Selasa, 3 Jun 2008

Hanya berharap pada sum-sum tulang..

Semakin hari ramai peminat Arsenal yang semakin berang dan masih mempersoalkan kredibiliti Wenger selaku Manager. Ekoran isu pemergian HLEB & FLAMINI, Wenger seharusnya serius dalam mengembalikan kepercayaan dan harapan peminat Arsenal. HLEB & FLAMINI tidak dinafikan menjadi tulang belakang Arsenal pada musim yang lepas namun, setelah kehilangan dua tonggak utama, tiada sebarang tonggak @ player yang dilihat bakal mewarnai posisi tengah Wenger. Adakah beliau masih lagi berada dalam alam fantasi Football Managernya yang menganggap pemain muda harus digilap untuk melahirkan squad yang berjaya..TIDAK MUNGKIN Ianya berlaku di EPL!! Kalau di Malaysia seudah sememangnya terbukti dengan squad kedah yang berjaya merangkul piala Malaysia dengan barisan pemain rata2nya muda..Namun rata2 saja..mereka masih mempunyai tonggak utama awang import dan pemain senior yang menjadi tulang belakang pasukan itu. Pemain senior dan berpengalaman adalah tulang belakang sesuatu pasukan manakala pemain muda adalah sum-sum tulang yang lama-kelamaan akan membentuk tulang. Tetapi sum-sum tulang tidak akan menjadi tulang sekirangan tulang yang sedia ada rapuh bak tulang Gilberto. Apapun, mungkin ini yang dikatakan hidup umpama roda..Mungkin sudah tiba masanya Wenger mengundurkan diri dari kancah EPL kerana beliau sememangnya tidak mengikut trend bola sepak terkini dan sentiasa yakin dengan polisi bola sepaknya itu. Jika season depan Arsenal masih kabur dengan sebarang trophi, nescaya spekulasi Wenger berpindah ke PSG menjadi nyata..Bukan berpindah, tetapi dipecat atau dijual ke PSG..So, kesimpulannya..sum-sum tulang mane leh jadi tulang..Biologi aku agak lemah..Maaf sekiranya ada di kalangan pembaca terdiri daripada bapak-bapak doktor..Tetapi message yang cuba disampaikan ialah, jika Wenger tersilap percaturan, maka Season depan tinggal harapan..

Hanya gambar hiasan..


0 ulasan: