Jangan anda terkejut dengan tajuk di atas..Sebenarnya ini adalah luahan rasa tidak puas hati yg aku sifatkan semua individu yang berpelajaran dan berakal di Malaysia dapat berfikir secara rasional dan bijak.
Setelah dikejutkan dengan harga minyak yang melambung tinggi, di manakah kuasa rakyat apabila kita terus membiarkan dungu-dungu memimpin negara. Sampai bila kita yang dididik sepandai ini oleh kerajaan sendiri harus tunduk dan akur dengan perbuatan kerajaan yang semakin hari semakin tidak masuk akal. Adakah kita mahu disifatkan seperti manusia bertuankan Keldai. Sedarlah semua, masyarakat dunia mentertawakan kita.. Tiada lagi yang harus kita banggakan.. Isu minyak yang tidak logik dek akal manusia waras terus diterima bulat2 oleh rakyat malaysia. Si Dungu-dungu yang bertopengkan wajah Keldai terus memimpin negara. Dengan matlamat memboloT hasil bumi untuk diriku, bukan bangsaku terus menjadi agenda mereka semua.
Apakah kita warga terelajar semua masih mahu mengikut jejak si Keldai..?? Sememangnya diakui, semua orang mahu jauhkan diri dari masalah, tidak mahu terlibat dalam pelbagai masalah, cukuplah sekadar lepas diri dan keluarga, tidak mahu campur tangan..Ya, jika kita sebagai manusia, ternyata sifat ini sesuai untuk kita.. Tetapi jika sebagai muslim, adakah wahar kita berpayungkan kerajaan yang sememannya menyyimpang dari landasan..Kuasa fuedal di sana sini..Cuba kita fikir sejenak, adakah kita mampu bertahan jika kita rasakan hidup kita sekarang OK dan senang..Tidakkah kita pikir apakah nasib anak-anak dan generasi akan datang kalau situasi ini berterusan..Apakah kita sanggup dijajah semula..
Apabila sampai masa dan ketikanya, bila kita dijajah orang, bila musibah melanda semua, tidak guna mengenangkan perkara yang lepas..tidak guna menundung jari ke arah pesalah Keldai2 itu kerana yang nyata, kita juga dianggap tunggul jika kita terus mengikut telunjuk si Keldai yang sememangnya menyimpang dari landasan yang nyata..Si Keldai dan kroni2nya terus-terusan mengiakan tindakan bodoh mereka..YA, bg mereka, jika berlaku sesuatu pada negara, mereka seketurunan sememangnya terlepas kerana sudah berapa banyak harta negara yg berkoyan-koyan mereka telan. Mereka tidak pernah pikir masalah rakyat yang selama ini menjadI tunggul menyokong si Keldai..
Terbaru, setelah goyah dengan pelbagai isu, sudah terang lagi nyata mereka sengaja mengwujudkan agenda menyatakan si polan yang lantang bersuara terlibat dalam suatu kes yang tak masuk dek akal..Sedarlah wahai semua, jika kita terus mengamalkan sikap berkecuali, pikirlah sejenak tentang masa depan kita..masa depan hari tua kita..generasi dan keturunan kita..Semuanya akan ditanya olehNYA yang maha esa..Kita tidak tahu apakah sikap berkecuali yg kita amalkan dikira sebagai dosa di sisiNYA..Yang nyata, dari kita terusan berpeluk tubuh, luahkan rasa, tegakkanlah yang nyata, bukalah mata dan lebarkan telinga, kerna kita masih di tangkuk lama..Renung2kan..
Ahad, 29 Jun 2008
Aku malu menjadi RAKYAT MALAYSIA..
2:04 PTG
Gunners & Roses
3 ulasan:
Disokong oleh G&R
aku bukannya menyokong mana2 pihak, tapi korang kene ingat pemimpin korang yang nak sokong tu baik sangat ke..???? sesuatu pemimpin mesti ada kelemahanya. korang ingat harga minyak naik saje2 ke???? pakai otak la... ni korang percaya satu2 pihak cuba dengar dua-dua pihak baru betul... korang dah besar, pikir la sendiri...!!! yang penting aku penyokong fanatik arsenal... go asenal go...
ish2....lihat kedua pihak bro..jgn menyalahkn sesuatu tnpa usul perikse..jika malu mnjadi rakyat mlysia..rakyat negara apa yg anda mahu jadi..rakyat negara lain lebih menanggung beban dek kerana tidak mndapat sebarang subsidi dari kerajaan mereka sedangkan kerajaan negara kita hanya mengurangkn subsidi yg kita terima shj..itupun krn krajaan membuat kajian bahawa 70% rakyat yg mengguna subsidi adalah golongan yg menggunakannya utk bisnes dan ade yg menyeludup kluar slebihnya 30% ialah rakyat biase spt kite yg mngunekannye..kekurangan subsidi bukannya bermaksud menyusahkn rakyat tetapi tp harus dilihat dari pandangan pembangunan negara kita pd masa akn datang..masa depan negara akn kaku jika pemikiran kita masih naive dgn mndengar sebelah pihak shj bro ...papehal, arsenal memang aku harap musim ni menyinar punyee..haha..go Fabregas go arsenall!!
Catat Ulasan