Ahad, 6 Disember 2009

Post Match : Seperti diduga,kita menang dan ramai yang cedera.



Minta maaf terlebih dahulu kerana tidak sempat menyediakan pre match perlawanan , duduk dalam gua lama sangat gara2 Astro boy.Arsenal kembali ke landasan kemenangan setelah minggu yang mengecewakan. Tapi perlawanan semalam memang berat sebelah namun serba sedikit boleh menaikkan moral player.Satu2nya moral player yang down pastilah kapten Fabregas yg gagal menyempurnakan sepakan penalti menyaksikan 3 penalti tak masuk dalam saingan liga minggu ini.Tambah malang sekali lagi Fabregas dinafikan peluang gol oleh rakan sepasukan sendiri kali ni Eboue di depan gol -dulu Bendi sewaktu pertemuan UCL bertemu Livepool. Lega melihat Arshavin kembali menemui sentuhan jaringan dalam ruang yang sempit dan sukar sedangkan bila open tak jugak masuk2, Gol Ramsey pulak menceritakan mengapa pemain2 harus gamble dan berani mencuba.

3 mata penting, kita masih lagi dalam saingan.Biarlah team lain nak buat apa pun tapi yang penting kita buat kerja kita.Tapi kerja ini pasti terbantut dengan berita2 kurang enak seperti Eduardo yang dikeluarkan dari senarai semalam akibat thigh injury.Selain itu Eboue Traore Rosicky dikeluarkan semalam akibat terkandas  sementara Gallas terhincut2 dekat nak tamat perlawanan. Rosicky , tak tau nak cakap macam mana dengan nasib player ni yang kontraknya berakhir akhir musim.Dia nak stay, Wenger pun nak dia stay , perbincangan kontrak masih dijalankan tapi jika Rosicky gagal membuktikan fitnessnya, macam mana pulak? Mungkin jika masing2 tak dapat cari jalan peneyelesaian, Rosicky mungkin terpaksa pergi dengan tangan kosong, Arsenal pun tak dapat apa.Ini kerana sukar untuk sesuatu team lain membelinya secara gamble pada January nanti. Aku suka Rosicky tapi faktor kecergasan dan kecederaan ni ia menyukarkan prancangan Wenger.Tidaklah aku terlalu kejam untuk mengatakan dia kini menjadi liabiliti tetapi sumbangan terhadnya perlu dipikirkan.Bagi aku dia melalui zaman yang sukar dalam kerjayanya dan kesungguhan untuk kembali bermain di level ini wajar diberikan kredit dan peluang.Kapten kepada pasukan kebangsaan,dan antara pemain berpengalaman dalam Arsenal yang ada sekarang ni,tak nak lagi hilang watak2 matang seperti ini.Bagi lagi 12 bulan  untuk dia membuktikannya.

Berita positif pulak adalah Walcott akan kembali dalam peremuan Olympiacos besar kemungkinan bersama Diaby.Clichy dan Bendi masih out tapi sudah tidak lama.Song bakal kembali dari penggantungan dan available untuk bpertemuan penting di Anfield.Pertemuan menentang Olympiacos akan dibarisi beberapa muka Carling Cup sebagai ujian dan eksperimen Wenger di samping peluang merehatkan muka2 utama.Olympiacos perlu menang manakala Arsenal bermain hanya untuk maruah setelah kitas sudah pun mengesahkan diri selaku juara kumpulan.Jadi perlawanan seperti ini, amat penting bagi pembangunan minda pemain2 muda.

Soal perpindahan bulan Januari Arsene Wenger dah mula buat perangai..Aku tak hairan pun dengan kenyataan2 nya. Mula2  " Kita akan beli jika sesuai untuk kita(aku) " . Lepas tu, "Chamakh tak mungkin dijual, diorang tengah top takkan nak jual.Tapi diorang takan dapat duit(dalam nada sinis konon2 dengan harapan dapat menyambarnya secara free summer nanti-ini yang risau takut2 dia memang dah target nak buat macam ni jadi tak perlulah dia bersungguh2 cari target man bulan depan)" Apa lagi oh ye, " Balotelli? tak ingin aku beli, siapa2 nak beli tu sila2kanlah, tak akan ada saingan pun" - ini aku lega siket bukan apa tapi sebab dah lambakan player belasan muda jagung kat Arsenal ni tak perlu lagi pemain perangai budak2 macam ni.
"Dzenko, mahal gila, kita tak mampu" - ini adalah auta.Mana perginya hilang 40M double sale ke Mancis itu hari?Di akhir perbualan, Wenger akhirnya kata "Mana nak cari player yang main dalam champions league,World Class dan available dalam bulan Januari? ..jadi, good luck " Ermmmm...Cahampions league, World Class, available? Aku tambah satu lagi ciri2 penting dan paaaaaaaling ko suka wahai Wenger -MURAH!

"Yang halus yang tulus
Yang mulus yang kudus"

Ya Toulouse. Belum ada penafian tentang André-Pierre Gignac. Mungkin esok lusa kita dengar pulak penafian dari Le Prof.


0 ulasan: