kesahlah ape2 jua pertemuan pun, liga,Champions League,FA cup, pasti ade jek cerita2 yang akan disampaikan ke setiap generasi.Tahun ni saja Arsenal dah mengalahkan Liverpool dalam pertemuan Carling Cup di mana Merida mencipta nama.Siapa tak ingat 2 gol hebat malam itu masing2 dari Merida dan Insua tapi Bendi menjadi penyelamat kepada adek2nya.


Lupekan sejarah buat seketika, cerita apa akan jadi esok. Dengan pertemuan UCL tgh minggu lepas, walaupun kedua2 team kalah, Arsenal dilihat memperoleh kelebihan dari segi masa rehat bagi player2 utama.Liverpool pulak menurunkan barisan campuran dengan Gerrard mengetuai kesebelasan utama.Melegakan bagi mereka adalah kepulangan El Nino Torres juga nino nino (bunyi ambulans-paham2 la). Torres striker utama mereka berjaya recover dari injury dan pastinya memberi saingan kepada Gallas dan Mael. Glen Johnson tak dapat dipastikan kehadirannya kerana tak nampak batang hidung sewaktu pertengahan minggu.Selain terpaksa berhati2 dengan freekick dan layangan badan Gerrard, Arsenal jugak perlu berhati2 agar tidak masuk perangkap David Touch N'Go down..



Bagi pihak Arsenal pulak, berita positif dari bilik sakit adalah kepulangan Abou Diaby. Yang lain masih belum nampak sinar harapan tapi Eduardo khabarnya masih suam2 kuku 50-50. Setiap yang postif pasti ade negatif, Eboue pulak bakal terlepas aksi kali ini bermakna peluang untuk Theo Walcott beraksi dengan lebih lama ikut kesesuaian Wenger.Aku tak kesah dengan idea Arshavin di hadapan tengah kerana ini Anfield, dan harap dapat mencari rhythm dan berpesta di sini.Sam ada dia diapit oleh Vela nasri atau Nasri dan Walcott itu kita tak tahu.Besar kemungkinan, walcott dan Vela akan bantu dari bench kerana telahpun terlibat dalam match tgh minggu.Anda lihat masih ramai lagi player offensive yang injured seperti Rosicky, Bendi tapi jika di atas kertas, Wenger boleh meletak pelbagai formasi,mungkin Diaby yang membuat kejutan mengapit Arshavin. Song dan Fabregas pastinya mengemudi barisan tengah, satu lagi tempat menjadi rebutan, Diaby Denilson dan jangan lupa Ramsey yang mencurik tupuan dalam 2 match terakhir Arsenal.Traore akan mengekalkan tempat di LB sepeninggalan Gibbs dan Clichy.Jadi jika Eduardo masih tidak sempat mengejar masa, aku menjangkakan barisan seperti :

-------------------Almunia-----------------
Sagna-----Gallas-------Mael------Traore
--------------------Song---------------------
------------Fabregas---Diaby------------       
---Walcott-------Arshavin---------Nasri

atau

-------------------Almunia-----------------
Sagna-----Gallas-------Mael------Traore
--------------------Song---------------------
------------Fabregas---Denilson------------       

---Nasri-------Arshavin---------Diaby

Inilah masa yang terbaik untuk menewaskan the corps eh the kops. Waktu ini belakang tadbir mereka tidak stabil , atas padang jugak tengah berkecamuk dengan Mascherano bagai menyampah berpasangan dengan musuh amerika latin Lucas dan masih merindui Xabi Alonso. Itu masalah diorang jadi tidak perlu campur, Arsenal jugak punya masalah sendiri yang perlu dipikirkan.Kecederaan , kurangnya daya fizikal  dan kedegilan Wenger telah memberi kesan kepada persembahan Arsenal musim ini.Ape2 pun musim ini media begitu gemar menulis tentang kedua2 pasukan.Bermula awal pagi Isnin.yang kalah pastinya akan menerima lebih tekanan dasyat.Namun bukan alasan untuk Arsenal tewas lagi musim ini,walaupun tiada pesta2 gol sekalipun macam 6-3 atau 4-4, aku menerima kemenangan biarpun 1-0.Seri adalah option terakhir.Esok,  11:55 pm Astro 812 ESPN Liverpool-1 Arsenal-2.

Kembali ke berita2 umum, Lega aku mendengar keteluran-baca keberanian Wenger ingin memberi amaran kepada Johan Currypuff agar tidak sesekali menyelitkan kapten Arsenal dalam perlawananpersahabatan tak de makna antara Argentina dan Catalonia 22 Disember nanti.Bukan takde makne ke apa, tapi yang dibimbangkan adalah waktu perlawan persahabatan itu diadakan ialah ketika Arsenal sibuk2 tengah banyak match terutama boxing day yang dah nak dekat.Satu lagi salute kepada Le Prof adlah kerana menutup terus desas desus ingin membeli pemain Russia dari jiran tak sedar diri, PakGaliCangkul. Lagibun cerita2 dia tidak sebulu dengan Arshavin dalam kem Russia tu langsung tak membantu langsung dan perkara yang elok sangat lah dielakkan Wenger ketika ini.



Dan Sup Cambell, seperti juga Viera dan Henry, Wenger suka tapi buat masa ni tiada nawaitu pun nak rujuk kembali.Jadi, Sol Trafford ke Sol Kerepot ke Sold Keropok ke, Campbell bebas untuk memilih mana2 kelab yang dirasakan sesuai baginya.Terima kasih atas segala jasa dan bakti anda. Selain Champions League final gol itu, tak boleh lupa bagaimana dia balik menangis teresak2( ni aku reka) pecut kereta keluar dari stadium ketika half time, ketika bertemu West Ham, kali terakhir Arsenal kalah di Highbury.


P/S: Bapista, Arshavin bukan player Arsenal terakhir yang score 4 gol di Anfield.Ia pasti berulang lagi tapi harap kita tak perlu tunggu terlalu lama..



0 ulasan: