Ahad, 10 Ogos 2008

Arsenal juara Amsterdam Tournament.

Terlebih dahulu Arsenalaysia ingin memohon jutaan maaf kerana tidak sempat mengemaskini blog dalam beberapa hari ini..Perkara yang tidak dapat dielakkan sebagai manusia.Heheh.. ok2.. Jadi aku terlepas priview Amsterdam Tournament. Dan keputusannya sudah di ketahui ramai di mana Arsenal champ buat kali kedua berturut2!! yezzaa.. Sekali lagi persembahan yang terpuji dari arsenal.1st team dan juga player muda walaupun tanpa kelibat Samir Nasri yang dilanda kecederaan.





Dalam pada kesibukan arsenal melalui pra musim dan bersiap sedia menentang dan memalakuan Tweety Bird McClaren minggu depan, Arsene Wenger berkata die bukan lagi dalam situasi tengah mengintai siapa2.. intai? aku teringat gelaran Vouyer yang diberikan Muurinho kat Wenger. Kecoh perang saraf mase tu.haha.

"Buat masa ni aku sibuk sket la kat Amsterdam nie, tak de ape2 pun perjanjian terdekat yang tngah dirancangkan. Tapi tak tahulah , minggu depan, kut2 ade, kut2 takde..ape2 boleh jadi, bola tu kan bulat. Aku nak target ke Champions League dulu ni minggu depan" kate Wenger yang pernuh berteka teki.

Apabila ditanya mengenai player Udinese, Goklan Inler, Wenger menjawab " aku tak cakap 'tidak' pada siape2, tapi kalau ade yang cakap aku tgh advance dengan mane2 player aku boleh nafikan. ape2 boleh jadi jugak," aiyak... psikologi dari sang profesor.

Sementara itu Justin Hoyte dan bebrapa player muda lain mungkin akan diloankan kerana agak sukar mereka pecah masuk 1st team.Jadi pilihan terbaik ialah bagi loan kerana Wenger sendiri telah sahkan bahawa kontrak baru belum ditawarkan, ini kerana mungkin Hoyte dan rakan2 dilihat blum mampu bersedia dan cetek pengalaman sebagai backup kepada Sagna. Jadi Eboue mungkin akan dikembalikan ke posisi asal sebagai backup kepada Sagna, kalau ini berlaku aku lega la sebab tengok Eboue main jadi RM boleh kene demam malaria aku...

Jadi 3 hari lagi untuk match yang sebenar.FC Twente mesti tengah berpeluh sakan sekarang nih. Jom Countdown, hari yang dinanti2kan telah tibe, semakin lame ditunggu semakin hampir musim baru nak mule. Dimulakan dengan piala sumbangsih malam ni, tiada yang lebih syok buat penyokong Arsenal apabila tengok Man U kalah di tangan Pompey lagi syok kalau Campbell Lauren atau Kanu yang score...


0 ulasan: