Ahad, 20 Disember 2009

Post Match : Malam bagi 'the usual suspects'

The  usual suspects had their own impacts.. malam tadi lain ceritanya



Bola sepak sememangnya sfera.Dalam krtikan aku terhadap mereka, dalam satu malam mereka membalas sama2 bahawa mereka masih mampu diharap.Terima kasih kepada Diaby, Denilson dan Almunia.Mereka inilah yang sering menjadi kambing hitam setiap kali Arsenal drop points- tapi sememangnya layak.Jadi malam ni masing2 memainkan peranan dan tidak lagi melakukan perkara2 bodoh, jadi ia bagus untuk Arsenal.Paling menyerlah pastinya Diaby dengan satu gol dan assist selain mengawal bahagian tengah dgn cukup kemas mengisi kekosongan kapten.Denilson diam2 ubi pandai ber freekick.Almunia tak begitu banyak kerja tapi menjalankan tugas wajibnya, penalti saved tersebut merupakan turning point match semalam.Tapi aku masih tak pasti dengan arm band yang diberikan kepadanya.Walaupun tidaklah sempurna, give them a break( untuk malam tadi dulu).3 mata wajib lebih penting.

Arsenal  ketika first half tidak begitu mengancam, agak mengecewakan kerana setiap pergerakan kita sehinggalah sampai bahagian 3suku padang last2,tiada hasil.Same old story. Namun aku tak berapa bimbang kerana aku percaya ia lebih kepada keyakinan diri.Apa yang dicarik adalah gol pertama yang merupakan kunci untuk membuka ruang2 sempit di celah2 bas Hull City liner.  Dan timing masa untuk mendapatkan gol itu cukup perfect, di hujung separuh masa pertama.Ia nyata menyentap psikologi mana2 pasukan pun yang bolos pada saat ketika itu.Melihat Nasri yang emosi terganggu, Denilson menawarkan diri, bola curl yang ayu sopan santun tak laju pun tapi boleh melepasi benteng dan BukitAku.

Ia bukan penalti, tapi seperti jugak foul yang menyebabkan kita dapat freekick boleh didebatkan.Itulah karma.Bezanya kita mampu menyudahkan peluang dan mereka dengan prangai mereka  mungkin terpaksa membayar dengan akibat yang lebih teruk.Silvestre pasti menarik nafas lega.Melihat rebound yang direbut  2 kepala, puas hati aku melihat betapa bodohnya Stephen Hunt nampak.Beberapa kali terlibat dalam insiden2 yang kurang menarik  bersama pemain2 Arsenal, gelaran2 kurang enak tidak salah jika diberikan kepadanya.


 
Janganlah pulak dijadikan tradisi nanti, orang akan nampak setiap kali bertemu Hull City pasti berlaku percakaran kononnya.Memang match2 sebelum ni ade beberapa bara yang cuba dinyalakan, namun tidak menarik jika kita selalu dikaitkan dengan pergaduhan setiap kali bertemu Hull, di mana hilang kelas kita nanti.Walaupun tindakan Nasri -jika sengaja, memang tidak matang dan tidak perlu- tidak membantu, tapi dari segi sokongan emosi, memang aku akui seronok melihat kita masih ade watak2 nakal dan sekurangnya2 ada penghantar mesej pada lawan, 'Lu jangan buat Hull!'..



Eduardo..Akhirnya menemui kembali sentuhan jaringan.Timing pun cukup baik, beerapa minit setelah Hull gagal menyempurnakan peluang penalti, dan gerakan cantik dari Song ,Diaby, kemudian, tup! Eduardo hanya perlu tap in. Biarpuun simple tapi cukup untuk membunuh Hull.Harap ia mampu mengembalikan keyakinan Eduardo yang tidak putus2 diberi sokongan dari beberapa section di Emirates.Alangkah baiknya jika gerakan dia bersama Arshavin tersebut yang menghasilkan gol.Mengutip bola, satu turning 1st touch yang menghiburkan sayangnya penyudah pada ketika itu otaknya masih berat memikul beban.Sudah aku cadangkan sebelum ini, Wenger patut berani memberi peluang pada Eduardo untuk start match2 seperi ini, ternyata ia berhasil. Sayang buat penggantinya Walcott yang kalau tak kerana formnya, dah boleh tambah sebijik dua gol lagi.

Jadi tanpa Fabregas, dengan adunan bahagian tengah ,Wenger berjaya memerah hasil kali ini. Tapi ia masih belum cukup untuk membuktikan yang kita konsisten.Minggu depan kita mempunyai kelebihan kerana bertemu on form Aston Villa di tempat sendiri pada ketika musim yang tengah padat ini.

P/S: Selamat datang Roberto Mancis Mancini.Itulah yang berlaku apabila medan bola sepak dilihat dari perspektif perniagaan.Kejam/tergesa2?  Tapi sekurang2nya Wenger tidak perlu lagi melayan tangan Mark Hingusan yang sangap nak salam untuk berlagak depan muka dalam masa terdekat.Err.. tapi memandangkan dah jadi cam gini, Wenger mungkin boleh cuba2 kirim salam kut..kah kah


0 ulasan: