Ahad, 22 Jun 2008

Bola itu Sfera..

Dalam tempoh tak sampai 24 jam, kita disaksikan dengan perlawanan bola sepak yang cukup menarik, cukup segala ramuan, drama, kontreversi dan emosi. pertamanya Quarter final Euro Turkey vs Crotia dan baru sebentar tadi, Malaysian FA cup final Kedah vs Selangor( cukup memuaskan bagi standard bola sepak kite). Tahniah kepada para pemenang Turkey dan Kedah yang sememangnya layak untuk menang dengan desire dan determination yang tinggi ditunjukkan.Terima kasih buat Selangor dan Crotia kerana menghadiahkan saingan yang hebat la jugak.Jika Eduardo bersama Crotia pasti keputusan akan berlaku sebaliknya. kerana merka nyata tumpul.Menyaksikan passion pemain2 kedua2 match tersebut sekurang-kurangnya dapat mengubat rindu kerana dah lame tak saksikan Arsenal main sebab dah tamat liga EPL, yang selalu jek gol last2 mnit dan sentiasa menunjukkan semangat juang yang tinggi hingga wisel penamat.Jadi di harap RVP malam ni dapat meneruskan form baiknya bersama belanda dan mudah2 han dijauhi kecederaan.

Stiap kali aksi tornament besar, pasti sahaja ramai player2 yang dikaitkan dengan Arsenal..Name seperti ahavin la , Arda Turan la yang mule meniti di bibir2 penganalisis bola sepak sebagai bintang Euro kali ini.Wenger juga dalam interview besama Football Focus anjuran BBC mengatakan Euro kali ini adalah yang terbaik, dan membuktikan manfaat dengan player yang bermain secara globalisasi di serata dunia mengangkatkan martabat dan kualiti permaianan dan juga respect terhadap pasukan2 lawan dari negara yang berbeza.Bak kate Wenger yang berfalsafah.'Unite the football'. Ini boleh membidas projek 6+5 yang cuba diwar2kan oleh fifa yang nyata gelojoh dan tidak berpandangan jauh. Saksikan Interview Wenger yang tidak rugi ditonton dan mempunyai banyak pendapat dan pandangan yang menarik.

Wenger juga ade berseloroh bahawa die ade membawa buku cek bersama-samanya di Euro untuk dilaburkan, tapi die masih lagi berteka-teki tentang siapa yang bakal dibawa masuknya. Bola Sepak sudah menjadi umpama satu politik, rakyat berhak tahu ape pemimpinnya buat untuk membangunkan nasib rakyat, manakala penyokong hendak tahu apekah progres yang sedang dilakukan oleh pengurusan pasukan kesayangan mereka.Tapi kesudahannya sama, rakyat /penyokong tetap kabur dengan jawapannya.Masih menjadi teka-teki.. hanyalah rumours yang tak henti2, gosip yang nentah betul atau tidak.

Berita yang sedang bergerak kencang sekarang ni adalah di mana bintang Arsenal season lepas Adebayor dilaporkan telah berjaya diikat oleh Barcelona sebanyak 22.5-25M. Apabila ditanya kepada tuan empunya badan,ADebayor dipetik sebagai berkata "buat masa ini, no komen" berbeza dengan pengakuan awal2nya dahulu bahawa die tidak ada sebarang contact dengan mana2 team selain Arsenal. Mmm.. bagi aku, ade sesuatu yang berlaku di belakang ini dan bukan rumours kosong. Kalau tidak masakan Arsenal yang sudah dilimpahi striker cuba mendapatkan bintang Brazil, Diogo dari Portuguesa tapi telah direject kerana bidnya yang terlalu rendah. Berita ini disahkan dalam laman rasmi ESPNsoccernet. Ade juga tanggapan bahawa Arsenal telah bersetuju untuk menjual Adebayor tapi bukan ke Milan , sebaliknya Barcelona dengan syarat sehingga Arsenal berjaya mendapatkan penggantinya. Lalu muncullah idea yang kurang bijak yang mengatakan Eto'o bakal ditukarkan ke Emirates yang sama sekali dinafikan oleh agent pemain itu. Dengan tak ade berita yang menjawab barca punya claim bahawa negotiations sedang dijalankan dengan Arsenal untuk membawa pakej Hleb+ Adebayor ke Nou Camp..ini semacam suatu yang bakal berlaku.teringat bagaimana Henry berpindah ke Barca.Mule2 senyap2 tup2 sah!Siapa tahu ? tapi adakah kehilangan 3 pemain kesebelasan utama..3 dari 11 (flam+ jika Heb dan Ade) adalah satu jumlah yang banyak , dan mengapa kite asyik menjadi kelab feeder kepada Barcelona. Apesal tak panggil kelab Arselona sahaja..kan mudah. Haiyyaa.. Wenger musti tengah pening kepala sekarang ni, Tapi sepening2 die mesti profesor tu dah ada formula yang bakal digunakan untuk musim depa.nHarap2 formula it bukan hanya sekadar untuk Eksperimen tapi HASIL yang dimahukan. Pemain paling berpengaruh ketika itu Petit+ Overmars pernah dijual sekaligus ke Barca, Arsenal tidak goyah.ini bermakna tiada player yang tidak boleh ditukar ganti.Aku teringat pada watak komik Gila2..Arsene knows..Profesor SerbaTahu...



3 ulasan:

bali hambali berkata...

hahha...
ko ni mmg mengarut secare berinfo la g&r

wa suspek lu mat
hahha

Kakashi berkata...

sepattnye respect bukan suspek....

Gunners & Roses berkata...

aha..itula, aku pun tak sampai tak tau nak tulis tajuk post kali nie ape..tu yang main tibai jek. haha..biar mengarut jangan mencarut.ngeheheh..