Selasa, 5 Ogos 2008

Bulan ini ..bulan cinta

Sudah 2 3 hari tak turun padang..Banyak betul mende2 yang 'foul' dan membantutkan urusan aku. Kini dapat gak kembali setelah habis suspension, heheh. Ok, mmmm bagaimana nak mulakan nie? di mana part2 yang aku tertinggal? oh, Emirates Cup, Hamburger gak yang Champion?! hahah.. Elok lah tu, dari 3 pasukan star pasukan underdog gak yang menang. At least masing2 tak la terasa sangat, cube kalau team yang menang tu antara tiga.. mesti heboh overkonfiden. Tapi aku cukup berbangga la dengan player yang turun menentang Real Madrid itu hari, sebab diorang langsung tak bagi real gerak dan control game.
Buat Adebayor, tahniah la sebab persembahan yang agak happening, jangan la ko saje jek berlakon nak tunjuk work rate tinggi nie semata2 nak memenangi hati fan arsenal, harap persembahan ikhlas dan konsisten. Snijder?? Aku simpati, malang betul tapi itulah bola sepak dan aku agak Abou tak berniat pun nak terjah teruk sangat tapi Diaby nye sejarah memang ade rekod, ingat lawan Bolton musim lepas??heheh. Tapi Real tak berapa gusar pun tak pe sebab diorang dah angkat Van Der Vaart. Aku pun hairan kenapa Arsenal tak sambar atau paling tidak pun bersaing cube rebut VDV yang khabarnya tak lebih 10M pun..mmmm...

Jack Wilshere dapat jersey no 19 dan dipromote ke 1st team. Waaa ini satu langkah yang berani oleh Wenger. KIte semua dah saksikan betapa berbakatnya Kapten Jack ni tapi aku harap Arsenal tak terlalu menekan nanti silap tekanan boleh tertekan player muda macam nie.BIarlah die maju dan terbentuk ikut flow. Aku tak kisah kalau Wilshere diberi peluang beraksi ketika Arsenal berada dalam keadaan selesa mendahului ke. Tapi aku tak berapa prefer sangat kalau Wilshere nie dimasukkan bagi mengubah rentak permainan, kerana dia nie masih belum mencapai tahap impact player.Beri ruang dan masa untuk die menimba pengalaman. Dan bercakap pasal masa, Eduardo dah tak sabar2 menunggu masa samapi die dah meletakkan milestone untuk paling lambat pun dapat main sebelum hari Natal. Gua caya sama lu Eduardo, semangat juang macam nie la yang Arsenal mahu dengar, 6 bulan yang lepas , aku ingat die ni dah takde harapan untuk jalan jauh sekali main bola, tapi die dah buktikan usaha tangga kejayaan..Cepat la sembuh Eduardo, tak sabar nak tengok samba Mexico campur CroZil (Crotia + Brazil) heheh.. Eduardo + Vela.. meletup beb!

Rumours? haaa.. tadi aku nampak bnyk bendera2 malaysia dah mula dikibarkan, mule2 aku tak perasan la kenapa, rupenye..laaa.. dah bulan Ogos, bulan kemerdekaan.Patut le..Aku bangga jadi anak Malaysia. Tapi 31 Ogos jugak la transfer deadline dan Arsene kate die bukan dalam situasi nak membeli lagi walaupun tak menafikan sorang lagi boleh ditambah ke dalam pasukan. Tapi Arsene ni suke cakap putar belit jadi kalau die kate die tengah takde siape2 on the list maknenye kite semua boleh la harapkan seorang player lagi dibawa masuk terutama di bahagian tengah. Jadi nama2 yang kini berlegar2 di ruang media antaranya ialah regu Portugal Moutinho atau Veloso, pemain Real Madrid Ruben De La Red, Garreth Barry dan juga Xabi Alonso. Pilih lah yang mana satu dan Arsene pasti akan petik dari nama yang tak tersenarai tadi.Aku tak terkejut kalau skrip lame berulang kembali, setahun yang lepas "Siape Eduardo? Siapa Sagna? ..Muke nak tiru macam Henry, rambut nak macam mop" tapi sekarang.."alahai.. intan, payung, ala bucuk2.." Hahaha macam tu la analogi nye..




2 ulasan:

apisfires berkata...

analogi yang sangat hebat...
ayat ambut macam mop tu memang aku ktawa abis....
hahahaha
tu la keunikan sagna...

Gunners & Roses berkata...

hahaha.. ape lagi yang menusuk pikiran korang bile bat kali pertama tengok sagna, musti la mop kan? heheh..