Ahad, 8 Jun 2008

Carlos Vela ela ela ela hey3! VS budi SANTOSo


Bagi sesetengah peminat arsenal, berita mengenai aktiviti transfer rival terdekat Spurs yang kini bergiat aktif merupakan satu berita yang kurang enak didengar. Setelah berjaya mendapatkan Luka Modric, Ramos telah berjaya menyambar Giovanni Dos Santos dari Barca dengan harga yang agak rendah 4.7M sedangkan Arsenal telah kehilangan seorang player dan masih belum bertindak di transfer market. Rilex, sejauh manakah kehbatan Dos Santos ini yang dilaung2kan Spurs pada setiap musim bahawa mereka akan dapat merampas tempat Champions League dari Arsenal. The same old Spurs- sentiasa bermimpi di siang hari.Kalaulah sehebat itu Dos santos takkan Pep Guardiola coach baru Barcelona melepaskannya dengan begitu mudah. Mungkin die sudah tahu attitude atau tahap kemampuan player tersebut.Ok mari kite bandingkan dengan rakan senegaranya, Carlos Vela.. pemain harapan yang bakal menyinar di Emirates, musim hadapan.

Latar Belakang

Walaupun kedua-duanya merupakan rakan sewarganegara dari bumi Mexico namun mereka mempunyai latarelakang yang berbeza. Vela bukanlah orang senang, sewaktu kecil kehidupannya bersama ibu bapa sangat susah dan terpaksa hidup dengan ancaman banjir dan ribut petir di Quintana Roo daerah CancĂșn. Apabila bakat Carlos mule berjaya dijejak, die berjaya diikat kontrak bersama kelab pertamanya Guadalajara sekaligus dapat memberi hidup baru kepada keluarganya.

Berbeza pula dengan Dos Santos yang hidup senang lenang sejak lahir.Bapanya, Gerardo Dos Santos(gerard versi mexico kut) adalah merupakan seorang player bola sepak professional dan merupakan peneraju sebuah sekolah bola sepak di bandar mewah Monterrey.Bapanya merupakan tulang belakang kepada kariernya dan terpaksa berusaha berkeras2 supaya anaknya dapat menjalani trial di kelab2 tempatan.Die bertuah kerana disambar oleh kelab tempat kelahirannya dan memulakan progress di kelab tersebut sehingga pindah ke Barcelona.

Perangai dan Kemampuan

Carlos Vela disifatkan sebagai seorang muda yang sentiasa merendah diri dan bersyukur dengan apa yang ada.Selepas transformasi dari latarbelakang yang sederhana,hinggalah kepada dunia bintang antrabangsa, die menerima saja peluang yang ada bagi mengembangkan bakat tanpa sebrang demand mentaliti.Secara semulajadinya, die sesuai dengan Arsenal sebagai seorang team palyer, yang kadangkala nak pass bola kat rakan sepasukan walhal berada dalam posisi yang baik untuk shoot(macam Hleb) tapi die punye decision making dalam game akan bertambah baik dari semasa ke semasa di bawah kendalian wenger.Transfer nya adalah sebanyak 2.5M ketika usianya 16 tahun , menyertai Arsenal dan masih banyak yang perlu dibuktikan olehnya.

Giovanni pula pernah dikeritik disebabkan oleh sikapnya yang kurang professioanal dan sering buat perangai lagak ala star. Tapi lagaknya yang seringkali mengutarakan apa di fikiraannya menjadi satu bonus jika coaches itu memahami dang menghargai pandangan seorang pemain. Merupakan seorang player yang berbakat, dia boleh bermain di mana2 posisi serangan dan tengah dengan kelas dan gaya tersendiri. Harganya yang diletakkan 4.5M adalah harga yang dilihat sebagai amat berbaloi.Tapi jika die berjaya mencapai beberapa target harganya mungkin boleh ditingkatkan sehingga 8M.


Rumusan

Secara keseluruhannya, peminat akan memilih player mingikut kelab masing2. Tetapi Vela dilihat lebih mampu berjaya di England dengan attitude yang ditonjolkan. carlos Vela sudah pun mendahului Dos Santos, dipilih menrtai kesebelasan skuad Mexico.Dan yang paling penting sekali apabila dihentam pelbagai tekanan dan saat sukar, mentaliti yang positif dan atittude yang bagus lebih membantu Carlos Vela untuk menghadapainya.

Dipetik dari artikel Young Guns - Carlos Vela V Gio Dos Santos-Battle of the Mexicans's.



0 ulasan: