Khamis, 26 Jun 2008

Turkey dirompak!

Menyaksikan nasib Turkey di semi final Euro tadi sama seperti menyaksikan nasib Arsenal. Turkey yang tempang dengan pengaaantungan dan kecederaan hampir 50% player utama, bermain jauh lebih baik dengan serangan menarik tumbang di tangan Jerman yang hanya berharap pada taktikal. Turkey sekali lagi membuat kezutan dengan mendahului apabila Lehman kene 50sen , bola bergolek di celah kakinya. Perlawanan ini menunjukkan mengapa Lehman tidak diperlukan lagi di Arsenal dengan beberapa saat yang mencemaskan dan tersilap jangkaan.Sedang Jerman berjaya menjaringkan gol yang diangap tiket ke final, Mat Sentul Turkey,Sehmi Senturk berjaya menyamakan kedudukan. Gile ah semangat juang macam nie memang sesuai dibuat filem perang.bertarung hingga mati namenye.Cuma sayang ending nya sahaja tak berada di landasan yang sebenar, Philip Lam mencilok kegembiraan Turkey dengan jaringan di saat akhir.Bagi rakyat Turkey, pastinya dirasa bagai dirompak, setelah membuktikan mereka sebagai team kejutan dan paling bersemangat dalam kejohanan ini, Turkey tidak salah dan layak jika dianggap sebagai the best team Euro08.

Keasyikan aku menonton dibayangi dengan gangguan siaran televisyen, mule2 aku ingatkan astro, aku beralih ke TV3, pun tak de jugak, aku beralih ke sopcast dan gamecast ESPNsoccernet, mereka pun cakap mereka tidak berjaya mendapat visual. Tapi tibe2 pengulas TV3, encik Zainal Abas kite nih, berkata "minta maaf, kami akan cube membaiki siaran" hahaha..waa macam hebat sangat, padahal visual pun atas ikhsan stesen lain. cukup2 la tu TV3 dengan dakyah korang, cukup la berite2 korang nak gelapkan, peminat sukan pun korang nak tipu ke.Panggil pengulas pun entah sape2.adei..picisan.

Saje jek aku lepaskan geram, cari kambing hitam. Ok berbalik pada Arsenal kite, Cesc Fabregas telah memberi amran kepada kelab lamanya Barcelona supaya lebih menghormati Arsenal. Cesc menyelar cara Barcelona cuba memancing player, membuat kenyaaan minat secara terbuka berulang kali sekaligus menyebabkan seseorang player itu unsettled. Fabregas menambah Barcelona sepatutnya mencontohi cara Arsenal menjalankan negotiations dan deal dalam transfer ni di mana semuanya dijalankan secara senyap dan rahsia. Tiada siapa yang perlu tahu perkara2 yang tidak berasas katanya bagi menjaga hati pasukan dan menjaga keharmonian kelab.Itulah sebabnya Wenger menggunakan modus operandi ini. kalau tak, lebih teruk lah Arsenal dirompak!


3 ulasan:

bal hambali berkata...

ye ke..haha..sedap siyal ak tido
kahkah

BADD berkata...

kamal fakhri pun ber-blog..?

keep on going.... U got talent man... the concept is right to the target readers..a bit polish your write up..bet u gonna be one of the prolifc blogger in the making...

konsep bahasa santai..memang cool..

your Pk Anjng...hehe

Gunners & Roses berkata...

Heheh..baru berjinak2.. tq for all ur supports..kata bidalan "mata pen lebih tajam dari mata pedang" tetapi kini "papan kekunci lebih utuh dari papan lapis".. renung2kan & selamat beramal =)