Selasa, 10 Jun 2008

Terima kasih Gary Lewin

Setelah 30 tahun menabur bakti , berkorban masa, tenaga dan tinggalkan anak bini di rumah, Physiotherapist Arsenal, Gary Lewin akhrinya mengambil keputusan untuk meninggalkan Arsenal dengan bangga setelah mendapat tawaran dari Don Capello menjadi ketua Physioterapi skuad England bermula 1 Ogos ini. Lewin yang seblum ini memgang 2 jwatan satu di Arsenal dan satu di England sebagai sambilan merupakan bekas penjaga gol Arsenal pada era awal 80 an sebelum die mengambil keputusan untuk menduduki exam dan menjadi Physioterapi sepenuh masa yang difikirkan lebih tinggi elaunnya mungkin, atau dikenali sebagai subsidi ketika itu..

Gary Lewin pernah terlibat dalam beberapa insiden bersama Arsenal yang menyaksikan die telah menyelamatkan nyawa John Terry yang disepak karate kepalanya oleh Abou diaby ketika final carling Cup 2007. John Terry ketika itu kelihatan menggelupur sebelum tidak sedarkan diri dan ketika itu pengulas Shebby Singh membuat andaian Terry diserang sawan babi.Effectnya kelihatan hingga kini apabila die 'tergelincir' di Moscow baru2 ini.heheh.Namun kecekapan Lewin membuktikan mengapa die layak mengemudi Physioterapi England. Beliau juga menyelamakan Eduardo dari cacat atau lumpuh sebelah kaki seumur hidup ketika tindakan pantasnya di St. Andrews dahulu. Jika tidak kerana kecekapannya, tidak mungkin Eduardo mampu berjogging seperti dalam video klip sebelum ini.

Apa-apa pun , Arsenalaysia ingin mengucapkan selamat maju jaya di mana jua anda berada Gary Lewin . Diharap penggantimu adalah seorang Physio yang ganas dan garang supaya player seperti RVP dan RoSICky tidak akan kerap menemuinya seperti mana mereka 'berdating' dengan Lewin di bilik rawatan nanti seperti musim lepas.

P/S : Pemain berbakat, Alexander Song telah sign lanjutan kontrak. Kontraknya dipanjangkan sama macam rambutnya.



0 ulasan: