Selasa, 22 Disember 2009

Usmanov atau Kroenke




Kroenke dengan konsisten menambah 25 shares menjadikan kesemua miliknya kini 29.9%. Lagi 17 Share untuk cukupkan 30% suatu jumlah di mana tycoon US tu mampu untuk memlancarkan rancangan takeover Arsenal.Rumors dan gosip2 mengatakan Kroenke akan bertindak seawal Januari depan.Si jutawan dari Ukraine Usmanov pulak walaupun kurang digemari oleh Board tapi merupakan saingan paling rapat Stan dengan 26%. Melihat semakin menghampiri kekalahan, Usmanov yang dah nampak fed up dalam mengejar Silent Stan menggesa rivalnya menperjelaskan status dan rancangan demi kepentingan Arsenal(kononnye la).Pendek kata dalam pemahaman aku Usmanov berkata " Weih, Stan! Hang ni awat..Kalu nak takeover habaq laa awai2 la ni jugak.. nanti tak dak laa aku terhegeh2..toksahlaa tergedek2 konon nak suruh aku kejar berputih mata..hang ni pun ! "

Jadi adakah Arsenal bakal diambil alih oleh seseorang individu seperti mana kelab2 lain yang kini menjadi trend itu menjadi teka teki .Adakah akan ada wang ehsan atau royalti di masa January Transfer nanti.Pada pendapat aku, aku lebih senang Arsenal kekal begini bukan dimiliki oleh orang perseorangan semata2. Tapi jika terjadi jugakla, melalui latar belakang Stan dalam bidang sukan, mungkin dia paham selok belok sport business ni. Jadi mungkin dia calon terbaik yang kita ada selain calon2 lain yang buta sukan tabur duit semata2 demi kepentingan sendiri.Dengan syarat dia takkan masuk campur dengan urusan skuad dan membiarkan Arsenal bergantung pada source yang sedia ada.Kalau nak suntik sedikit dana pun, tak payahlah berlebih2.Dan Biar BOD sedia ada yang terus menjalankan urusan kelab dengan British Style mereka.

Ini pulak adalah pandangan Arsene Wenger  mengenai pelan pengambilalihan tapi klip ini diambil sebulan yang lalu ketika Kroenke mula flirting2 test power. Cuma nampak Wenger tenang dan bagai tiada masalah, jadi aku tak nampak akan ade perubahan besar di Arsenal jika ia berlaku sekalipun.




Adekah Song akan ade pengganti ketika African Cup kerana Diaby nampaknya bersungguh2 yakin dia mampu mengambil alih tugas defensive role walaupun kita semua tahu dia lebih sesuai di bahagian offensive.Dia nampak menjadi kalau amek Cesc's role yakni bermakna kalau ikut situasi dan formasi Wenger sekarang, nampaknya tempatnya di bangku simpanan la jawabnya. Tambah2 lagi Wenger pernah berkata dia percaya Denilson sebagai cover kepada Song nanti. Transfer rumors. Seperti kita ketahui Mancis tengah bergolak dan mulalah timbul rumors. Tak pelik pun.Terbaru Bellamy dikatakan menghantar transfer request dan teka apa kata gosip? hala tujunya adalah Arsenal dan ade hipotesis mengatakan Shay Given bakal turut serta.kehkehkeh..macam2.

P/S  :Tadi ade webchat live bersama Arsene Wenger di Arsenal.com .Tapi internet yang begitu kura2 menjadi penghalang.Dengar tak dengar alih2 dah habis.Mungkin sebentar lagi akan keluar di laman web rasmi, ape yang disembangkan.


0 ulasan: