Selasa, 24 Jun 2008

Apakah motif agent Nasri?


Jean-Pierre Bernes menidakkan laporan yang bertiup kencang di seluruh laman2 web dan blog2 bola sepak mengenai kesahihan pemain bawah jagaannya, Samir Nasri telah pun menandatangani kontrak 4 tahun bernilai 15.8M. Tapi apakah motifnya? Masakan tiada angin pokok boleh bergoyang gerudi?? Teori mengatakan kesukaraan di sebalik deal ini adalah berpunca daripada hubungan yang tidak berapa baik antara Wenger dan Bernes.

Mereka masing-mempunyai sejarahnya. Bernes pernah disabitkan atas keasalahan rasuah bola sepak di Perancis selepas didapati mengatur perlawanan. Pada ketika itu dia merupakan Managing Director MArseilles dan merupakan seteru utama kepada kelab kendalian Wenger AS Monaco dan menafikan Wenger kemenangan liga. Apabila Wenger mendapat tahu, dia langsung tak ingin cakap sepatah haram pun dengan Bernes sehinggalah ke hari ini. Itulah yang mungkin berlaku di saat dan ketika ini kerana sedang Wenger berjalan2 di Euro, segala urusan dengan Nasri dijalankan oleh Ken Friar dan Steve Rowley. Bernes lah orang yang paling kuat menafikan Nasri ke Arsenal sedangkan dia tahu betapa pemain itu sudah hampir 100% di dalam tangan Gunners.

Mungkin cuba menarik perhatian kelab2 lain kerana Marseille ingin menjualnya ke Arsenal sedangkan Bernes tidak mahu lagi duduk semeja berbincang dengan lawan lamenye, Mm.. satu teori yang menarik..

Menjelang separuh akhir Euro, Lehman berkata perlawanan ini adalah anara hidup dan mati. Tak habis2 berlawak pak cik tua oi, konon nak berfalsafah la tapi jadi macam berfalsampah jek. Ceh. Manakala bagi separuh akhir kedua pula, semakin ramai player yang dikaitkan kembali dengan Arsenal seperti Ashavin, Danial Guiza. Ada antara pemerhati yang berpendapat kemunculan Arsenal di Vienna ketika suku akhir Spain VS Italy adalah bukan semata2 mengisi masa lapang, tetapi sedang memerhatikan David Silva dan bukan David Villa.


0 ulasan: