Khamis, 14 Ogos 2008

Pemain baru sebelum 27 Ogos!!


OK.. keputusan yang ok.. itu sahajalah rumusan yang boleh didapati dari match semalam.Permainan Arsenal tampak longgar terutama di bahagian tengah, Denilson dah masyuk gak kadang2 bile dapat bola tapi bile lawan control bola, nampak ramsey campur Denilson macam tenggelam hilang punca. RVP + Adebayor pun tak menampakkan taring, tumpul semacam. Walcott pun tak banyak menyumbang, Eboue? seperti biasa penumpang bertiket Golden Class... Nasib baik la tatkala saat2 genting, aku ingat arsenal nak kene bubuh dulu takpun result seri jek, tengok striker tweety bird ni dapat 2 3 peluang nak score tapi sayang, kalau Eduardo sure heboh punye stadium.

Muncul la Seseorang nie bagai dalam filem2 superhero di mana hero datang apabila ditimpa kesusahan.. muncul la Gallas di tengah2 org ramai dalam kotak penalti menjaringkan antara gol terburuk dalam carieernya. hahah.. Walau seburuk mana pun, gol tu amat penting, paling kurang pun dah kire dapat membunuh semangat juang Twente nie yang macam kene histeria jek main bola , semangat betul nak buktikan diorang setaraf dengan Arsenal. Tapi bile tibe Gallas score, dah boleh nampak ruang2 yang mula longgar kat bahagian defend Twente. Aku suke care Arsenal walau seteruk mana pun diserang, Tak pernah berhenti dengan takat bertahan jek, counter attack dan serang jek adalah senjata pertahanan paling bagus dalam bola sepak. Usaha Arsenal terbalas dengan Walcott melorongkan bola buat Adebayor untuk menambah koleksi gol ke 4 nya dalam UCL bersama Arsenal. 2 watak yang samar2 situasinya, akhirnya membayar gol deposit sebagai bekalan selesa di rumah sendiri nanti.


Jadi perlawanan timbal balik 2nd leg nie dijadualkan berlangsung 27 Ogos, 4 hari sebelum merdeka. Jadi penyokong Arsenal yang tengah sambut merdeka mase tu boleh lah membeli baju baru dengan printing nama seorang player baru yang bakal dibawa masuk, yang disahkan sendiri oleh Wenger selepas match semalam. Misteri.. memang misteri.. siapakah player tersebut? adakah Inler? Alonso? Barry ? Johnson? Moutinho? Veloso? Annan? atau Lorik Cana, yang pernah aku postkan dulu2..? Tapi sayang... Cana dan Alonso telah pun cup tied untuk UCL sebab diorang dah pun main untuk Marsseile dan Liverpool jadi kebarangkalian nak sign diorang nie rendah sangat2.....

"Adakah seseuatu akan berlaku sebbelum sepak mula pusingan kedua, Kemungkinan besar! adakah sesuatu akan berlaku sebelum sabtu ni? jangan harap." Begitulah komen Wenger ketika ditanya tentang new signing, tetapi Wenger seperti biasa tenang, bukanlah desperado dan keadaan terdesak untuk menambah muka baru.

Tapi bayangkanlah saudara2 kalau die buat kejutan 'Dasyat gila baq hang' dengan new sigining die adalah lagenda Arsenal sendiri, TH14. hahaha... musti best dan meriah lah sambutan kepulangan dia tapi buat masa ni, janganlah kite impikan dalam masa terdekat nie kerana ia takkan berlaku, (belum masanya untuk berlaku) Tapi Wenger juga menyatakan Man U bermimpi la nak dapatkan Henry kerana dia ada telepati dengan Henry dan dapat tau isi hati anak murid yang graduate dengan darjat tertinggi bawahnya, "Henry takkan kembali ke EPL buat masa nie, dan kalau kembali pun die ke England tentulah hanya bersama Arsenal." Aku juga confident yang Henry cukup memahami erti 'Respect'.

Tapi adakah ini masa yang sesuai untuk Arsenal menjual?? mmm... tak paham gak aku, Just do it Hoyte!!! itulah kata2 semngat yang kononnya bermain di fikiran aku bila die kate die mau kekal di Arsenal, stay jadi legend macam Tony Adam dalam interview season lepas. Tapi ak kesampaian la kalau ape yang didengar ini sahih. Boro dalam unofficial Website nya telah menyatakan Arsenal bersetuju untuk menjual player RB ni yang kurang mendapat tempat dalam 1st team akibat Ranking Sagna dan Eboue yang jauh mendahului. Kini Arsenal bakal menjual, jadi siapa kah pulak bekup ketiga? heheh.. Ramsey sewaktu bersama Cardiff dulu pernah bermain di RB, so, no big deal Hoyte... tq and goodbye.Tapi kurangla player English di Arsenal.


0 ulasan: