Selasa, 24 Jun 2008

Eboue : Aku seorang midfielder.

Pemain 'pujaan' ramai penyokong Arsenal, Eboue akhirnya membuat kenyataan bahawa dia sudah rasa selesa dengan posisi barunya di midfield kanan Arsenal. Sebelum ini, pemain Ivory Coast ini merampas tempat Lauren sebagai bek kanan dan beraksi cemerlang ketika Champions League run ke final 2006. Namun entah kenapa tibe2 prestasinya merudum jauh sekali setelah Lauren meninggalkan Arsenal mungkin kerana die rase dah hebat sangat dan tiada siapa bakal bersaing. Lantas Wenger membawa masuk Bacary Sagna yang menjadikan bek kanan agai rumahnya. Yang peliknya, Eboue terus diberi kepercayaan, dinaiikkan ke bahagian kanan, yang selalu menjadi pilihan menggantikan Hleb yang mengggantikan Rosicky. Sedangkan Walcott saban mingu cuba menunjukkan taringnya, Eboue tetap menjadi pilihan.Eboue pernah satu ketika meminta untuk kembali menjadi bek kanan kerana tidak yakin dengan kemampuannya, memang betul aku pun tak yakin, satu gol jek seingat aku pernah dijaringkan waktu bertemu Hamburg season lepas.Bagi player ini yamg lain hanyalah tinggal cacian dan makian dari fan Arsenal. Namun Wenger tetap menyayangi beliau dan berkata,

"I believe in you and I think you're going to be a top midfielder if you believe in yourself."

"Against Milan I was all over the pitch, attacking and defending, and it was good for me,It gave me a lot of confidence, I hadn't played well in the previous few games, but the manager gave me belief and I was ready for that game." balas Eboue.

Adakah ini bermakna satu mimpi ngeri bahawa tiada wide player yang bakal dibawa masuk kerana Wenger telah berpuas hati dengan si dia. Seperti mana kite ketahui tiada keeper baru dibawa masuk setelah Almunia diisytiharkan mendapat jersey no 1. Grrr...nampaknya para pengkritik terpaksa lah menelan balik segala makian kerana tibalah masanya untuk memberi support kepada mereka ini. Jika ini pilihan Wenger, bersiap sedialah untuk musim yang penuh ranjau..

P/S : Untuk berita baik hari ini klik di sini, aku dah tak mampu nak teruskan saga ni. yela, takut tinggal harapan lagi, ahh.. aku nak tulis jugak siket. Nasri sign hari nie, bapak die bagitau kat website rasmi anak die, ade gambar kat server Arsenal.com tapi dah ditarik balik atas sebab2 tertentu..huhu, itulah maklumat yang aku terima.


0 ulasan: