Ahad, 31 Ogos 2008

Post-Match : Arsenal 3 Newkasut 0



Hahaha.. antara display terbaik dalam permulaan season nih. Attacking dgn defensively bak kate Wenger ada balance, memang seimbang. Pada mulanya agak terkejut gak sebab Djourou kene drop balik bagi laluan kat Encik Kolo sebab Mr Johan tak buat salaha silap ape2 pun.Tapi Toure pun makin lame dah makin menuju ke fitness asal so tak berapa kisah lah. Awal2 lagi Arsenal dah control game dan patut dapat tambah sebijik dari corner William Gallas ingat die main ragbi ke wat conversion. Semua fan arsenal tangan kat atas kepala mase tuh.

Ape yang menariknya semalam, pemegang tiket Golden Class Arsenal Eboue tetap diturunkan dan Walcott didropkan. Ini adalah satu idea yang berani kerana sememangnya tiada option selain Eboue kerana Walcott dalam bebrapa match seblum ni tak berap menyerlah kalau start kat right fank.Super sub role mungkin sesuai bagi dirinya stakat nih.Tengoklah die masuk waktu Newkasut tengah pancit2 dan tarik defensive diorang supaya bukak ruang untuk org lain bebas bergerak.Tapi nadi utama sudah tentunya Cesc Fabregas yang menjana serangan buat match kedua berturut2.Dengan kehadiran Fabregas, gol dah kompom tapi persoalannya hanya bila. Bila adalh apabila RVP menjumpai hari ong nya. Semalam 2 bijik die tabuh, thanx pada skill Eboue yang tak berapa nak cantik tu tapi cukup untuk RVP tambah koleksi lepas sepak penalti malam tadi yang menyaksikan 2 lagi penalti dalam match EPL lain tak masuk.Hoyte plak score own goal.huhu..

Adebayor?Entah nape aku tengok Adebayor nih pemurah sangat adakah kerana Togo juga sambut merdeka pada hari yang sama itu anda search lah wikepedia.Tapi aksinya semalam cukup berbeza kalau sebelum nie nak try dgn shoot sorang2 tak ingat member.Dapat gak seketul assst untuk Denilson.Bagus Ade, work rate pun nampak meningkat, teruskan match macam nie , baru la ko dapat dengar balik lagu ko berkemundang kat Emirates.. Semalam dah ade dengar sket tapi suam2 kuku ah bunyi die, aku tak tau peribahasa ape yang sesuai.Lupe.

Dengan Newkasut tak menyerang langsung dan hanye mengancam palang melalui Michael Owen, aku takut satu jek..Wenger amek keputusan daripada match nih.Die tengok ok, jadi die tak mo angkat player dah.Aku harap die pikir masak2 sebab transfer deadline sampai 1200 tgh malam waktu UK sane.Arsenal terkenal dengna last minit swap contohnya Diarra, baptista dan Denilson.Walaupun Denilson score semalam tapi persembahan die semalam belum cukup untuk meyakinkan, agak kecik, takde strength dan kadang2 selalu miss pass. Jadi Wenger gunekan bajet 2009 yang telah dibentangkan sebaiknya, jam berdetik kencang.Tik tok tik tok..

Dari match semalam jugak, ape yang perlu ditunjukkan ialah Dont mess with these boys!! haha aku suke tengok inseden antara Nasri dan Joey 'behind the BAR'ton. Samseng macam barton tu patut diajar, bak kate komentator senyuman sarcastic Barton lepas tackl agak kasar kat Nasri tu sangat2lah menjengkelkan, kalo aku ade pun rasa nak baling kasut kat muke die.Nasib baik Nasri sempat tunjukkan ego gak, haha walaupun tak perlu tapi aku puas. Sedang Barton berlari2 buang anak, dihulurkan kakinya tersadung bak nangka busuk.Walaupun Nasri dapat yellow card Keegan tak puas hati dan mintak kad merah, luahannya diluahkan kepada Gallas selaku Abang Long pasukan.Cayalah Nasri, jangan tunjuk korang budak2 depa semua boleh buli suke hati tapi jangan diamalkan selalu, tak baik untuk adrenalin.heheh..

Dalam post match semalam, Wenger berkata RVP akan menjalani X ray dan harap takde ape2 yang patah, sebab ankle katenye.Ditanya mengenai signing baru, Wenger berkata die akan buat OT dan kalau ade harga yang berpatutan die akan sambar.

Baiklah,Bagi yang beragama Islam, sempena menjelang bulan Ramadhan yang mulia ni, Arsenalaysia nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak kepada semua muslimin dan muslimah di seantero dunia.Harap dimaafkan ape2 jua keterlenjuran dalam penulisan dan penyampaian pendapat sepanjang blog ini dihasilkan. Kalau ko tanye aku Nasri RVP Sagna Traore puasa ke tak , itu aku takleh nak jawab, suruh diorang tepuk dada tanya lah iman ok. heheh..Aku pun nak berkongsi sket la untuk same2 kite beri kesedaran dan renungan ok.Wassalam..


2 ulasan:

Unknown berkata...

Bro, Kolo Toure pernah ditanya pasal puasa ni, dia kata kalau hari biasa dia puasa...tapi hari game dia tak puasa sebab nak beri tumpuan, tapi dia akan qadha pada masa lain...

Bro..Sagna tu Muslim ke..?Tak pernah tau..thanks for d info..

Gunners & Roses berkata...

Salam, welcome Bro Azhar.

Pasal Sagna tu tak dapat diberi kepastian la sebab die name pun bacary2 belah2 france gak, aku dengar2 jugak jek.
Pasal Toure tu..huhu..tq2, info yang menarik, buleh pulak mcam tu..sedih2