Isnin, 30 Jun 2008

"WE GOT CESC FABREGAS!!"


Terima kasih Fabregas!!Kali ini kite jumpe betul2 seorang player yang hatinya taat setia, berdarah Arsenal, dan tak mudah lupa diri walau dijulang setinggi manapun. Arsenal beruntung mendapat player bernama Francesc Fabregas Soler. Di usia 21 tahu, merupakan antara bintang tersohor bola sepak moden kini, telah membantu Spain menjulang piala Eropah buat pertama kali dalam tempoh 44 tahun.Namun, Fabregas tidak lupe berkongsi kegembiraan dengan para penyokongnya di Arsenal, sekurang-kurangnya ape yang diucapkan oleh Fabregas dan kegembiraan yang dirasai dapat dikongsi bersama setelah melalui satu season yang penuh dramatic, turun naik, dan teruk dihentam media.Di tengah2 dihujani pelbagai spekulasi tentang perpindahan rakan sepasukan seperti si mangkuk Adebayor yang tak reti nak bersyukur dan Hleb yang tak reti nak bersosial, dan Flamini yang tak reti nak menabung, muncul anak muda yang matang ini memberi harapan baru kepada penyokong the Gunners.

'This was the happiest day of my life as a professional footballer. But this is also for the Arsenal fans that have been suffering a lot this year.' Said Cesc 'For them, at least one player has won something. It is for them. It also makes up for Paris. I can see there is a massive difference between losing and winning in a final.' 'Even if they say being a finalist is important, there is no way you can replace the feeling of winning. I finally made something at a young age, I never expected it to be with Spain.' 'Now I want to do it with Arsenal.'

'I haven't seen in a long time a team playing such beautiful football get a trophy as big as this.'Now at Arsenal we have more or less the same quality of game so hopefully the football will also get better and better for Arsenal.'

Walaupun kami ahu bahawa anda tidak akan kekal selamanya di Arsenal dan akan pulang ke tanah air satu hari nanti seperti yang pernah anda impikan, terima kasih kerana bersikap matang, profesional sensitif dan ambil berat terhadap penyokong2 setia Arsenal yang tak henti2 memberi semangat kepada Captain in the making nie.. Setelah Clichy menduduki tempat kedua player of the sesaon, dalam laman web rasmi arsenal, tidak syak lagi siapa yang bakal menggondol anugerah itu buat tahun kedua berturut2.Syabas dan harap winning mentaliti ini akan sentiasadibawa bersama2 menaikkan Arsenal musim hadapan.


Full name: Amaury Bischoff

Date of birth: March 31, 1987 (age 20)

Place of birth: Colmar, France

Height: 1.76 m (5 ft 91⁄2 in)

Playing position: Offensive Midfielder, Right Midfielder, Defensive Midfielder



Siapakah die Amaury Bischoff?? Bukan adek Amauri yang pernah dilinkkan bersama Arsenal yang kini dah sah milik Juve, bukan juge anak sedara kepada ahli sengal WWE Eric Bischoff. Tetapi berita kini menybarkan dan menamakannya sebagai pengganti Flamini.

Bapaknya france,maknye Portugis.Lalu bermainlah die di Jerman bersama Werder Bremen.Tapi telahpun memilih untuk bermain bersama skuad bawah 21 tahun Portugal.Dalam satu Interview, Amaury menyatakan kesdiaanya untuk melangkah setapak lebih maju dengan meninggalkan Werder Bremen dan mencuba nasib di tempat lain.

Bischoff boleh bermain di serata alam bahagian tengah, kiri, kanan tetapi lebih kepada bahagian kanan. Dia sering dibandingkan dengan midfield France Jérémy Toulalan dari segi tackle yang keras, dan box-to-box midfielder seperti flamini.siapa flamini?Arsenal dikatakan sedang monitor perkembangan pemain ini dan menuggu mase yang sesuai jek untuk memancingnye ke Emirates.player muda lagi,ape kate survey??



Spain juara Euro 2008

Spain memecahkan badi 44 tahun di kejohanan besar antarabangsa setelah Fernando Torres menepak masuk melepasi Pak Leman pada minit 33 sekaligus menjadi gol tunggal membawa kejayaan paling bermakan dalam sejarah bola sepak Spain.Fabregas akhirnya diberikan empat di kesebelasan utama, suatu yang dikatakan gila kalau arragones tidak menyenaraikan beliau setelah persembahan yang begiru menakjubkan dalam perlawanan2 sebelum ini. Cesc Fabregas cukup sempoi mengawal bahagian tengah bersama2 Iniesta dan Xavi sebelum dikeluarkan digantikan Xabi Alonso di minit ke 63. Dominasi bahagian tengah nyata memudaratkan Jerman yang tak dapat bergerak kerana terdapat sebatang kayu Balak di tgh2 jentera Jerman yang menghalang aliran sungai serangan.hahaha. Diharap pabila pulang dan start traning 21 julai ini Cesc Fabregas dapat meneruskan kecemerlangan aksi bersama dengan Arsenal.

Setelah Spain muncul juara, patutlah tbe2 Adebayor mencapub untuk memberi tanda2 awal bahawa die ingin ke BArcelona pula. Kejap ko nak, Merah Putih, pastu Merah Hitam, skrg ko nak merah biru plak???? Hantar ko kat hijau kuning karang... bukan Kedah Liga super, diorang pun dah ade lagi power Marlon Alex James, hantar balik Togo la... Adebayor dipetik dengan kenyataan2 yang berbaur berlagak, bongkak, dan taksub dengan duit.

'Milan are a big club but the fact they are not playing in the Champions League next season is less of a challenge.
'Barcelona have made a good financial offer and there is also the chance to play alongside great players.
'Yes, I am still under contract to Arsenal but it's up to the directors to satisfy my demands or I'll leave.
'If my good form of last season has increased my value, my employers have to take account of that. 'I have to prepare for my retirement. Even if you are not scoring fine goals and you have money, you can enjoy a happy retirement. '
The time for preparing for that moment is now.' '
People ask if I am asking for the same salary as Henry. That is not necessarily the question. 'But I am being considered a worthy replacement for Henry while not deserving his salary. 'The question lies on this level.'

Gile ???? mengaku dah sampai tahap Henry???!!!! Hang tahap Kanoute pun tak sampai lagi!!!! Sekarang ko memang dah buat semua penyokong Arsenal mule membenci ko. yang dah sedia benci bertambah2 lah benci.

Sedang die asyik demand bahawa die ingin berjumpe Wenger bagi membincangkan hal ni, Wenger plak tak de mase nak layan dan tak ining berjumpe dengan budak perasan bagus nie lagi.Ape yang akn berlaku di Arsenal dalam 2 3 minggu nie pasti suatu yang menarik.Jom kita sama2 nantikan..


Ahad, 29 Jun 2008

Aku malu menjadi RAKYAT MALAYSIA..

Jangan anda terkejut dengan tajuk di atas..Sebenarnya ini adalah luahan rasa tidak puas hati yg aku sifatkan semua individu yang berpelajaran dan berakal di Malaysia dapat berfikir secara rasional dan bijak.

Setelah dikejutkan dengan harga minyak yang melambung tinggi, di manakah kuasa rakyat apabila kita terus membiarkan dungu-dungu memimpin negara. Sampai bila kita yang dididik sepandai ini oleh kerajaan sendiri harus tunduk dan akur dengan perbuatan kerajaan yang semakin hari semakin tidak masuk akal. Adakah kita mahu disifatkan seperti manusia bertuankan Keldai. Sedarlah semua, masyarakat dunia mentertawakan kita.. Tiada lagi yang harus kita banggakan.. Isu minyak yang tidak logik dek akal manusia waras terus diterima bulat2 oleh rakyat malaysia. Si Dungu-dungu yang bertopengkan wajah Keldai terus memimpin negara. Dengan matlamat memboloT hasil bumi untuk diriku, bukan bangsaku terus menjadi agenda mereka semua.

Apakah kita warga terelajar semua masih mahu mengikut jejak si Keldai..?? Sememangnya diakui, semua orang mahu jauhkan diri dari masalah, tidak mahu terlibat dalam pelbagai masalah, cukuplah sekadar lepas diri dan keluarga, tidak mahu campur tangan..Ya, jika kita sebagai manusia, ternyata sifat ini sesuai untuk kita.. Tetapi jika sebagai muslim, adakah wahar kita berpayungkan kerajaan yang sememannya menyyimpang dari landasan..Kuasa fuedal di sana sini..Cuba kita fikir sejenak, adakah kita mampu bertahan jika kita rasakan hidup kita sekarang OK dan senang..Tidakkah kita pikir apakah nasib anak-anak dan generasi akan datang kalau situasi ini berterusan..Apakah kita sanggup dijajah semula..

Apabila sampai masa dan ketikanya, bila kita dijajah orang, bila musibah melanda semua, tidak guna mengenangkan perkara yang lepas..tidak guna menundung jari ke arah pesalah Keldai2 itu kerana yang nyata, kita juga dianggap tunggul jika kita terus mengikut telunjuk si Keldai yang sememangnya menyimpang dari landasan yang nyata..Si Keldai dan kroni2nya terus-terusan mengiakan tindakan bodoh mereka..YA, bg mereka, jika berlaku sesuatu pada negara, mereka seketurunan sememangnya terlepas kerana sudah berapa banyak harta negara yg berkoyan-koyan mereka telan. Mereka tidak pernah pikir masalah rakyat yang selama ini menjadI tunggul menyokong si Keldai..

Terbaru, setelah goyah dengan pelbagai isu, sudah terang lagi nyata mereka sengaja mengwujudkan agenda menyatakan si polan yang lantang bersuara terlibat dalam suatu kes yang tak masuk dek akal..Sedarlah wahai semua, jika kita terus mengamalkan sikap berkecuali, pikirlah sejenak tentang masa depan kita..masa depan hari tua kita..generasi dan keturunan kita..Semuanya akan ditanya olehNYA yang maha esa..Kita tidak tahu apakah sikap berkecuali yg kita amalkan dikira sebagai dosa di sisiNYA..Yang nyata, dari kita terusan berpeluk tubuh, luahkan rasa, tegakkanlah yang nyata, bukalah mata dan lebarkan telinga, kerna kita masih di tangkuk lama..Renung2kan..


Sabtu, 28 Jun 2008

Walcott galas cabaran no 14!! Adebayor, ape yang ko merepek??

Mulai season 08/09, Jersey lagenda , jersey diraja..No 14 tinggalan King Henry akan diwariskan kepada bakal bintang Arsenal yang akan bersinar, Theo Walcott. Pertukaran ini adalah yang pertama selepas Arsenal.Com mengumumkan senarai nombor jersey skuad utama beberapa hari yang lalu. No 32 yang dipakai sejak berpindah dari Southampton dikosongkan. Petanda ini memberi mesej kepada dunia bola sepak dan pencabar di luar sana bahawa waris jari hantu Henry tak akan ketandusan skillnya. Wallcott bakal diberi lebih banyak peluang musim hadapan di bahagian serangan, suatu posisi yang dirasakan paling sesuai oleh Arsene Wenger bagi Walcott. Mampukah pemain berusia 19 tahun ini menggalas jersey keramat ini. sama-sama kite saksikan.

Kosongkan saja jersey no 25 wahai Mr Adebayor. Kami tak perlukan pemain yang tak ade pendirian.Tiada semangat kelab, di manakah loyalty mu? Adebayor telah mengeluarkan kenyataan yang berputar belit.Sekejap kate dia akan kekal di Arsenal, bebreapa jam selepas itu , ubah kenyataan, memberitahu pemberita bahawa masa depannya akan ditentukan musim depan. ape mende ko merepek ni Ade??!!

Adebayor dan Wenger yang kini berada di Austria menyaksikan final Euro masing2 belum bertemu untuk membincangkan masa depannya yang akan dijadualkan berlangsung minggu depan.
Pengakuan pertama Adebayor :
'I'm staying at Arsenal'

Pengakuan kedua selang beberapa jam kepada Sky Sports selepas buat promosi Adidas:
I have three-year contract with Arsenal but I have a lot of clubs interested in me,' 'We will decide next week.' 'When I was young I had a dream to be a good footballer and play for a big team. 'I was born in Togo so I never cared about playing for money, my happiness was to play to enjoy myself. That's what I've been doing until now. 'You can see people changing clubs because of money, because they want a change of atmosphere or to get their names in the big leagues. I just play football to enjoy myself. I play because I love it.'

Kembali cuba meredakan statementnya sebelum ini :
'We all have the same ideas and we all want to achieve something. We have a good boss, which is Arsene Wenger, he tries to bring this atmosphere to the dressing room where we feel like brothers and like family. 'Those are the reasons that gives us a chance to play the football we play. We play good football, now we look forward to winning trophies.'

Kenyataan Clarence Seedorf, pemain tua( pakai skim pencen sampai umor 58 kut tak berhenti2 lagi) AC Milan kepada Setanta Sports:
“When I spoke with him I said ‘I’m waiting for you’," “He already said that he would come, but it depends now on Arsenal if he stays there otherwise he comes to Milan.”

HAH!! yang mane satu anda pilih??lu pikilah sendiri. Nak stay, duk diam2 takyah bising2. Nak blah, angkat beg, pergi berambus, terima kasih selama ni, tak perlu bagi harapan palsu. Cukup2 la tu..You are not irreplaceable!





Jumaat, 27 Jun 2008

Impak Fabregas!

Gracias Fabregas! Itulah yang paling sesuai untuk bintang muda Spain,wakil tunggal Arsenal yang masih meneruskan 'Euro Trip'nya. Fabregas dengan penuh cool dan slumber membantu Spain membuang badi 24 tahun mara ke perlawanan akhir bertemu Jerman. Masuk sebagai pemain gantian yang menggantikan David Villa kerana kecederaan hamstring, Fabregas nyata mengubah rentak permainan Spain dengan lebih efektif. Ini telah terbukti di setiap match dalam kejohanan ini, impak yang begitu ketara. Setelah menjadi wira sepakan penalti penentuan, kali ini Encik Fab kite berjaya menghasilakan 2 assist yang menarik dan menjadi penjana utama bahagian serangan dibantu Xavi dan Iniesta.Dani guiza dan David Silva, 2 player yang pernah dikaitkan bersama Arsenal masing2 on target. Spain nyata menguasai perlawanan dan terlalu kuat buat Russia yang ditenggelamkan buat kali kedua selepas match pembukaan.setelah player ini sering kali melahirkan desire nya yang gila2 untuk bermain di Spain,di mana Arshavin? Jadi kepada para peminat Arsenal, usah dicari dan dipinta yang takkan dapat, kerana di depan mata adalah permata yang cukup FABulous!!

Agent Adebayor mengatakan Adebayor sudah hampir 70-80% ke AC Milan. Aku tak paham dengan senario sekarang di mana agent bola sepak lebih banyak bercakap dan kadang kala suke mengarut. Ye la tapi kalau diorang senyap dan berahsia , mesti diorang dah lame jadi agent perisik 007 tul tak?huhuhu..tapi kalau betul lah ape yang dilpaorkan..Bayor3...tak abis2! Milan oi, ekau bayor jo la ket Arsenal, Den pon naik mluat nie ha negok si adebayor ni aih.Selamat jalan romeo la.. Dan Wenger jika sekalipun engkau taknak mendedahkan siapa2 player yang engkau tengah target sekarang, at least... please.. tolong nafikan 100% dari mulut kau, Arsenal tak berminat dengan Peter Crouch...harap2 spekulasi.Terbaru Veloso dari Lisbon sekali lagi dikaitkan dengan Arsenal tapi mustahil Arsenal sanggup menggantikan Flamini dengan player yang diletakkan tag harga 20M di dahi.

Hairan kan, mengapa Milan sangap sangat dengan kelab Arsenal? Jawapan Arsene Wenger :

"That game in Milan did us a lot of good, but also some bad,”


"Overall it was a convincing team performance and we gained a lot of credit all over the world through that game - but also maybe at that time a lot of clubs became interested in our players. This game for me unsettled our season.


"Many clubs do not work as well as we do, and do not give a chance to young players so they looked at the quality of the team display in that game, and it attracted a lot of keen clubs.


"Others teams and agents started to look at our players, releasing stories into the press, and it had a disturbing influence on us.


"From then on there were always stories about better contracts on offer elsewhere and it could be said that it really disturbed us inside the dressing room, but I think the team has learned to cope with it."









Khamis, 26 Jun 2008

Turkey dirompak!

Menyaksikan nasib Turkey di semi final Euro tadi sama seperti menyaksikan nasib Arsenal. Turkey yang tempang dengan pengaaantungan dan kecederaan hampir 50% player utama, bermain jauh lebih baik dengan serangan menarik tumbang di tangan Jerman yang hanya berharap pada taktikal. Turkey sekali lagi membuat kezutan dengan mendahului apabila Lehman kene 50sen , bola bergolek di celah kakinya. Perlawanan ini menunjukkan mengapa Lehman tidak diperlukan lagi di Arsenal dengan beberapa saat yang mencemaskan dan tersilap jangkaan.Sedang Jerman berjaya menjaringkan gol yang diangap tiket ke final, Mat Sentul Turkey,Sehmi Senturk berjaya menyamakan kedudukan. Gile ah semangat juang macam nie memang sesuai dibuat filem perang.bertarung hingga mati namenye.Cuma sayang ending nya sahaja tak berada di landasan yang sebenar, Philip Lam mencilok kegembiraan Turkey dengan jaringan di saat akhir.Bagi rakyat Turkey, pastinya dirasa bagai dirompak, setelah membuktikan mereka sebagai team kejutan dan paling bersemangat dalam kejohanan ini, Turkey tidak salah dan layak jika dianggap sebagai the best team Euro08.

Keasyikan aku menonton dibayangi dengan gangguan siaran televisyen, mule2 aku ingatkan astro, aku beralih ke TV3, pun tak de jugak, aku beralih ke sopcast dan gamecast ESPNsoccernet, mereka pun cakap mereka tidak berjaya mendapat visual. Tapi tibe2 pengulas TV3, encik Zainal Abas kite nih, berkata "minta maaf, kami akan cube membaiki siaran" hahaha..waa macam hebat sangat, padahal visual pun atas ikhsan stesen lain. cukup2 la tu TV3 dengan dakyah korang, cukup la berite2 korang nak gelapkan, peminat sukan pun korang nak tipu ke.Panggil pengulas pun entah sape2.adei..picisan.

Saje jek aku lepaskan geram, cari kambing hitam. Ok berbalik pada Arsenal kite, Cesc Fabregas telah memberi amran kepada kelab lamanya Barcelona supaya lebih menghormati Arsenal. Cesc menyelar cara Barcelona cuba memancing player, membuat kenyaaan minat secara terbuka berulang kali sekaligus menyebabkan seseorang player itu unsettled. Fabregas menambah Barcelona sepatutnya mencontohi cara Arsenal menjalankan negotiations dan deal dalam transfer ni di mana semuanya dijalankan secara senyap dan rahsia. Tiada siapa yang perlu tahu perkara2 yang tidak berasas katanya bagi menjaga hati pasukan dan menjaga keharmonian kelab.Itulah sebabnya Wenger menggunakan modus operandi ini. kalau tak, lebih teruk lah Arsenal dirompak!


Rabu, 25 Jun 2008

David Silva la pulak...

Nampaknya wenger sudah semakin tertarik dengan pemain yang dikatakan menyerlah dalam EURO kali ini..Pemain Valencia, David Silva telah menarik perhatian Wenger..Selain masih muda dan tidak kurang tampannya, Silva dikatakan Wenger orang paling seswai untuk menggantikan tempat Hleb. Selain boleh bermain di kiri dan kanan, Silva juga boleh bermain selaku attacking midfielder yang menyaksikan beliau banyak membuat through ball kepada David Villa DAN Torres dalam perlawanan EURO baru-baru ini. Wenger yang melihat Silva sebagai the rising STAR mengatakan yg beliau tidak akan ragu2 untuk sign player ini yg disifatkan beliau perfect untuk squad Arsenal. Mungkin juga beliau sudah bosan dengan spekulasi Nasri yang telah dirumitkan oleh agentnya yang agak dungu itu. Apa2pun, diharapkan JIKA Silva diSign Arsenal, jgn laa jadi cam Reyes yang Homesick..Huhuu..

p/s: Gambar ni sekadar gambar hiasan..


Selasa, 24 Jun 2008

Apakah motif agent Nasri?


Jean-Pierre Bernes menidakkan laporan yang bertiup kencang di seluruh laman2 web dan blog2 bola sepak mengenai kesahihan pemain bawah jagaannya, Samir Nasri telah pun menandatangani kontrak 4 tahun bernilai 15.8M. Tapi apakah motifnya? Masakan tiada angin pokok boleh bergoyang gerudi?? Teori mengatakan kesukaraan di sebalik deal ini adalah berpunca daripada hubungan yang tidak berapa baik antara Wenger dan Bernes.

Mereka masing-mempunyai sejarahnya. Bernes pernah disabitkan atas keasalahan rasuah bola sepak di Perancis selepas didapati mengatur perlawanan. Pada ketika itu dia merupakan Managing Director MArseilles dan merupakan seteru utama kepada kelab kendalian Wenger AS Monaco dan menafikan Wenger kemenangan liga. Apabila Wenger mendapat tahu, dia langsung tak ingin cakap sepatah haram pun dengan Bernes sehinggalah ke hari ini. Itulah yang mungkin berlaku di saat dan ketika ini kerana sedang Wenger berjalan2 di Euro, segala urusan dengan Nasri dijalankan oleh Ken Friar dan Steve Rowley. Bernes lah orang yang paling kuat menafikan Nasri ke Arsenal sedangkan dia tahu betapa pemain itu sudah hampir 100% di dalam tangan Gunners.

Mungkin cuba menarik perhatian kelab2 lain kerana Marseille ingin menjualnya ke Arsenal sedangkan Bernes tidak mahu lagi duduk semeja berbincang dengan lawan lamenye, Mm.. satu teori yang menarik..

Menjelang separuh akhir Euro, Lehman berkata perlawanan ini adalah anara hidup dan mati. Tak habis2 berlawak pak cik tua oi, konon nak berfalsafah la tapi jadi macam berfalsampah jek. Ceh. Manakala bagi separuh akhir kedua pula, semakin ramai player yang dikaitkan kembali dengan Arsenal seperti Ashavin, Danial Guiza. Ada antara pemerhati yang berpendapat kemunculan Arsenal di Vienna ketika suku akhir Spain VS Italy adalah bukan semata2 mengisi masa lapang, tetapi sedang memerhatikan David Silva dan bukan David Villa.


Eboue : Aku seorang midfielder.

Pemain 'pujaan' ramai penyokong Arsenal, Eboue akhirnya membuat kenyataan bahawa dia sudah rasa selesa dengan posisi barunya di midfield kanan Arsenal. Sebelum ini, pemain Ivory Coast ini merampas tempat Lauren sebagai bek kanan dan beraksi cemerlang ketika Champions League run ke final 2006. Namun entah kenapa tibe2 prestasinya merudum jauh sekali setelah Lauren meninggalkan Arsenal mungkin kerana die rase dah hebat sangat dan tiada siapa bakal bersaing. Lantas Wenger membawa masuk Bacary Sagna yang menjadikan bek kanan agai rumahnya. Yang peliknya, Eboue terus diberi kepercayaan, dinaiikkan ke bahagian kanan, yang selalu menjadi pilihan menggantikan Hleb yang mengggantikan Rosicky. Sedangkan Walcott saban mingu cuba menunjukkan taringnya, Eboue tetap menjadi pilihan.Eboue pernah satu ketika meminta untuk kembali menjadi bek kanan kerana tidak yakin dengan kemampuannya, memang betul aku pun tak yakin, satu gol jek seingat aku pernah dijaringkan waktu bertemu Hamburg season lepas.Bagi player ini yamg lain hanyalah tinggal cacian dan makian dari fan Arsenal. Namun Wenger tetap menyayangi beliau dan berkata,

"I believe in you and I think you're going to be a top midfielder if you believe in yourself."

"Against Milan I was all over the pitch, attacking and defending, and it was good for me,It gave me a lot of confidence, I hadn't played well in the previous few games, but the manager gave me belief and I was ready for that game." balas Eboue.

Adakah ini bermakna satu mimpi ngeri bahawa tiada wide player yang bakal dibawa masuk kerana Wenger telah berpuas hati dengan si dia. Seperti mana kite ketahui tiada keeper baru dibawa masuk setelah Almunia diisytiharkan mendapat jersey no 1. Grrr...nampaknya para pengkritik terpaksa lah menelan balik segala makian kerana tibalah masanya untuk memberi support kepada mereka ini. Jika ini pilihan Wenger, bersiap sedialah untuk musim yang penuh ranjau..

P/S : Untuk berita baik hari ini klik di sini, aku dah tak mampu nak teruskan saga ni. yela, takut tinggal harapan lagi, ahh.. aku nak tulis jugak siket. Nasri sign hari nie, bapak die bagitau kat website rasmi anak die, ade gambar kat server Arsenal.com tapi dah ditarik balik atas sebab2 tertentu..huhu, itulah maklumat yang aku terima.


Isnin, 23 Jun 2008

Nombor jersey rasmi skuad utama 08/09

Arsenal.com telah mengesahkan nombor jersey bagi skuad utama 08/09. Tidak banyak perubahan dengan Carlos Vela mengisi kekosongan di no 12 manakala pemain terbaru Arsenal Aaron Ramsey di nombor 16 mengambil alih tempat flamoney. Almunia dengan bangganya akan mendapat jersey yang diidam-idamkan No1.Dua playar yang digembar-gemburkan akan meninggalkan Arsenal masih mengekalkan jersey masing2 iaiitu Hleb 13 dan Adebayor sayang kepada jersey Kanu 25. No 14, no keramat masih lagi disimpan sebagai menghormati lagenda King Henry. Terdapat undian yang melobi agar no itu dibekukan khas buat lagenda Gunners itu sehinggalah ade yang benar2 layak.Tetapi persoalannya, masih terdapat satu no utama..Siapakah yang bakal mengisi no 8??? jeng3.... Senarai penuh first team number 08/09:

1. Manuel ALMUNIA
2. Abou DIABY
3. Bacary SAGNA
4. Francesc FABREGAS
5. Kolo TOURE
6. Philippe SENDEROS
7. Tomas ROSICKY
8.
9. EDUARDO
10. William GALLAS
11. Robin VAN PERSIE
12. Carlos VELA
13. Alexander HLEB
14.
15. DENILSON
16. Aaron RAMSEY
17. Alexandre SONG
18.
19. GILBERTO
20. Johan DJOUROU
21. Lukasz FABIANSKI
22. Gael CLICHY
23.
24. Vito MANNONE
25. Emmanuel ADEBAYOR
26. Nicklas BENDTNER
27. Emmanuel EBOUE
28.
29.
30. Armand TRAORE
31. Justin HOYTE
32. Theo WALCOTT

Hmmmm.. agak terlambat aku post kan tapi tak terlambat untuk aku memuji kematangan wakil tunggal Arsenal(selain lehman) dalam meneruskan perjuangan Euro 2008, Cesc Fabregas. Fabregas dengan penuh yakin, cool dan matang menyerap tekanan demi mengambil sepakan penalti terakhir yang menyaksikan Spain mara ke semi bertemu Russia nanti. Sungguh berani mamat nie pada usia baru mencecah 20 tahun, kerana kalau die miss mesti die akan digelar John Terry ke 2 yang mengsia2 kan sepakan penentuan. Biasalah, itulah beza player Arsenal dan Chelsea..




Ahad, 22 Jun 2008

Adeebayor <-> Henry ??

Sudah terang lagi bersuluh..Pemain bebadan sasa hitam pekat itu sememangnya gergaji bermata dua..Terbaru Arsenal dikejutkan dengan permintaan Adeebayor yg mana beliau menegaskan, beliau ingin stay di Emirates tetapi dengan tangga gaji yang luar biasa..Kejadahnya ini..Adeebayor telah memberitahu pemberita bahawa " anda tunggu dan lihat..perubahan sentiasa berlaku.."..TERBARU, Henry dikatakan akan diberikan semula Barca kepada Arsenal di mana menyaksikan Arsenal akan sign HLEB & Adeeboyot 30 JUTA..Agak pelik mengapa Wenger tidak mahu menerima tawaran milan 32 juta untuk Adeebayor..Ini kerana beliau mahukan Henry ke Arsenal semula..spekulasi mengatakan Arsenal akan menjual Adeebayor hanya stelah mereka memperolehi pemain baru adalah dusta belaka..Menurut seseorang yang tidak mahu namanya disebutkan, " mereka (Barcelon, Ac Milan,..) ingin meniru aksi Wenger untuk memperoleh pemain muda yg ternyata berbaloi..Namun mereka lupa, Wenger inginkan Henry kerana beliau sudah biasa dengan percaturan permainan Arsenal dan tidak semua player boleh lakukannya..Wenger sememangnya mahukan Henry semula.."..Renung2-renungkan..

P/S: Satu2nya player Arsenal yg tinggal untuk meneruskan liku2 Uero adalah Cesc Fabregas..


Bola itu Sfera..

Dalam tempoh tak sampai 24 jam, kita disaksikan dengan perlawanan bola sepak yang cukup menarik, cukup segala ramuan, drama, kontreversi dan emosi. pertamanya Quarter final Euro Turkey vs Crotia dan baru sebentar tadi, Malaysian FA cup final Kedah vs Selangor( cukup memuaskan bagi standard bola sepak kite). Tahniah kepada para pemenang Turkey dan Kedah yang sememangnya layak untuk menang dengan desire dan determination yang tinggi ditunjukkan.Terima kasih buat Selangor dan Crotia kerana menghadiahkan saingan yang hebat la jugak.Jika Eduardo bersama Crotia pasti keputusan akan berlaku sebaliknya. kerana merka nyata tumpul.Menyaksikan passion pemain2 kedua2 match tersebut sekurang-kurangnya dapat mengubat rindu kerana dah lame tak saksikan Arsenal main sebab dah tamat liga EPL, yang selalu jek gol last2 mnit dan sentiasa menunjukkan semangat juang yang tinggi hingga wisel penamat.Jadi di harap RVP malam ni dapat meneruskan form baiknya bersama belanda dan mudah2 han dijauhi kecederaan.

Stiap kali aksi tornament besar, pasti sahaja ramai player2 yang dikaitkan dengan Arsenal..Name seperti ahavin la , Arda Turan la yang mule meniti di bibir2 penganalisis bola sepak sebagai bintang Euro kali ini.Wenger juga dalam interview besama Football Focus anjuran BBC mengatakan Euro kali ini adalah yang terbaik, dan membuktikan manfaat dengan player yang bermain secara globalisasi di serata dunia mengangkatkan martabat dan kualiti permaianan dan juga respect terhadap pasukan2 lawan dari negara yang berbeza.Bak kate Wenger yang berfalsafah.'Unite the football'. Ini boleh membidas projek 6+5 yang cuba diwar2kan oleh fifa yang nyata gelojoh dan tidak berpandangan jauh. Saksikan Interview Wenger yang tidak rugi ditonton dan mempunyai banyak pendapat dan pandangan yang menarik.

Wenger juga ade berseloroh bahawa die ade membawa buku cek bersama-samanya di Euro untuk dilaburkan, tapi die masih lagi berteka-teki tentang siapa yang bakal dibawa masuknya. Bola Sepak sudah menjadi umpama satu politik, rakyat berhak tahu ape pemimpinnya buat untuk membangunkan nasib rakyat, manakala penyokong hendak tahu apekah progres yang sedang dilakukan oleh pengurusan pasukan kesayangan mereka.Tapi kesudahannya sama, rakyat /penyokong tetap kabur dengan jawapannya.Masih menjadi teka-teki.. hanyalah rumours yang tak henti2, gosip yang nentah betul atau tidak.

Berita yang sedang bergerak kencang sekarang ni adalah di mana bintang Arsenal season lepas Adebayor dilaporkan telah berjaya diikat oleh Barcelona sebanyak 22.5-25M. Apabila ditanya kepada tuan empunya badan,ADebayor dipetik sebagai berkata "buat masa ini, no komen" berbeza dengan pengakuan awal2nya dahulu bahawa die tidak ada sebarang contact dengan mana2 team selain Arsenal. Mmm.. bagi aku, ade sesuatu yang berlaku di belakang ini dan bukan rumours kosong. Kalau tidak masakan Arsenal yang sudah dilimpahi striker cuba mendapatkan bintang Brazil, Diogo dari Portuguesa tapi telah direject kerana bidnya yang terlalu rendah. Berita ini disahkan dalam laman rasmi ESPNsoccernet. Ade juga tanggapan bahawa Arsenal telah bersetuju untuk menjual Adebayor tapi bukan ke Milan , sebaliknya Barcelona dengan syarat sehingga Arsenal berjaya mendapatkan penggantinya. Lalu muncullah idea yang kurang bijak yang mengatakan Eto'o bakal ditukarkan ke Emirates yang sama sekali dinafikan oleh agent pemain itu. Dengan tak ade berita yang menjawab barca punya claim bahawa negotiations sedang dijalankan dengan Arsenal untuk membawa pakej Hleb+ Adebayor ke Nou Camp..ini semacam suatu yang bakal berlaku.teringat bagaimana Henry berpindah ke Barca.Mule2 senyap2 tup2 sah!Siapa tahu ? tapi adakah kehilangan 3 pemain kesebelasan utama..3 dari 11 (flam+ jika Heb dan Ade) adalah satu jumlah yang banyak , dan mengapa kite asyik menjadi kelab feeder kepada Barcelona. Apesal tak panggil kelab Arselona sahaja..kan mudah. Haiyyaa.. Wenger musti tengah pening kepala sekarang ni, Tapi sepening2 die mesti profesor tu dah ada formula yang bakal digunakan untuk musim depa.nHarap2 formula it bukan hanya sekadar untuk Eksperimen tapi HASIL yang dimahukan. Pemain paling berpengaruh ketika itu Petit+ Overmars pernah dijual sekaligus ke Barca, Arsenal tidak goyah.ini bermakna tiada player yang tidak boleh ditukar ganti.Aku teringat pada watak komik Gila2..Arsene knows..Profesor SerbaTahu...



Sabtu, 21 Jun 2008

Arsenal 08/09 away kit?


Anda suke? Nampak simple tapi kembali kepada warna basic away arsenal kuning dan biru.Old School.Belum dapat dipastikan kesahihannya..


Clichy sign kontrak baru.. Evra buat hal lagi

Bek kiri mantap dan laju bak peluru meriam Arsenal Gael Clichy telah menandatangani kontrak baru yang dipercayai sebagai langkah menyimpannya lebih lame di stadium Emirates. Ini merupakan langkah bagus Arsenal bagi memastikan semua starnya kekal di Emirates selepas Rakan sejawatnya di bahagian kanan, Sagna juga telah memperbaharui kontrak yakni naik gaji. Jadi tidak mustahil , Adebayor juga meminta kontrak baru sedangkan die baru sahaja memperbaharui kontrak musim lepas, dan Arsenal yakin pemain yang kini dalam lawatan amal ke negara asalnya Togo akan kekal di Arsenal di sebalik rumours2 yang menyerang. Clichy dikatakan memikat beberapa kelab ternama Italy dengan Roma mendahului senarai padahal baru jek sign John-Arne Riise dari Liverpool. Namun dengan kontrak ini memushakan mimpi2 Roma dan Juventus yang juga dikatakan berminat. Apa kata korang, mafia Italy, beli player yang sepadan dengan watak samseng kampung Dusun.Siapa? Namanya ialah Patrice Evra.


CLASH EURO 2008 BASTON VIERA VS EVRA



Evra sekali lagi membuat hal apabila kali ini bergaduh dengan bekas otai Arsenal Viera selepas perlawanan France Italy yang menyaksikan France tersingkir. Mungkin mulut Evra yang celupar membuatkan Viera yang tak fit2 lagi makin bertambah menyirap dengan palyer yang mempunyai rekod hitam bergaduh dengan groundman Chelsea.Dalam video di atas dapat disaksikan Viera cuba ditenangkan oleh legend kapten dan kapten Arsenal kini, TH14 dan Gallas. Mereka kemungkinan memujuk" dah laa tu.. jangan layan budak kenet perasan bagus ni.." Domenech yang berada di situ terkejut dan pasti menyesal.."kenapalah aku tak amik Clichy.."

P/S ;Warggghh dah masuk hariSabtu, berita Nasri tetap tak muncul2. Ni yang kau nak menyirap dengan Arsenal jugak. aku pun macam korang, diberi harapan saje.. jadi aku takkan melompat keriangan sampai lah berita rasmi keluar kat Arsenal.com dan tengok Nasri angkat jersey arsenal secara sah.


Khamis, 19 Jun 2008

Exclusive : Nasri tiba di London untuk Medical

Terkini! Samir Nasri telah diterbangkan dari France ke London untuk menyelesaian perpindahannya bernilai sebanyak 13M itu. Ekoran kemaluan France di Euro08, Nasri dibenarkan pulang awal dan kini dia dan agentnye Jean-Pierre Bernes tibe di London menaiki jet peribadinya petang tadi waktu tempatan.La Provence .

Dia kini bakal melalui 2 ujian perubatan dengan bekas Physio Arsenal Gary Lewin dan pembantunya Tony Colbert akan bertanggungjawab sebelum ujian kedua dilakukan oleh Doktor lain.

Setelah selesai dan lulus, die akan diberi sebatang pen dan akan menandatangani kontrak selama 5 tahun.Jika semua berjalan lancar seperti yang diaturkan, Nasri boleh diumumkan secara rasmi sebagai Arsenal's 2nd signing secara rasminya seawal petang esok, Jumaat.

Kemudian, dia akan menghabiskan cutinya selama tiga minggu sebelum bertemu kembali dan berjumpe dengan rakan2 sepasukannya yang baru di Emirates untuk pra-musim.Die juga sebelum itu akan berbincang situasi dengan aweknya Tatiana Golovin seorang player Tenis untuk mencari rumah baru atau membina rumah baru.Awal2 dah kawin.. untung badan...

Akhirnya selesai jugak , The Nasri Saga.


Mimpi Adebayor&Hleb.."Yang mana satu, idaman kalbu?" + Kolo Toure =The Rock


Kalau anda jadi Adebayor pasti anda akan duduk termenung berfikir sejenak. Berfikir tentang masa depan. AC Milan telah membuat statement betapa mereka semacam desperate mendapatkan Adebayor.Hanya Adebayor yang dipinta, jika tak tercapai biarlah seadanya..begitulah lebih kurang. Manakala di pihak Barcelona, mereka cube mngetest power dengan offer sebanyak 25M. Walhal mereka tau berulang kali bahawa Wenger tidak mahu melepaskan bintang yang digilapnya itu. Wenger menghantar Fax.. atau "fax Off" merujuk lebih kepada warning.. "Adebayor takkan dijual walau stinggi mane pun nilai mata wang dan emas" begitulah Fax yang dikirimkan kepada AC Milan dengan ditandatangani oleh Wenger.Adebayor telah juga berulangkali menyatakan impiannya untuk musim depan menjaringkan lebih banyak gol dan tidak mahu berpindah tetapi siapa tahu dunia bola sepak sekarang. Asal kite acah sket, dah mule la goyang .. itulah Adebayor.

"There is no negotiation for Eto'o or Drogba," kata vice presiden AC Milan Adriano Galliani

"If we do not get Adebayor, we will remain as we are."

"We have received an answer from Arsenal, which says they are not prepared to sell the player,"

"Anything can happen, but for now we are not authorised to negotiate with the player."

Hleb jugak tak kurang hebatnya dilemanya. Setelah gagal mendapat kepercayaan Mourinho manager baru Inter, perpindahannya ke Barca hampir pasti cume menunggu lampu hijau dari Arsenal.Tapi Barca tak la sedesperado Milan sebab jika tak dapat Hleb mereka ade target lain. Ini pula kata2 Vice Presiden Barcelona Marc Ingla,

'The negotiation with Hleb is still in progress and despite him being a player with special qualities, if his club are not ready [to sell him], we have other options in mind."

Jadi ke mana arah tuju mereka dan yang penting arah tuju Wenger. Sperti yang kite ketahui Wenger tidak pernah memblock sape2 player yang mahu meninggalkan Arsenal. Dengan umpan2 yang dilemparkan oleh kaki pancing seperti Barcelona dan Milan ini mampukah Arsenal mengekalkan skuad yang sedia ada dan menambah baik atau terpaksa membina dan menampal sikit skuad ini. Dengan berakhirnya perjuangan France di Euro maka tamatlah tugas Wenger sebagai penuglas di stesen TV France jadi kite dapat expect yang Wenger akan terus urun ke market menjalankan beberapa negotiations.

Atau mungkin tiada lagi penambahan, siapa tahu, Wenger berkata "cukuplah.. aku akan pakai player yang sedia ada.." Mampukah? Salah satunya dengan cara menaikkan Toure ke bahagian DM menggantikan tempat Flamini, adalah satu option yang bernas. Adalah pembaziran jika tendangan padu Toure tidak digunakan semaksimum yang mingkin.Lihat golnya menentang bolton season ni dan keslumberan die beraksi ala forward ketika bertemu Liverpool musim lepas.Toure is a rock!! Toure adalah buldozer yang pantas dan kental, mampu memberi dimensi yang baru kepada Fabregas. Dengan complaint yang selalu diutarakan mengenai gandingan Gallas dan Toure, Inilah masanya untuk memecahkan gandingan mereka tanpa ada pihak yang berdukacita. Gilberto boleh diberi cameo role, setiap kali standing ovation di Emirates. Song boleh dibela dan dipupuk sebagai CB yang berjaya, percayalah.Sementara itu, cari pengganti CB yang boleh berkoleberasi dengan Gallas yang lebih tinggi dan mantap. Arsenal unbeaten again!

P/S : kepada sesiapa yang belum menonton aksi player terbaru arsenal, Aaron Ramsey, Arsenal TV online ade menyediakannya...


NASRI become the GUNNERS akhirnya..

Berita ini hanya anda dapat baca dalam versi Melayunya di sini.. Sahih lagi nyata..Kurang 24 JAM selepas kekalahan memalukan France kepada Italy, Nasri akhirnya agreed untuk bersama Arsenal dan contract selama 4 tahun telah pun ditandatangani..

Nasri akhirnya dibeli En Wenger dengan harga 13.5 juta dan akan menggantikan posisi Hleb yang sekarang sudah hampir pasti milik Barcelona.

Adeebayor pula dilaporkan akan menyertai Barcelona juga selepas Barca willing to offer 24 juta cash untuk mendapatkan pemain sasa tegap ini..


Rabu, 18 Jun 2008

Henry dan Domenech beri tiket pulang France lebih awal

Tiada lagi 'the magic touch' buat TH14. Hanya yang tinggal adalah sentuhan malang. Free kick yang diambil De Rossi menyaksikan bola terbias di kaki Henry mencecah gawang menutup terus peluang France yang tewas 2-0 di tangan Italy awal pagi tadi. Kebodohan Domenech juga tidak banyak membantu. Kesilapan nya jelas ketara dari segi tactical selection yang mletakkan Abidal(red card) bek kiri di CB bergandingan dengan Gallas. Nasri lah yang menjadi mangsa, setelah menggantikan Ribery yang cedera, terpaksa pula dikorbankan bagi memberi laluan kepada badut Boumsong. Adakah ini bermakna berita gembira bagi peminat Arsenal dengan Nasri telah pun selesai kempen Euronya?sama2 kita nantikan. Italy akan terus berjuang bersama2 Belanda yang menang lagi secara sempoi 2-0 ke atas romania.Penyerang Arsenal RVP sekali lagi menjaringkan gol.Kalau lah form seperti ini ditunjukkan dan die bebas daripada kecederaaan musim depan...Sambung tdo..ZZzzZZzz


Selasa, 17 Jun 2008

Podolski my main target NOW! - Wenger


Wenger, si tua yang penuh dengan teka-teki ini tiba-tiba mengeluarkan kata-kata berbaur bukan perkauman yakni beliau mahu PODOLSKI di Arsenal musim depan..Dengan khidmad pemain Speedy GONE zales nya yg masih injured, Eduardo & Rosicky, Wenger telah pun standby dua pemain muda untuk mengisi kekosongan sayap kiri yakni Vela dan Diaby. Walcott pula dikatakan bakal mendapat posisi Parmenant sayap KANAN sekiranya Wenger gagal sign sebarang pemain menggantikan HLEB (sekarang ini dikatakan NASRI). Untuk pengganti Flamini, Wenger yakin akan kebolehan pemain sasa tua, Gilberto dan juga DENILSON, pemain separa matang dari Brazil. Dan jangan terkejut sekiranya Ramsey juga bakal menggantikan tempat FLAMINI..

->PODOLSKI membuat gaya aksi bapok..(sekadar gambar hiasan)


Isnin, 16 Jun 2008

Arsenal buka buku baru bertemu West Brom


Arsenal akan memulakan kempen EPL 08/09 bertemu dengan pasukan West Brom yang baru dinaikkan dari liga Championship, di Emirates Stadium pada 16 Ogos. Lepas tu away menentang Fulham kemudian home balik bertemu Newcastle pada perlawanan ke3. Memang kalau atas kertas orang akan kate antara big four Arsenal paling senang di permulaan dan penutup tirai menentang Stoke City. Tapi secara tersiratnya jadual ni akan memakan Arsenal kalau kite bercite2 hendak mengecap piala musim depan. Ape kejadahnya Man U menentang semua big 4 di home pada pusingan kedua liga. Nampak sangat kuasa 'membeli' diorang. Sedangkan Arsenal, saat genting di akhir liga selepas champions league semi final, akan bertemu Chelsea home kemudian Man U away di 2nd last match liga. Pundit awal2 lagi menyatakan penentu kejuraan. Memang la nampak macam aku terlalu optimis dan berpandangan jauh, tapi itulah kite..Arsenal! sentiasa bercita2 cita tinggi.. ah..hantarlah pasukan manapun akan kami tumbangkan satu persatu dengan gandingan mantap musim depan.Tiada lagi alasan! huhu.. Semangat2..haha tak sabar beb.

Berita buruk siket bagi peminat Arsenal.Thomas RoSICKy masih lagi SICK dan mungkin terlepas aksi permulaan musim. Masalah kecedreaan yang masih menghantuinya sejak Januari dikatakan tak akan dapat sembuh sehingga lah bulan Ogos.Itupun mase tu baru boleh training kecil-kecilan saje. Aii... Cik Ros2... Apsal la ko tak contohi Eduardo punye semangat dan fitness.. huhu ape2 pun get well soon.Tapi kite tidak perlu begitu bimbang kerana tempat nya bakal diisi oleh bintang harapan yang bakal menyinar..Carlos Vela.Carlos Vela sekali lagi menemui sentuhan jaringan ketika aksi kelayakan PIala Dunia menentang Belize.

Berita Mastika : Aku panggil mastika sebab berite die pelik2 dan kadang2 mengarut2. Bintang Jerman kini menyinar di Austria,Podolski dikatakan tersenarai dalam shopping list Arsene Wenger sewaktu beliau asyik menyaksikan Euro.Henry diakatakan begitu tertarik dengan atmosphere Anfield, (aku pun tak tau ape auranya, setakat lagu jek , stadium kecik boleh la nampak macam ramai..haha) dan berminat kembali ke EPL bersama "kau tak akan berjalan bersendirian"..hahaha.. boleh jalan laa..


Sabtu, 14 Jun 2008

Adeebayor dalam dilema..

Siapa tak kenal dengan pemain bertubuh sasa hitam masam ini..Beliau sekarang berada dalam dilema setelah pihak Arsenal menyatakan terserah kepada beliau untuk membuat keputusan..Menurut Agentnya, Adee sangat sayangkan Arsenal namun bila datangnya offer dari kelab yang berprestij tinggi, sangat sukar untuk mengatakan tidak..AC Milan yg sebelum ini dikatakan ingin mendapatkan khidmat Dogbar cHELLsea merasakan Adeebayor lebih seswai untuk kelab itu rentetan Adee masih muda, perkasa dan tidak kurang tampannya (DI TOGO, kire jadi kegilaan laa..kat tempat lain lu Pk la sendiri)..


Nasri mungkin sign lebih awal

Terdapat laporan mengatakan Samir Nasri kini cuba dipancing oleh Atletico Madrid dengan tawaran bayaran yang lebih tinggi kepada Marseille. Tetapi mereka mungkin terpaksa melupakan mimpi tersebut kerana Samir Nasri dilaporkan sebelum ini telah pun menandatangani pra-kontrak persetujuan untuk menyertai Arsenal dan akan menandatangani secara rasmi setelah kempen Euro selesai. Jadi mungkin adalah tidak benar bahawa Nasri belum sign kerana kurang berpuas hati dengan tawaran gaji tapi lebih disebabkan oleh komitmen kepada pasukan kebangsaan menyebabkan die tiada masa lagipun jersey baru arsenal pada ketika itu belum dirasmikan. Itu adalah antara jangkaan2 yang hampir tepat dan boleh dipercayai. Jadi dengan France yang terumbang-ambing di Euro08, Nasri dijangka dapat sign lebih awal jika France tewas kepada Italy dalam perlawan terakhir kumpulan C.

Adebayor pula kini dispekulasikan meminta kontrak baru dengan gaji 80K seminggu berbeza dengan 35k pada kontrak yang baru die sign tahun lepas.Ape nak jadi pade player sekarang ni.Tak bersyukur lagsung, susah2 jual jek. Gervinho tibe2 pule mencapub dengan mengatakan Arsenal cube membelinya dari Le Mans.Bintang Ivory Coast itu dikatakan sebagai Drogba baru tetapi engggan untuk berpindah bagi membalas jasa kelab lamenye Le Mans.Ces Fabregas pula apabila ditanya tentang rakan sepasukannya Hleb tersasul atau buat2 tersasul.. Fabregas meminta Hleb pikir masak2 sebelum mencari rumah sewa baru.

“I have always said that Hleb is an incredible footballer and what he has done is underrated, well, everything that he DOES, because he is still an Arsenal player,”


Aaron Ramsey completes move to Arsenal

Aaron Ramsey teleh menyelesaikan perpindahannya dari Cardiff City ke Arsenal dengan kontrak yang tak dihebahkan tetapi dipercayai long term kontrak dengan bayaran perpindahan sebanyak 5M. Ramsey permain dari Wales melahirkan rasa bangga dan gembiranya dapat menjadi sebahagian daripada projek Arsene Wenger dan tidak sabar2 bertemu rakan sepasukan Di Arsenal. Ramsey merupaakan seorang central midfielder tetapi lebih kerap digunakan di bahagian sayap dan bek kanan.Ini menunjukkan die seorang player yang versatile. Kemunculan aksi pada usia semuda 16 tahun menunjukkan kematangan. Ramsey juga mengatakan bahawa Arsene Wenger menjadi faktor terbesar mengapa die memilih Emirates sebagai destinasinya.

“I’m so happy to have signed for Arsenal. I am joining one of the biggest clubs in the world and can’t wait to meet my new team mates. I recently met with Arsène Wenger and he was a big factor in my decision to join Arsenal. He talked to me for a long time about the Club and the plans for the future, which really excites me. Arsenal is a Club which always gives young players an opportunity at the highest level of the game and I am going to work my hardest to be part of future successes here."

Diharap, Ramsey akan sukses dan mampu menyinar di Arsenal.Harap juga agar lebeh ramai player yang akan menyusul mengikut jejak langkah Aaron yang bijak membuat keputusan.

Teropong Euro Arsenalaysia menyaksikan pertembungan 2 gegasi eropah awal pagi tadi dengan France disayurkan pasukan Oren, Belanda dengan RVP menemui rentak jaringan.Gol2 Belanda yang begitu sempoi nyata menenggelamkan bintang2 France dan memalukan William Gallas sebagai pertahanan malam itu. TH14 berjaya mencuri tumpuan dengan menjaringkan gol, memberi suntikan semangat untuk membangkitkan France yang ketinggalan 2 gol.Namun segalanya dipadamkan dengan slumber oleh Belanda. Itulah padahnya kalau Domenech memilih player ikut sejarah silam, seuka hati , tak mengkaji, kalau Sagna Clichy ade, kompom tak kene belasah teruk. Saingan kumpulan C pasti menarik selepas Juara dunia Italy seri 1-1 dengan Romania.JIka Romania menang lawan Belanda kedua2 finalis akan mengucapkan bye2 pada kejohanan edisi ini.Malam ini Fabregas akan bertemu otai lamenye Ljungberg.


Khamis, 12 Jun 2008

Gula-gula Fabregas

Tak paham2.Sape2 pernah duk Andalus, tolong translate kan.Huhu.. tengok je la Fabregas jadi duta kanak2..layan..zasss


Wenger buat lawak.

Katekan tidak apabila anda membaca kenyataan Arsene Wenger terbaru. "Aku taknak beli defender summer nih, bahagian defence bukanlah keutamaan.Banyak lagi posisi2 lain yang masih perlu diperbaiki", Wenger membuat kenyataaan setelah diajukan tentang pemain Belgium Vincent Kompaney yang dikaitkan dengan Arsenal. "Aku kenal Kompaney, potensinya bagus, tapi berita kami cube membelinya adalah salah."huh?? Biar betul.. setelah diulang banyak kali bahawa memang benar Toure dan Gallas masing2 adalah World Class defender tapi apabila digandingkan mereka bersama jadi macam kelas pertengahan jek.Corak kedua2nya lebih kurang sama. Keputusan season lepas kalau tidak kerana kelekaan defend, kite mungkin boleh menukar seri kepada menang sekaligus merangkul gelaran liga.Jadi adakah ini bermakna kite perlu bergantung pada Sanderos, Djourou yang telah pulang awal,(bukan pulangla sebab mereka tuan rumah) dari Euro malam tadi. Atau sedikit sinar dari Alex Song? Atau ini mungkin satu lagi taktik Wenger, yang selalu menipu media.. kerana takut sasarannya dicilok oleh kelab lain.. Harap2 begitulah. Berita yang lebih menarik, Wenger semasa menjadi pengulas Frace vs Romania di sebuah stesen TV France secara slumber mengatakan Nasri telah pun signed utk Arsenal namun berita hanya akan diumumkan selepas tamat Euro.Mmmm... pelik jugak, asyik2 kalau berite2 pasal Arsenal nie Wenger cite kat media France jek, media lain die tak hebohkan.

AC Milan terus dengan taktiknya memancing Adebayor. Terbaru berita mengatakan Presidennya telah berjumpa dengan agent Adebayor , siap salam tangan lagi tanda agree. Tinggal Milan nak offer 32M jek lagi. waaa leh rambang mata tu, tapi Wenger tetap tak termakan dek pujuk rayu, Adebayor plak menafikannya.Alahai.. kalau dah 32M tu jual jek, gune duit tue boleh beli macam2 jenis player yang lagi hebat dan dasyat. David Villa, 17M tapi tak taula kut2 harga dah naik lepas score Hatrik hari tu. Itu salah satu cara nak buat Encik Fabregas kite guling2 keriangan.Barcelona, Real dan Chelsea juga dikatakan sedia berlabur besar untuk striker Valencia ni. Santa Cruz,12M.. rampas sorang lagi player sasaran ManU. Baru diorang tau kelab mane yang lebih popular dan disanjungi.hahaha..

Fergie merah hidung apabila mengetahui Aaron Ramsey main kayu tiga lantas memilih Arsenal mengetepikan ManU.Tapi usah persalahkan orang lain wahai AF(alex Ferguson), salahkan diri sendiri. Ade ke patut die hantar wakil si Neville burung belatuk tua tu untuk layan Ramsey bawak pusing2 stadium Old trepot sedangkan AF syok bercuti kat luar negara main miscall2 jek dengan Ramsey. Wenger pulak dengan profesionalnya meminjamkan jet sukoi peribadi , jemput Ramsey dan mak ayah untuk membincangkan mase depan secara serius.Itulah tanda dedikasi dan minat yang serius yang ditunjukkan oleh Wenger jadi seseorang player itu rase dihargai. Bab2 meyakinkan player ni Wenger memang paling pro dan no1. Jadi kite boleh memberi kepercayaan kepada Wenger 100% setelah bagaimana die mencungkil Fabregas, Viera, Anelka dan Vela. Beliau adalah manager paling selamat di dunia kerana jika die di Chelsea mugkin bertahan 2 hari je kut.huhu,Tengok Scolari brape lame agaknye die kebiruan..

P/S : Arsenal mahukan 5M+ yaya Toure dalam offer dari Barcelona yang hendak membeli Hleb. Abang Kolo kite merupakan abang paling bahagia la..


Selasa, 10 Jun 2008

Terima kasih Gary Lewin

Setelah 30 tahun menabur bakti , berkorban masa, tenaga dan tinggalkan anak bini di rumah, Physiotherapist Arsenal, Gary Lewin akhrinya mengambil keputusan untuk meninggalkan Arsenal dengan bangga setelah mendapat tawaran dari Don Capello menjadi ketua Physioterapi skuad England bermula 1 Ogos ini. Lewin yang seblum ini memgang 2 jwatan satu di Arsenal dan satu di England sebagai sambilan merupakan bekas penjaga gol Arsenal pada era awal 80 an sebelum die mengambil keputusan untuk menduduki exam dan menjadi Physioterapi sepenuh masa yang difikirkan lebih tinggi elaunnya mungkin, atau dikenali sebagai subsidi ketika itu..

Gary Lewin pernah terlibat dalam beberapa insiden bersama Arsenal yang menyaksikan die telah menyelamatkan nyawa John Terry yang disepak karate kepalanya oleh Abou diaby ketika final carling Cup 2007. John Terry ketika itu kelihatan menggelupur sebelum tidak sedarkan diri dan ketika itu pengulas Shebby Singh membuat andaian Terry diserang sawan babi.Effectnya kelihatan hingga kini apabila die 'tergelincir' di Moscow baru2 ini.heheh.Namun kecekapan Lewin membuktikan mengapa die layak mengemudi Physioterapi England. Beliau juga menyelamakan Eduardo dari cacat atau lumpuh sebelah kaki seumur hidup ketika tindakan pantasnya di St. Andrews dahulu. Jika tidak kerana kecekapannya, tidak mungkin Eduardo mampu berjogging seperti dalam video klip sebelum ini.

Apa-apa pun , Arsenalaysia ingin mengucapkan selamat maju jaya di mana jua anda berada Gary Lewin . Diharap penggantimu adalah seorang Physio yang ganas dan garang supaya player seperti RVP dan RoSICky tidak akan kerap menemuinya seperti mana mereka 'berdating' dengan Lewin di bilik rawatan nanti seperti musim lepas.

P/S : Pemain berbakat, Alexander Song telah sign lanjutan kontrak. Kontraknya dipanjangkan sama macam rambutnya.



Aaron Ramsey pilih jalan hidup yang tepat!

Arsenal disahkan menjadi destinasi permainan, maksud aku destinasi karier pilihan Aaron Ramsey,17 bintang muda Cardiff City dari Wales. Ramsey memilih untuk menyarung kit baru arsenal merah putih yang gempaq dan sempoi mengetepikan kebiruan everton dan kesetanan Man USA dengan perpindahan anggaran sebanyak 5M. Cardiff membuat pengunguman rasmi ptg tadi dengan menyatakan persetujuan transfer akan dirundingkan dengan lebih lanjut bersama Arsenal apabila Ramsey telah memilih untuk beraksi bersama Fabregas & co walaupun pada awalnya Cardiff pada mulanya hendak menjual kepada ManU dengan harapan Ramsey diberi satu season lagi loan di Cardiff, suatu yang tidak disediakan dalam offer Wenger.Nyata offer Wenger telah berjaya menarik minat jiwa2 muda berbakat besar kerana kemampuna Arsenal sebagai kelab yang hebat menggilap bakat player terbukti. Agak2nya apekah kate2 yang dikeluarkan dari mulut Wenger di Basle kepada Ramsey yang diterbangkan menemuinya.. mungkin ala2 Godfather, kalau anda bisa menonton filem hebat itu, inilah quote yang dipinjamkan kepada Wenger mungkin oleh Don Corleone "I'm Going to make an offer that you couldn't refuse..!"

Akhirnya, hati peminat2 arsenal yang resah bagai menanti bulan jatuh ke riba berjaya ditenangkan dengan berita ini. Tapi adakah bermakna deal dengan Nasri tidak jadi? Adakah Ramsey merupakan calon2 player yang ade dalam plan asal Wenger yang menyatakan die akan mengikat 2-3 player musim ini?Tunggu dan lihat sahaja ape reaksi Wenger kerana beliau belum memberi respons kepada berita baik ini. Arsene penuh dengan misteri.

Teropong euro08 Arsenalaysia menyaksikan player buruan, Nasri sempat bermain sekejap jek dalam 2nd half semalam ketika perlawanan hambar france menentang Romania.Satu keputusan yang agak mengecewakan bagi Gallas yang bermain 90 minit tanpa kelibat 2 bekas bintang lagenda Arsenal Viera dan TH14. Aku kunci jam kul 12 tapi tak bangun. Nasib baik, sebab aku sempat bangun menyaksikan game yang tak rugi ditotnton, Belanda melaukkan juara dunia Italy3-0. Van Persie melakukan cameo yang agak meyakinkan tetapilagi sekali , bekas jaguh Arsenal Giovanni van Bronckhorst mencuri tumpan sebagai man of the match.oh, lpe, kelmarin punye match aku terlupa nak update menyaksikan 2 penjaga gol bertemu.. hanya di terowong je la sebab lepas tu leman ke gol Jerman manakala Fabianski ke ench Poland.Lehman ang tersenyum riang di akhir perlawanan.Elelele..suke ko ek leman. Malam ini, Cesc fabregas akan starting di bench mungkin, arrogant sungguh aragones nie, player punye hebat macam tu pun taknak bg starting 11.Harap2 Wenger juga meneropong sesiapa dalam match tersebut..

Rumours? tiada lagi rumours2 terbaru cume kedengaran Philip Mexes pula dicalonkan kepada Arsenal.Huhu..tapi biasanya ape yang keluar kat media, itulahyang tak akan dapat.. harap2 bukan semua kes macam tu.Adios.. Ingat, kita bakal sign Aaron Ramsey bukan Adil Ramzi.



Ahad, 8 Jun 2008

Bicara William Gallas dan Steve Rowley

Mari kite lihat William Gallas berkongsi pengalaman sebagai seorang defender dan pemain bola sepak...



Arsenal terkenal dengn player muda dan sikap Arsene yang lebih suke membeli player tidak ternama sebelum digilap menjadi superstar.Nak tahu Bagaimana Arsenal menjalankan sistem scouting player2 nya..ikuti temubual menarik bersama Chief Scout Steve Rowley..


Lagi rumors di musim Euro

Sedang rancak aksi Euro dimulakan malam semalam, masih ade lagi spekulasi perpindahan yang sering dimainkan oleh media massa . Tatkala Djorou hanye memanaskan bangku simpanan semalam sambil melihat dari jauh Sanderos diperbadutkan oleh rakan2 Rosicky, Pak lehman akan turun menjaga gawang Jerman malam ini. Tapi bukan pasal keeper baru Stuggart tu yang hendak diceritakan tapi lebih kepada rakannya di bahagian pertahanan, Per Mertesacker,23 player Werder Bremen yang merupakan player terbaru menyatakan minat secara terbuka menyertai Arsenal melalui website peribadinya.setelah dilinkkan dengan Baloy dan Kompaney, Mertesacker pemain tinggi lampai dilihat sebagai player yang mampu mendominasi bola2 tinggi yang menjadi kelemahan arsenal.Dengan umur 23 dan pengalaman di peringkat antarabangsa yang luas, die merupakan calon yang lengkap dan seswai.

Almunia yang tak pernah ade pengalaman antarabangsa mungkin terpaksa memikirkan balik statusnya sebagai bakal penjaga gol no 1 Arsenal. Mungkin die rase posisinya selamat setelah Lehman pergi, tetapi Arsenal dikatakan mengintai Penjaga gol Newcastle Shay Given. 3.5M mungkin boleh mencairkan hati Kevin Keegan untuk menjual penjaga gol antarabangsa Republic Ireland ini yang dihantui siri kecederaan musim lepas.Fabianski pun layak main Euro laa Almunia oi!!!

Wonderkid wales pula Aaron Ramsey telah diterbangkan dengan jet sukoi peribadinya untuk bertemu face to face dengan Asene Wenger di Basle.Sedang asyik Wenger hendak menonton kabadutan Sanderos, Ramsey dijadualkan bertemunya semalam bagi membincangkan ape yang Le Bos sanggup offer jika die menerima lamaran bermain dengan Arsenal. Ramsey , naib juara piala FA bersama Cardiff City telah pun berjumpe dengan Si pemakan Chewing gum berhidung merah Ferguson sebelum ini.Man United menjadi favorite untuk menyambar player ini sebanyak 5M dan baru2 ini Everton mula mengambil langkah kanan juga.

Dan akhir sekali, player2 Arsenal terutama Walcott dan Fabregas memuji design baru Kit Arsenal 08/09 yang mengekalkan warna tradisi merah putih selama 80 tahun. Fabregas melahirkan ketidaksabarannya beraksi bersama kit baru yang nampak cool itu.Dalam gambar sebelum ini dapat sekerat jek, rupenye Toure dan Adebayor turut berposing, tetapi mungkin Adebayor akan hanya sempat berposing untuk merah dan putih dan akhirnya ke belang merah dan hitam.siapa tahu..




Carlos Vela ela ela ela hey3! VS budi SANTOSo


Bagi sesetengah peminat arsenal, berita mengenai aktiviti transfer rival terdekat Spurs yang kini bergiat aktif merupakan satu berita yang kurang enak didengar. Setelah berjaya mendapatkan Luka Modric, Ramos telah berjaya menyambar Giovanni Dos Santos dari Barca dengan harga yang agak rendah 4.7M sedangkan Arsenal telah kehilangan seorang player dan masih belum bertindak di transfer market. Rilex, sejauh manakah kehbatan Dos Santos ini yang dilaung2kan Spurs pada setiap musim bahawa mereka akan dapat merampas tempat Champions League dari Arsenal. The same old Spurs- sentiasa bermimpi di siang hari.Kalaulah sehebat itu Dos santos takkan Pep Guardiola coach baru Barcelona melepaskannya dengan begitu mudah. Mungkin die sudah tahu attitude atau tahap kemampuan player tersebut.Ok mari kite bandingkan dengan rakan senegaranya, Carlos Vela.. pemain harapan yang bakal menyinar di Emirates, musim hadapan.

Latar Belakang

Walaupun kedua-duanya merupakan rakan sewarganegara dari bumi Mexico namun mereka mempunyai latarelakang yang berbeza. Vela bukanlah orang senang, sewaktu kecil kehidupannya bersama ibu bapa sangat susah dan terpaksa hidup dengan ancaman banjir dan ribut petir di Quintana Roo daerah Cancún. Apabila bakat Carlos mule berjaya dijejak, die berjaya diikat kontrak bersama kelab pertamanya Guadalajara sekaligus dapat memberi hidup baru kepada keluarganya.

Berbeza pula dengan Dos Santos yang hidup senang lenang sejak lahir.Bapanya, Gerardo Dos Santos(gerard versi mexico kut) adalah merupakan seorang player bola sepak professional dan merupakan peneraju sebuah sekolah bola sepak di bandar mewah Monterrey.Bapanya merupakan tulang belakang kepada kariernya dan terpaksa berusaha berkeras2 supaya anaknya dapat menjalani trial di kelab2 tempatan.Die bertuah kerana disambar oleh kelab tempat kelahirannya dan memulakan progress di kelab tersebut sehingga pindah ke Barcelona.

Perangai dan Kemampuan

Carlos Vela disifatkan sebagai seorang muda yang sentiasa merendah diri dan bersyukur dengan apa yang ada.Selepas transformasi dari latarbelakang yang sederhana,hinggalah kepada dunia bintang antrabangsa, die menerima saja peluang yang ada bagi mengembangkan bakat tanpa sebrang demand mentaliti.Secara semulajadinya, die sesuai dengan Arsenal sebagai seorang team palyer, yang kadangkala nak pass bola kat rakan sepasukan walhal berada dalam posisi yang baik untuk shoot(macam Hleb) tapi die punye decision making dalam game akan bertambah baik dari semasa ke semasa di bawah kendalian wenger.Transfer nya adalah sebanyak 2.5M ketika usianya 16 tahun , menyertai Arsenal dan masih banyak yang perlu dibuktikan olehnya.

Giovanni pula pernah dikeritik disebabkan oleh sikapnya yang kurang professioanal dan sering buat perangai lagak ala star. Tapi lagaknya yang seringkali mengutarakan apa di fikiraannya menjadi satu bonus jika coaches itu memahami dang menghargai pandangan seorang pemain. Merupakan seorang player yang berbakat, dia boleh bermain di mana2 posisi serangan dan tengah dengan kelas dan gaya tersendiri. Harganya yang diletakkan 4.5M adalah harga yang dilihat sebagai amat berbaloi.Tapi jika die berjaya mencapai beberapa target harganya mungkin boleh ditingkatkan sehingga 8M.


Rumusan

Secara keseluruhannya, peminat akan memilih player mingikut kelab masing2. Tetapi Vela dilihat lebih mampu berjaya di England dengan attitude yang ditonjolkan. carlos Vela sudah pun mendahului Dos Santos, dipilih menrtai kesebelasan skuad Mexico.Dan yang paling penting sekali apabila dihentam pelbagai tekanan dan saat sukar, mentaliti yang positif dan atittude yang bagus lebih membantu Carlos Vela untuk menghadapainya.

Dipetik dari artikel Young Guns - Carlos Vela V Gio Dos Santos-Battle of the Mexicans's.



Sabtu, 7 Jun 2008

Aku nak demam..

Sorry lah da 2 ari tak update blog.. aku rase cam nak demam ah..bukan ape , Demam Euro beb!! haaa.. tengah2 syok musim transfer kat eropah diorang cool kan dulu dengan kejohanan EURO 2008 yang start malam nie. Dah masuk belum fantasy football Euro? mari sama2 memeriahkan kejohanan nie.


Sebelum cerita pasal Euro kite cite apa perkembangan Arsenal la 2 hari nih..mmm.. takde ape yang menarik, cume seperti biasa gosip liar.Ac Milan dikhabarakan sanggup tawar 32M untuk Adebayor tapi Wenger balas balik "Kalau betul2 diorang nak, tepon aku! Pastu tau la ape jawapan yang spepatutnya diorang dapat nanti!" huh.. nampak sangat die tengah bengang tu.. ye la tengah asyik2 dok cari player org lain nak cilok plak player die.huhu..Tapi wenger, kalo aku jadi ko, aku jual jek, 32M? banyak tu... leh beli 2 Star lagi..hahah.Berite lain? Tak tau la betul ke tak tapi seperti dilaporkan, Arsenal punye bid untuk player CB Udinese dari Colombia Zapata,21 dah direject.Diorang mintak 16M dari yang arsenal hanye offer 10M. Pergh kalau betul wenger offer 10M untuk CB maknenye mamat tuh mesti something special. Berita dari jiran yang tak berapa sedap didengar, Spurs macam dah nak sign Dos Santos dari Barcelona dengan harga serendah 4.7M..leh caye ke? kalo diorang dapat..santos+modric.. lu pk lah sendiri.

Ok back to Euro. Player Arsenal paling ramai terlibat.. itupun tolak yang injured, kalau tak lagi ramai. Kite mulekan dengan Robin Van Persie untuk pasukan Belanda. Apekah betul die nie betul2 fit atau sekadar nak amik angin saje di sana? kalau ape2 jadi kat die mase tu yang melingkupkan harapan die beraksi untuk permulaan liga dengan arsenal memangla...siap ko marco van bastern. Djorou dan Sanderos, Switzerland. Ini kalau kat Malaysia kompom dah kene complaint, ye la..mane taknye.. beraksi kat liga pun jarang alih2 dapat called up.Dahla 2 2 tak konsisten.Cume bersejarahkan persembahan World Cup jek x cukup beb.Tuan rumah yang gamble.Germany pun gamble amek kuda tua Lehman.Nasib baik Wenger baik jugak bagi la main 2 3 match sebelum tggalkan Emirates, kalau tak Oliver Kahn yang dah bersara mesti naik bulu tengok Lehman dapat layanan 1stclass dari Law.Fabianski, bekas keeper terbaik di liga Poland 2 tahun berturut2 turut ikut serta dalam kem sebagai backup kepada Boruc. Nasihatku, belajar tingi2, balik nanti boleh ganti almunia.haha. William Gallas menggalas cabaran di peringkat antarabangsa.Gallas sebelum ini menyatakan masih ade dendam dengan Italy yang akan dijumpa dalam group of death.Gallas juga bakal menackle RVP yang diletakkan dalam kumpulan same.kalau diorang berlaga pastu 22 injured?? lupekan2 aku bergurau..harap2 tidak. Last but not least, our best star yang diramalkan bakal jadi star of the tournament , Mr Cesc Fabregas! gandingan bersama penyerang Torress + Villa bakal menyaksikan Spain sebagai pasukan pilihan utama kejuaraan walaupun kurang berna

Bagaimana pulak dengan player yang kurang bernasib baik? Rosicky dihantui kecederaan, kapten Czech ni adalah star kat world cup 2 tahun lepas. Bacary Sagna dan Clichy, 2 fullback terbaik EPL terlepas aksi, Sagna kerana kecederaan , Clichy sebab si Evra tuh dipilih dulu. Domenench memang tak pandai menilai. Eduardo penjaring terbanyak Crotia adalah player yang betul2 tak sepatutnya duduk menonton dari kaca TV saja.Simpati betul dengan nasibnya tapi semangat die kuat! tengoklah betapa laju die cube untukproses recovery. Piala Dunia nanti mungkin pentas terbaik bagi Dudu. Tapi sebenarnya ada baiknya juga merka yang injured2 ni dan star2 yang tak terpilih nie berehat dari kejohanan besar dan mempersiap sediakan diri untuk musim hadapan. Ini mungkin bonus bagi Arsenal.Statistik dulu menunjukkan Arsenal punye musim selepas kejoahan besar agak terumbang ambing sebab player keletihan.Kali ini mungkin kite boleh melihat Arsenal yang fresh musim depan dengan Pre Season Emirates cup bertemu Juventus dan Real Madrid manakala Amsterdam Tournament kite akan bertemu Ajax dan Sevilla. Tak sabar nak tengok skuad musim depan.

P/S : Flamini bakal dihantar pulang kembali esok jika Viera disahkan fit untuk skuad France.huhuhuhuhuh....



Rabu, 4 Jun 2008

Harga minyak naik! harga Player??

Aku baru jek lepas beratur dekat sejam lebeh semata2 nak isi minyak sebelum naik gile2 puku 12 nih. Agak2 korang kalau Harga player cam Nasri tu naik lepas Euro wenger ade ke sanggup nak beratur panjang2?? grrr... tension2!!

Lupekanlah cite pasal minyak, kembali cite pasal bola, tak ade perkembangan ape2 cume yang mengembirakan peminat Arsenal Bacary Sagna signed long-term kontrak baru lanjutan yang lame. Sagna memang best buy of the summer la. Harap kalau tak dapat Nasri ke ape jadah biarlah ade 2 3 muka baru kualiti macam sagna dan dudu kire dah ok dah. Dalam pada itu Web Site Arsenal akan berwajah baru summer nie. Konon dengan interface baru ingat ade la citer2 panas yang bakal keluar? harapan la..isi tetap sama.. Kalau dah rasmi betul2 sah baru la diorang publish, bab2 ruangan2 gosip2 nih tugas kami la.heheh..

Fredie Ljungberg plak seperti berputar belit dengan media atau diputarbelitkan media. Fredie sebelum ini menghentam Wenger yang memberi layanan tahap tentera kepada player2 yang dihujung usia, berbeza pula dengan berita terbaru yang menyatakan Fredie menafikan temubual dengan akhbar russia terbabit...sekadar salingan, mm kalau betul Wenger layan player care tuh.. tak pelik la nape ramai star blah apabila dimamah usia.

Haaa... dah macam kompom! baju Arsenal bakal ditaja Nike lagi, dan Walcott, Gallas, Fabregas, Almunia dah ambil baju jadi model kit baru. Baju keeper betul2 old school.. Nampak same macam gambar yang pernah tersebar sebelum nie. Tapi away masih lagi dalam siasatan..huhu..


Nasri, Arshavin, Villa at ARSENAL?

Setelah didesak pelbagai musibah dan tekanan, Wenger akhirnya mengakui tertekan dengan keadaan sekarang dan ternyata singkap angkuhnya suatu ketika dahulu beransur cair apabila dia mengatakan yang dia akan membeli lebih dari 3 player untuk menyertai squad Arsenal musim depan. Wenger setakat ini memberitahu yang dia sangat berharap agar Samir Nasri join The Gunner untuk memenuhi tempat Hleb yang bakal berhijrah ke Kelab BARCELONA musim hadapan dengan yuran perpindahan dianggaran mencecah 12 juta. Selain itu, Valencia sedang mempertimbangkan offer dari Arsenal dan Chelsea untuk mendapatkan penyerang Sapnish, David Villa dari kelab itu. Menurut sumber rasmi Spain, Villa lebih senang ke Arsenal dan berharap dapat menjadi salah seorang dari pemain Arsenal dan menidakkan minatnya untuk ke Chelsea. Namun begitu, Wenger masih berkira-kira untuk membeli player ini atau tidak dek kerana Eduardo sudah semakin sembuh dan ramai lagi barisan serangan Arsenal yang sedia ada masih boleh digunakan. Selain Nasri, Wenger dikatakan sudah sedia untuk memancing pemain serba boleh Russia, Arshavin dengan yuran perpindahan 6juta sahaja. Bagi Wenger, Arshavin merupakan pemain serba boleh yang boleh diletakkan di mana2 posisi serangan atau tengah. Dalam pada itu, lagenda kontroversi Arsenal, Pak Lehman telahpun sign 1 year contract dengan Stuttgart (Kelab German) dan Arsenal dikatakan masih mencari-cari Keeper yang sepadan untuk kempen EPL season depan.


Selasa, 3 Jun 2008

EBOUE ke JUVE?

Setelah sorang-sorang player meninggalkan Arsenal, kini giliran Eboue pula untuk meninggalkan Arsenal..Eboue dikatakan sekarang sedang cuba dipancing oleh Juventes dan dia agak tertarik untuk pergi ke Kelab gergasi Italy itu yang baru-baru ini telah berjaya membeli Amauri..Selain Eboue, Chelsea juga dikatakan akan memintas pemain yang ingin dibeli oleh Arsenal yakni David Villa dan Samir Nasri..Chelsea dikatakan sanggup membayar berlipat kali ganda untuk mendapatkan Villa. Sementara itu, nasib SONG BILONG bakal diketahui penghujung minggu hadapan setelah beliau diintai kelab yang baru naik divisyen, Wes Brom. Wes Brom dikatakan berminat untuk memancing SONG dan juga Djorou untuk memulakan kempen mereka di EPL musim hadapan. Armand Traroe juga bakal menamatkan kepanasan bangku simpanan Arsenal apabial West Ham United dikatakan akan membeli pemain yang berasal dari Senegal ini dengan harga 5juta pound. Wenger pula dalam pada itu menyebut akan membeli seorang pemain English pada kali ini dan nama Michael Johnson(Man City) telah disebut-sebut beliau berulang kali.


Hanya berharap pada sum-sum tulang..

Semakin hari ramai peminat Arsenal yang semakin berang dan masih mempersoalkan kredibiliti Wenger selaku Manager. Ekoran isu pemergian HLEB & FLAMINI, Wenger seharusnya serius dalam mengembalikan kepercayaan dan harapan peminat Arsenal. HLEB & FLAMINI tidak dinafikan menjadi tulang belakang Arsenal pada musim yang lepas namun, setelah kehilangan dua tonggak utama, tiada sebarang tonggak @ player yang dilihat bakal mewarnai posisi tengah Wenger. Adakah beliau masih lagi berada dalam alam fantasi Football Managernya yang menganggap pemain muda harus digilap untuk melahirkan squad yang berjaya..TIDAK MUNGKIN Ianya berlaku di EPL!! Kalau di Malaysia seudah sememangnya terbukti dengan squad kedah yang berjaya merangkul piala Malaysia dengan barisan pemain rata2nya muda..Namun rata2 saja..mereka masih mempunyai tonggak utama awang import dan pemain senior yang menjadi tulang belakang pasukan itu. Pemain senior dan berpengalaman adalah tulang belakang sesuatu pasukan manakala pemain muda adalah sum-sum tulang yang lama-kelamaan akan membentuk tulang. Tetapi sum-sum tulang tidak akan menjadi tulang sekirangan tulang yang sedia ada rapuh bak tulang Gilberto. Apapun, mungkin ini yang dikatakan hidup umpama roda..Mungkin sudah tiba masanya Wenger mengundurkan diri dari kancah EPL kerana beliau sememangnya tidak mengikut trend bola sepak terkini dan sentiasa yakin dengan polisi bola sepaknya itu. Jika season depan Arsenal masih kabur dengan sebarang trophi, nescaya spekulasi Wenger berpindah ke PSG menjadi nyata..Bukan berpindah, tetapi dipecat atau dijual ke PSG..So, kesimpulannya..sum-sum tulang mane leh jadi tulang..Biologi aku agak lemah..Maaf sekiranya ada di kalangan pembaca terdiri daripada bapak-bapak doktor..Tetapi message yang cuba disampaikan ialah, jika Wenger tersilap percaturan, maka Season depan tinggal harapan..

Hanya gambar hiasan..