Isnin, 18 Ogos 2008

Nasri Optimis, Nordtveit lanjutkan pelajaran keluar negara.



Samir Nasri yang menjaringkan gol kemenangan di EPL debutnya menentang WBA sabtu lepas, melahirkan keyakinan mampu membuktikan kemampuan hebatnya di Arsenal. Dia juga rasa tidak kekok bermain di EPL dan mampu menyesuaikan diri dengan corak serangan pantas Arsenal. Waaa, Zidane tengok mesti bangga punya.

"Takde la susah sangat aku nak adaptasikan corak permainan dengan hidup kat EPL nih. Mula2 masa aku jumpe Le boss die kata aku mungkin ambil masa sampai 6 bulan nak sesuaikan diri tapi bile sekali dah cuba, tak de la susah sangat , aku rasa selesa jek masuk straight away.Aku ade program khas dengan physio aku untuk besar2 kan muscle ni.Supaya fizikal aku lagi mantap.Ade orang kate EPL nie lain macam sket(keras).Takde lagi yang boleh diimpikan selain score awal2 lagi2 masa debut.Aku harap dapat terus main macam ni week in week out.Memang sempoi lah nanti! Aku tak nervous pun. Aku just masuk padang and enjoy the game dan itu jek la yang aku buat sekarang ni!"

Cayalah Nasri, ko punye keyakinan tu memang nak sangat didengar oleh fan2 Arsenal seantero dunia. Buat pengetahuan setakat nie, Nasri merupakan penjaring terpantas dalam match debut.Awal2 lagi dah pecah rekod. Harap banyak lagi rekod yang dipecahkan.

Mendapat jolokan 'Pires baru' dari Aesene Wenger, Nasri juga mengingatkan kite tentang Overmars kerana bak kate Wenger,

"Nasri nie umpama Pires. cara permainan, control ball, pace sume ade pade die nih.Tapi die boleh jugak disamakan dengan kes Overmars. Nasri sebelum masuk sini bergelut dengan fitness dan kecederaan tapi 3 tahun lepas semua berebut2 nakkan die.Jadi aku amek die ni sepertimana aku gamble amek Overmars yang tak mengancam sangat kat Ajax sebelum tu. Sebab instinct aku kate budak nie adalah sesuatau dan terbukti Overmars menakjubkan dan bantu Arsenal menang double 1998 musim pertamanya. Harap ade sesuatu dalam diri Nasri. Pengajarannya percayalah ape anda percaya!"

Pemain pertahanan muda remaja, Havard Nordtveit telah dipinjamkan ke kelab liga bahagian 2 Sepanyol ,Salamanca bagi musim 08/09.Nordveidt , 18 yang join dari kelab FK Haugesund merupakan player yang mempunyai masa depan cerah. Arsenalaysia mengucapkan selamat menuntut ilmu di Spain dan harap pulang dengan pengalaman yang berguna seperti mana Carlos Vela dan Merida.Sementara itu berita yang mengejutkan..Adebayor sign new contract dengan Arsenal.. dan bagi aku, ape kejadahnya???? baru jek die nih signed kontrak tahun lepas takkan dah renew semata2 berdasarkan semusim yang boleh dianggap berjaya baginya. Lagipun die pun dah komited kat Arsenal dan tak dapat nak cari buyer so kenapa pulak perlu dinaikkan kontraknya at least tunggu lagi semusim kalau die benar2 konsisten baru la layak untuk dipertimbangkan, ape pulak kate player2 lain nanti??? Makin geram laa aku dibuatnya Adebayor nih, makin naik bulu, Henry pun score 20 lebih gol konsisten baru dapat naik gaji, ko baru score 30 ketul yang kebanyakan nya nasib dah mintak lebih2. Kalau ko kecewakan harapan kami, memang la..Buktikan yang ko betul2 setimpal dengan kontrak baru ko tu.ape ko renew kontrak nie dapat rebate ke?hahah.. Walaupun tak dinyatakan tapi aku rasa die dapat 70K yang die demand tuh. HR arsenal, jangan manja2 kan sangat pekerja2 nie secara tak berpatutan.

P/S : Pemain Ghana yang penuh pengalaman Stephen Appiah, telah menamatkan kontrak dengan kelab Turkey, Fenerbahce. Adakah die ni juga bakal jadi candidate kerana umurnya dan pengalaman serta pernah bermain di Juventus, kapten Ghana plak tuh. Tapi sayang , kecederaan yang ditimpa membuatkan die dah lama tak beraksi dan ambil langkah berhati2. Buat masa kini belum ade berita pun yang link kan dengan Arsenal dan ni andaian aku jek, tapi tak terkejut kalau kut2 2 3 hari nanti gosip ni mule bertebaran..heheh.


0 ulasan: