Ahad, 3 Ogos 2008

Post Match : Arsenal vs Juventus, skrip Arsene-Adebayor

Agak lambat aku posting hari nie.. Bagi sesiapa yang menyaksikan match semalam, korang dapat lihat bagaimana Arsene mengisi 1st half dengan pemain2 muda dan memasukkan beberapa 1st team dalam separuh masa kedua. Apa yang dilihat, pemain2 muda agak promising dan pemain2 senior nampak macam masih keletihan dan hilang punca terutama Adebayor dan Eboue. Jack Whilseher nampak matang, Ramsey adalah antara watak penting di first half sebelum dikeluarkan. Namun, Nasri kurang menyerlah di depan para penyokong Emirates buat kali pertama. Denilson pada aku masih belum sedia menggalas tempat Flamini. Diaby?? ape menede die merapu aku pun tak tau, control bola dah bagus tapi lambat kasi lepas. Bendtner mempunyai banyak peluang yang dipersia-siakan dan mendapat 90 minit, kalau boleh aku nak tengok Carlos Vela main lebih lame sebenarnya.Tempo permainan yang laju , box-to-box action yang begitu menarik dipertontonkan oleh kedua-dua pasukan.

Keputusan bukanlah keutamaan namun agak kecewa kerana gol Trezeguet adalah 100% offside tanpa perlu syak wasangka. Sekali lagi menunjukkan kita bakal berhadapan tugas besar dengan ref2 dan linesman yang selalu memberi kite hard time. Jadi eloklah disegerakan deposit gol dari terpaksa berhutang dahulu, kerana memang Arsenal suka kejar dari belakang tapi urgency semalam tidak dapat menyuntik semangat merobohkan kubu ketat Juve dengan pintu gol dikawal antara penjaga gol terbaik dunia. Jadi, setelah hari pertama kejohanan, Arsenal sebagai tuan rumah di tangga tercorot dengan kosong mata, kejuaraan masih lagi terbuka kerana 1 gol dapat 1 mata so Arsenal kene menang besar lawan Real la nampaknya. Real sebelum itu menundukkan Hamburger kendalian bekas jurulatih bongok Spurs Marti Jol 2-1.

Apa yang ketara semalam adalah penerimaan peminat terhadap Adebayor. Adebayor terpaksa membayar harga yang mahal apabila pilih untutk kekal di Arsenal di sebalik segala macam pi'il dan mulut besar nya ketika cuti summer dahulu. Adebayor malam tadi telah diboo dengan bagus sekali oleh para pengunung Emirates yang nyata rasa diri masing2 ditikam dari belakang oleh Adebayor. Ditambah lagi dengan persembahan yang macam Crouch versi gelap, nyata Adebayor kini berhadapan tugas sukar untuk memenangi hati rakyat jelata utara London.

Namun Wenger perlahan2 cuba memperbaiki keadaan dengan memberi sokongan moral.Aku tak tahulah sama ada kenyataan2 dikeluarkan oleh Wenger hanya rekaan semata2 atau tidak kerana beliau mungkin terpaksa menutup pekung yang dibuka oleh Adebayor sendiri. Wenger tidak cakap direct kerana cara percakapannya boleh ditafsir. Die dipetik bercakap, "Ade saat yang merumitkan apabila ada player tidak mengeluarkan kenyataan2 tertentu tetapi terpaksa berhadapan dengan situasi yang telah digembar gemburkan media" itu adalah ayat selamat. Jika Die hendak berterus terang sepatutnya die berkata " Adebayor terpaksa melalui situasi ini kerana die menjadi mangsa media, disebalik apa yang ditulis itu sedikit pun tak pernah keluar dari mulutnya" hah..itu lagi direct.. Jadi pada aku Wenger hanya cuba menyelamatkan maruah Adebayor kali ini setelah gagal mendapat pembeli, Adebayor terpaksa tebalkan muke mengetuk pintu bilik wenger dan merayu "Let me stay". Wengger membalas " Kali nie jek aku selamatkan ko punye #$##% lepas nie kalo ko buat hal lagi, tak dak dah. kerem salam!!"



0 ulasan: