Sabtu, 14 Jun 2008

Nasri mungkin sign lebih awal

Terdapat laporan mengatakan Samir Nasri kini cuba dipancing oleh Atletico Madrid dengan tawaran bayaran yang lebih tinggi kepada Marseille. Tetapi mereka mungkin terpaksa melupakan mimpi tersebut kerana Samir Nasri dilaporkan sebelum ini telah pun menandatangani pra-kontrak persetujuan untuk menyertai Arsenal dan akan menandatangani secara rasmi setelah kempen Euro selesai. Jadi mungkin adalah tidak benar bahawa Nasri belum sign kerana kurang berpuas hati dengan tawaran gaji tapi lebih disebabkan oleh komitmen kepada pasukan kebangsaan menyebabkan die tiada masa lagipun jersey baru arsenal pada ketika itu belum dirasmikan. Itu adalah antara jangkaan2 yang hampir tepat dan boleh dipercayai. Jadi dengan France yang terumbang-ambing di Euro08, Nasri dijangka dapat sign lebih awal jika France tewas kepada Italy dalam perlawan terakhir kumpulan C.

Adebayor pula kini dispekulasikan meminta kontrak baru dengan gaji 80K seminggu berbeza dengan 35k pada kontrak yang baru die sign tahun lepas.Ape nak jadi pade player sekarang ni.Tak bersyukur lagsung, susah2 jual jek. Gervinho tibe2 pule mencapub dengan mengatakan Arsenal cube membelinya dari Le Mans.Bintang Ivory Coast itu dikatakan sebagai Drogba baru tetapi engggan untuk berpindah bagi membalas jasa kelab lamenye Le Mans.Ces Fabregas pula apabila ditanya tentang rakan sepasukannya Hleb tersasul atau buat2 tersasul.. Fabregas meminta Hleb pikir masak2 sebelum mencari rumah sewa baru.

“I have always said that Hleb is an incredible footballer and what he has done is underrated, well, everything that he DOES, because he is still an Arsenal player,”


0 ulasan: