Sabtu, 30 Ogos 2008

Pre-Match : Arsenal vs Newcastle


Arsenal akan meneruskan rentak kemenangan dengan harapan kalahkan, laukkan atau ulamkan Toon. Tapi setelah 2 match liga nie, Newcastle yang dahulunya hanya boleh dipandang enteng dilihat sebagai satu cabaran yang bahaye jugakla bagi Arsenal. KotaBaru nie start dengan seri menentang Man Yoo sebelum menang ke atas Bolton meletakkan mereka di tempat ke 6, 8 tingkat atas Arsenal tapi baru 2 game. So far, Kevin Keegan dah buat 'OK' dengan danny Guthrie dan Collocini dibawa masuk walaupun Mlner dah dijual ke Aston Villa. Owen adalah duri dalam daging, sebagai legend, jangan sesekali menafikan kelicikan si kenit nih.

Arsenal? Skuad yang sama 18 orang yang menentang Twente cume ade rotation sket sudah kulupa EPL sekarang dah pakai 7 sub bukan 5 macam dulu.Tak perlu dibimbang dengan ditness Nasri, Gallas dan Walcott kerana semuanya disahkan fit untuk beraksi malam nih. 18 player, cume yang aku terkilan kenapa Wenger meletakkan player yang tak diyakini di atas bench semata2 jika tak pakai pun diorang nih. Wenger slalu berkata percaya pada potensi budak2 nih tapi kenapa sampai sekarang kelibat Ramsey, Vela Wilshere hanye ditugaskan sebaagai pengisi nama dalam skuad sahaja tanpa diturunkan langsung. Ape rasionalnye, lebih baik kalau die dah tau awal2 tak percaya dan tak yakin letak lah player yang diyakini dan mampu memberi impact dan ubah game.Aku terkejut waktu lawan Fulham hanye 2 sub jek berlaku walhal bnyk lagi player atas benc tu. Malam tu Denilson patut keluar lebih awal.Sorry Denilson, tapi malam tu bukan malam ko walaupun aku respect ko.Buktikan malam ni ko dengan Cesc umpama Viera dengan Gilberto. pergh.. Rindu saat2 tuh.Fokus ke depan2.

Malam nie kite akan menyambut kemerdekaan yang ke 51 walaupun aku rasa agak kekurangan dari segi promosi dan publisiti. Salam kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia khususnya.Merdeka Minda,Jiwa dan Raga. Setelah setengah jam selepas detik 12 malam sama2 lah kite tumpu ke saluran ESPN awal pagi nanti untuk tengok sejauh mana merdekanya player2 Arsenal nih pulak.Streaming online, klik SINI.


0 ulasan: