Adebayor bukan mengajak rakan2 yang lain bermain lumpur atau pun mandi longkang, tetapi 'kotor' yang dimaksudkan ialah corak permainan yang buruk. Sebagai contoh, yang ditunjukkan dalam match bertemu Tewnte FC kelmarin. Arsenal yang selalu terkenal di seantero dunia acap kali memukau dengan permainan cantik dan antara yang terbaik di Eropah dan digilai ramai peminat tapi sayangnya kecantikan itu tak dapat diterjemahkan dalam bentuk kilauan trofi. Arsenal memang bermain cantik tapi untuk apa? itu yang menjadi persoalan di kepala Adebayor. Kali terakhir Arsenal mengecapa piala ialah 3 tahun yang lalu penalti penentuan FA cup 2005. Selepas itu Ramai yang puji dan pelik mengapa team Arsenal hanya menjadi fancy boy sahaja.
Adebayor dipetik sebagai berucap "Permainan cantik memang bagus tapi kite belum menang ape2 dan anda ditugaskan bermain untuk menang sebenarnya
Kite perlu tanamkan kat otak kite ni,main bola ni bagus tapi kadang kene jadi kasar, kene jadi tough kalau nak menang.Itu yang sepatutnya kene buat.Kadang2 kite perlu main kotor nak menang.
Ko kena gak buat macam tu sebab itu lah sebahagian dari bola sepak.Nak hidup beb.gua ada anak bini gak kat umah nak makan(ni aku tambah). Kadang2, lupakanlah bermain acntik nih dan pastikan ko menang , itu jek akhirnya. Mase aku sign untuk Arsenal dulu aku dah mimpi macam2 aku boleh menang kat sini tapi sampai sekarang dah 3 tahun kat sini sepatah haram pun tak menang lagi.Memang la kite ade kekuatan mental, kite pun ade ramai pemain muda yang berbakat"
Hallo Adebayor, memang la Arsenal bermain cantik, itu lah prinsip. Ko pun selalu jek miss chances, tamak depan gol kalau ko convert semua peluang season lepas dah dapat quadruple kut season lepas.Satu lagi ko sorang je la main kotor, main buruk nih. Macam ko selalu terjatuh macam nangka busuk bile one on one dgn keeper , macam tapping ko semalam yang tak kemas tuh. Arsenal menang dengan Arsenal ways, itulah prinsip perjuangan, jangan korbankan semata2 mengejar nama. Aku tak nak jadi Chelsea, menang tapi ramai orang benci nyampah. Buat penat la selama nie Wenger didik bakat2 dan ajak bermain ikut care Wenger ball. do you have balls , adebayor? berani tak? kalau betul berani main ikut care jantan la..tapi kalau dah betul2 darurat player kene red kad ramai injured itu dah kes lain..haha.. saje aku suke salahkan Adebayor, aku nak tengok die berubah season ni..jangan bimbang Adebayor, kami akan menyokong anda selagi anda tunjuk harga diri anda yang sebenar..
Kalau betul2 nak main kotor, nak main ganas, nak main buruk, belilah player yang ala2 roy keane, Gattusso, Robbie Savage tak pun Lorik Cana sebab player2 ni sume psiko2 dan pk dari 'tegak bersimpuh baik rebah merempuh'. Dan Adebayor boleh mula ceria untuk menemui rakan baru yang bakal dibawa masuk. Pengerusi Arsenal, Peter Hill-Wood akan sedia memberi 100% kerjasama jika Arsene nak mintak berapa banyak wang pun untuk player yang terakhir untuk transfer deadline kali nih.Wenger memang agak kedekut bile bab2 transfer nih tapi bukan sebab Arsenal takde duit. Inilah kate2 Hill-Wood
“Yes. We have plenty of money. We have enough money to spend but we’re not going to splash out stupidly. We could spend more but we’re not going to pay silly money for a player that is only going to strengthen the squad a bit. If they might win you the Champions League, that’s a different matter. But no one is a better judge than Arsene."
Sementara sedikit info sebelum match opener EPL lawan West Brom nih, Toure dan Nasri kemungkinan boleh diesenaraikan dalam skuad kata Wenger walaupun Toure belumlah fit 100%. Tapi pada aku biarkan dahulu gandingan Djourou Gallas ni sebab aku nampak Brother Johan kite dah semakin nampak solid walaupun agak kaku sket. Biarlah kite menanti Toure fit dan kembali rock macam dulu dari biarkan die masuk kemudian injured berbulan2 lagi. Nasri, selamat datang ke EPL. Sila delete awal2 no telefon Hleb atau Reyes dari telefon bimbit anda....
Jumaat, 15 Ogos 2008
Adebayor ajak main kotor asal menang
7:58 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan