Selasa, 31 Ogos 2010

Guitar Guns for the Gunners?



Aku tahu anda semua sibuk menantikan berita transfer di deadline day yang bakal berakhir malam nanti. Apa kata kita ceriakan diri seketika sedang Wenger dan Gazidis asyik mengorek tabung ayam. Kali ini aku nak berkongsi tentang lagu intro dan half time buat BPL untuk musim ini.Puas aku mencari lagu apakah ia lalu baru kutemu. Video klip Fire dari Kasabian yang ala2 baik punya cilok ini memaparkan rompakan mengunakan senapang2 gitar bukan kentang yang sempoi2.Adakah ini petanda Gunners bakal mendominasi BPL musim ini? Heheh.. Mungkin ada yang lebih prefer akan lagu tema yang sedia ada tapi bagi aku intro dan half time theme song ni agak catchy, kasi hilang nervous pemain mungkin.Enjoy


Ahad, 29 Ogos 2010

Adakah menjadi pemain terakhir tinggalkan padang memberi kesan terhadap rumors masa depan?

Ini adalah post yang ke 1001. Tidak ku sangka. Terima kasih kepada anda. Ok, Berbalik kepada transfer rumors, Wenger selepas match berkata transfer market umpama sudah mati, tiada pergerakan katanya mungkin kerana pasukan yang memiliki pemain tidak mahu menjual dek kerana peraturan 25 pemain. Itu kata Wenger yang pada aku hanya boleh didengar, percaya ..err..kurangkan. Wenger tidak pernah menjadi desperado dalam market. Itu modus operandi businessnya. Mungkin juga transfer market bukan sekejung yang disangka, Mark Hughes masih belum menurunkan Schwarzer dalam sebarang perlawanan pun musim ini alasan adalah kerana penyakit misteri itu.Tapi selepas match semalam Hughes mengakui Schwarzer begitu sangap untuk bermain untuk Arsenal maka dia melihat option lain. Shay Given kini dalam radar mereka, satu kerbarangkalian yang tinggi kedua2 mereka akan reunite kembali. Hanya dengan cara itu Fulham akan melepaskan pemain Australia.

Mengapa Arsenal sendiri tak angkat Given? Persoalannya adalah City sanggup menjual kepada rival yang boleh menutup peluang mereka ke UCL musim depan. Sudah pasti timbul PHD di situ, perasaan hasad dengki lebih2 lagi ketika Arsenal telah pun 'merompak' 40M dari mereka musim lepas.Jadi secara sembang kedai kopinya mudah, Schwarzer ke Arsenal jika Given ke Fulham. Tapi adakah Arsenal sedia mempunyai sehingga 5 GK.Sudah tentu tidak, Wenger pernah berkata seorang akan dihantar loan dan mungkin antara 2 keeper muda tersebut. Maka siapa pulak yang boleh dikeluarkan dalam baki 2 hari transfer, masih kah ada masa atau lebih penting adakah ada pembeli bagi Almunia dan Fabianski? Ada ura2 dari Tweeter dan blog2 Asenal mengatakan selepas perlawanan menentang Blackburn, Almunia berpatah balik ke arah away crowd dan melemparkan jersey dan armbandnya sebagai tanda penghargaan dan kenangan ,malah adalah orang terakhir yang meninggalkan padang , nampak sebagai tanda selamat tinggal. Hmmmm..namun Eboue jugak pernah melakukan yang sedemikan rupa jadi perkara tersebut tidak berapa boleh diambil pusing tapi kenapa Almunia memilih match ini yang 2 hari lagi nak tamat transfer windows untuk tiba2 buat2 caring touching dengan penyokong Arsenal, mungkin dia mengetahui akan nasibnya...Tunggu dan lihat


Masih Belum Sempurna...

Salam Semua..Hehe..Setelah sekian lama menyepi, gua kembali menyusun jari..menaip sepatah coretan di hati...untuk mengundang pelbagai persepsi...

Bukan niat mengundur diri..sekadar gimik malas nak maki...kepada si-polan yang mulut cam p**i..hehe..
Gua tahu dia iri hati..melihat kelibat blog gua ni..Kalo dah mulut cam p**i..konpem perangai macam b*b*..

Okeh, mari berbicara lagi..pasal perlawanan hari ini..gua tgk banyak lubang di sana-sini..hampir-hampir kita nak seri..

Melihat starting line-up gua dah cuak..Laksana dewa terminum tuak..passing yang sumbang semacam bewak..mainan yoyo kita terbawak..

Sekali lagi rasanya Arsene wenger tersilap percaturan dengan menurunkan Fabregas dan Van Persie yang sepatutnya disub kerna mereka maseh di awang-awangan World Cup dan rata2 aku usyar depa masih belum fit sepenuhnya..Dengan kelibat Fabregas yang bermain semacam heartless, tgh kita td agak pincang sekali-dua..NAH, tiba2 Van Persie pulak injured...itulah yg aku maksudkan perjudian yg salah dari wenger..beliau sepatutnya mengekalkan momentum minggu lepas dengan mengekalkan chamakh dan rosicky dahulu yg mana aku rasa semangat dan prestasi mereka sedang menaik..Tak tau la kan kot2 diorang tak fit..

Ape2pun Walcott dan rambut baru SONG harus dipuji kerana kekentalan mereka mengekalkan momentum prestasi yang menaik stim..Walcott terus membuktikan betapa ruginya Capello menggugurkannya dari squad England pada siri World Cup yg lepas..Dengan 4 bijik goal setakat ini, Walcott diletakkan di dalam senarai top 5 top scorer EPL setakat ini..Aku mmg heran mengapa Capello-Belo memilih Lennon dan Wright-Philip dari Walcott yang versetile dulu..ape2pun, mende dah lepas..SONG yang berambut baru seperti biasa maseh mengekalkan prestasi menaik dan aku sangat bangga dengan corak permainan SONG malam ini..Beliau banyak mengCOVER Laurent yang dilihat agak kurang pra-matang malam ni dgn beberapa silly-mistake dan losing-challenge sewaktu berdepan dgn Diouf..

Ok, cukup pujian di situ..mari kita mengutuk..1st, ape kejadahnya performance Captain Fabregas yang aku nampak mcm semacam longlai n x sungguh2 malam ni..Walaupun reality mmg starting line-up hari ini agak promising, namun mmg aku dah jangka fabregas dan van persie masih belum bleh bagi 100% confident depa dalam game arsenal..Seterusnya mari kita focus kepada Almunia..yah, beliau agak seimbang malam ni namun aku masih x brapa yakin dengan kekentalan dan kamikaze spirit dia..walaupun goal blackburn tu sebenarnya hasil kesalahan Laurent, aku rasa Almunia sebenarnya boleh jadi sepert Hart yang sanggup mempertaruhkan muka, badan dan seluruh anggota badan untuk mengelak pemain lawan dari passing ke tempat lain sewaktu 1by1 dengan keeper..Aku x paham apa yg Almunia coba lakukan td..nak kata dia tutup angle kanan, x nampak pun dia rebah badan cover angle kanan...haihh..risau aku..harap2 masih ada peluang untuk kita menyaksikan kelibat keeper Australia itu menyarung jersi Arsenal..

Oklaaa..gua pun x tau nak tulis apa panjang2..tp yang pastinya, perlawanan hari ini masih menunjukkan yang kita masih belum sempurna...huhuhu..


Sabtu, 28 Ogos 2010

Post Match : Bunuh saka Big Sam

 

Berdebar2 di minit2 akhir tatkala defend kita nampak masih lagi longlai dan bila2 boleh tertangkap.Apapun mengenangkan team Arsenal mengikut mapuan pada ketika ini, 3 mata penuh dari Edwood Park wajar diberi kredit. Belum full gear masih ada beberapa muka dan watak penting yang masih belum full fit terutama Fabreags dan kekadang hilang fokus terutama dibarisan belakang Clichy, Mael dan Kos.Namun dengan Walcott yang tengah on form , sedikit memberi kelegaan, jaring sampai rabak dibuatnya.Sekali lagi smart teamwork, smart team goal. Assist yang cantik dari RVP. Selepas itu , bantuan kerja keras Sagna yang tidak membiarkan bola keluar memberi gerakan terhadap gol Arshavin.

Positifnya ialah mereka bermain fizikal, kita tidak termakan dengan taktik kotor Big Sam dan terus bermain dengan cara sendiri control game pass sana sini dan sesekali juga memberi saingan fizikal melalui Diaby dan Song.Lawa rambut tapi gua tak berapa berkenan mengingatkan pada Abel Xavier.Wilshere pada satu scene turut sempat menunjukkan kecik bukan sebarang kecik apabila berjaya mengasak Samba yang 2 kali sizenya. Antara yang negatif adalah kecederaan lutut yang dialami oleh RVP memaksa dia dikeluarkan diganti oleh Chamakh. Chamakh juga masih dalam proses menyesuaikan diri dan game2 bertemu pasukan seperti Blackburn ini sedikit sebanyak memberi erti apa itu BPL.- Sepertimana juga pelajaran yang dipelajari oleh Koscielny malam tadi dari si Diouf. Berbaliik pada kecederaan tadi, moga2 tiada yang buruk buat RVP.Walaupun transfer masih terbuka aku tak nampak yang Wenger akan keluar mencari seorang lagi striker jika malang terus menimpa ke atas RVP.DenganBendi out, segalanya mungkin dibahu Chamakh, Arshavin Walcott atau juga peluang buat Vela.

Fabregas on off dan on semula pada separuh masa kedua sebelum dikeluarkan. Rosicky masuk tapi impak ketika bertemu Liverpool dan Blackpool kurang dijelmakan semula. Mungkin kerana pendekatan Blackburn yang menutup ketat ruang Fabregas diteruskan ke atas penggantinya. Kapten Jack pula pastinya kecewa gagal menyudahkan peluang ketika Capello sedang asyik menonton aksi. Berita dia tidak disenaraikan pastinya membuatkan pemain England ini berkobar2 nak buktikan kemampuannya tapi sayang tergelincir di depan pintu gol.Namun ada baiknya dia tidak disenaraikan bersama skuad utama kata Wenger kerana jika bermain dengan U21 dia lebih banyak mendapat peluang daripada si Psiko.

Pertahanan setiap kali set pices, corner atau lontaran ke dalam Padersen gua memang tak boleh duduk tenang.Resah dan gelisah. Mungkin kehadiran orang lama dan kepala seperti Squillaci nanti yang lebih berpengalaman dapat kasi cool down sedikit member2. Antara keempat2 defend, Clichy dilihat malam ini agak gugup beberapa kali terperangkap selain gol Blackburn kelihatan komunikasi dengan Almunia seperti tiada line di situ, tiada coverage mungkin.Adakah faktor kerana kurang track back dan bantuan cover dari sebelah kiri yakni Arshavin? Itu perlu dianalisis semula. Jika 4-3-3 macam taktik berani mati,lupa diri, serang serang serang dan terus serang sehingga bagaikan 'kera di hutan disusukan, anak di rumah main playstation(Gaya Karam Sing Walia)  tapi lupa untuk bertahan,  Wenger perlu lihat kembali pada option asas 4-4-2 degnan lambakan pemain tengah dalam kem kita sekarang yang mungkin boleh kasi keseimbangan antara pertahanan dan serangan.

Malam ini 3 mata. Ini secara tak langsung boleh menambahkan konfiden untuk match2 away yang pakai saka seperti Stoke dan Bolton. Sebelum sepak mula kita dapat  tahu kita ada 'date' dengan Spuds dalam carling Cup. Orang tu pun dah main champions league, kita tengok mana satu keutamaan diorang sekarang berdasarkan skuad yang akan diturunkan. Poning la kepala ekau, padan muko baru nak raso! haha,,


Jumaat, 27 Ogos 2010

Arsenal diundi kumpulan H, Eduardo kembali.


I look forward to play in the Champions League. I don't want to play against Arsenal.
Itu adalah antara pesanan terakhir Eduardo Da Silva sebelum meninggalkan Arsenal bagi meneruskan kerjayanya ke Shaktar Donetsk. Dan itulah sebabnya dunia bola sepak ini menarik apabila ketentuan2 ini ditakdirkan.Nampaknya apa yang tidak dihajati Dudu menjadi kenyataan dan Emirates pasti bergegar menyambut kepulangannya. Aku harap dia tunjukkan 100% profesionalisme dan aku tak kisah jika dia score hat-trick sekalipun ke atas Arsenal asalkan dapat melihat aksi2  perlawanan yang menghiburkan.3 game untuk Shaktar dia dah score 2 bijik. Sentuhan bisanya di Zagreb perlahan2 dirungkai semula.Dan gayanya tetap selamba setiap kali lepas menjaringkan gol.sempoi.



Selain Shaktar 2 lagi pasukan yag diundi bersama Arsenal dalam kumpulan H bukan calang2.Dengar atas kertas nama tidaklah termasuk dalam golongan elite tetapi faktor travel jauh mungkin memainkan kesan penting bagi Arsenal. Pasukan yang mengejutkan rakan2 lama Squaillaci Sevilla , dari Protugal Sporting Braga manakala satu lagi dari rantau balkan, dari Serbia , Partizan.Belgrade.

Menjelang pertemuan menentang Blackburn esok malam, Wenger mengingatkan para ref terlebih dahulu bagi perhatian lebih serta 'respect the rules'. Sebab apa? dia tidak mahu perkara musim lepas berulang macam mana Fabianski ditolak dikepit dan diremuk sampai aku rasa boleh masuk garisan gol oleh pemain2 Blackburn masa set pieces.Tak dapat chance langsung untuk fabianski challenge bola yang akhirnya Arsenal tumpas 2-1.Tak mengejutkan fabianski menjadi kambing hitam, sudah tertulis nasibnya begitu. Wenger menyelar taktik permainan ala ragbi , tapi dia tidak pula menolak corak fizikal dan body contact yang tidak melampau jadi jangan salah sangka bajet Wenger ni lembik dan terlalu manja.Tapi itulah yang bakal diserang oleh media2 anti Arsenal, cry babies , lembik, manja dan budak2. Kehadiran Squaillaci, Camak Koscielny menunjukkan Wenger masih serius dalam persaingan musim ini. Walaupun Kos paling muda antara ketiga mereka 24 tahun tetapi kehadiran Laci dianngap sebagai mampu memberi kesimbangan.Kedua2 pemain yang mempunyai kaitan kuat dengan France telah menggantikan duo France dalam Gallas dan Silvestre.

Biarpun belum ada pengunguman rasmi mengenai Squillaci, tapi aku percaya hanya menuggu masa yang tak lama.signing Terakhir? mungkin tetapi Wenger tidak menafikan sebarang kemungkinan untuk membawa seorang lagi masuk. Macam jualan raya , tunggu last2 minit mungkin boleh dapat murah-taktik Wenger.


Khamis, 26 Ogos 2010

Laci di'kunci'

Kompom . link. berita selanjutnya menyusul..

"We needed a centre-back of quality and experience if possible, and at the right price - he was all of that.

"He is a real defender and is good in the one against one, good in the air, and can score goals on set-pieces as well.

"I believe he will be suited to the English game.

"He will train with us tomorrow morning, but will not be involved on Saturday."


Isnin, 23 Ogos 2010

Walcott..CF or RW (4-4-2 or 4-3-3)??


Assalamualaikumdan salam sejahtera buat smua fellow Gunners..pa habaq smua..harap smua sehat2 la selalu..masih dalam keadaan kekenyangan setelah berbuka puasa dengan lauk pauk dan kuih muih serta santapan lain..ape kata kita bincang kan isu hangat yang saudara GNR canang-canang kan..bukan politik dalaman Arsenalaysia ye wahai pembaca yang di sayangi..hehe..pasal bolasepak, arsenal dan walcott..kita alihkan dulu pasal politik dalaman dan emosi..kita fokuskan ke padang..

Seperti tertulis kat title post ni..ada nama walcott..CF, RW dan formation yang biasa kita pakai..kepada smua pembaca yang masih baru dalam dunia bolasepak ni..nombor 442 dan 433 ni adalah formasi team atas padang atau posisi player..bukan sebarang nombor..salah guna nombor..kena balun bai..berbijik2 lepas gol..dalam temuramah tebaru dengan AW..beliau duk puji2 walcott dengan agak tinggi..mau tak tinggi..hatrick bai..jarang kita dapat saksikan..so persoalan nye..adakah walcott sudah bersedia kembali ke objektif asal beliau untuk bermain sebagai CF berbanding RW yang biasa diletakkan AW..bg Jogho..walcott boleh di letakkan sebagai CF depends on what formation we use..

Kita start dengan formation 442..typical modern football formation bg Jogho formation 442 ni..sedikit tactical info..tentang formasi ini..kita start dengan back 4 dengan dua CB dan dua FB(fullback..bukan facebook)..macam biasa..FB ni akan conquer wide area dengan defending job di beri keutamaan dan ovelapping sekali sekala..CB plak macam biasa..defend je manjang selain naik ke kotak penalti lawan masa set piece..maklum la..biasa nye CB ni header power2..
seterus nye 4 orang midfield..dengan dua di tengah2 dan dua lagi di wide area..bagi formasi 442 ini..midfield lah yang paling penat..paling banyak tugas..kena attack dan cover defending..so biasanye..akan ada sorang akan jadi holding midfield..untuk cover degend..player kita skarang ialah Song..cukup baik menjalankan tugas..dan lagi sorang plamaker untuk attack..sape lagi..Cesc Fabregas la..di bahagian kiri dan kanan padang..biasa nye coach akan guna pure winger..laju boleh drible dan crossing bagus..tapi di arsenal..AW kurang menggemari winger..sepanjang Jogho ingat..abg Ljungberg sorang je la yang boleh di anggap pure wingger..lain2 smua player yang main posisi tengah di letakkan di wide area..itu cara AW..dan di bahagian serangan..dua orang striker..bg Jogho..lebih suka dua orang striker ini yang berlainan cara permainan..sorang target man kena ada...target man ni biasa nye sorang yang physical kuat..boleh hold bola..play flick or one two passes selain dari header yang bagus..contoh target man yang bagus..Drogba la..dan rising star Andy Caroll..dan kita telah mendapat khidmat target man baru iaitu Chamakh..ada ciri2 potensi besar..so striking partner target man ni la yang Jogho nak sentuh..bolehkah walcott bermain di posisi itu..

Bagi Jogho..smua pon boleh berlaku kalau kena cara nye..posisi ni sesuai untuk dua jenis cara permainan striker..pertama nye..poacher..ni traditional striker..tugas dia..score gol je..contoh terbaik..Nistelroy..Trezeguet..dan ramai lagi..tapi di arsenal..kita baru saje kehilangan poacher yang agak bagus iaitu Eduardo..perfect poacher beliau ni sebnar nye..tapi form nye merudum setelah kecederaan tragic nye..beliau boleh finish bola..drible.. first touch bagus..tu ciri2 poaher..lagi satu jenis permainan striker ada lah..pacey one..ni la walcott..dan ini boleh di lakukan dengan kehadiran target man unutk umpanan larian2 laju dari beliau..sebab tu Jogho rasa tak mustahil..game menentang blackpool..kita dah boleh nampak Walcott start dari kanan..tapi berbanding season lepas..season ni dia lebih masuk ke tgh kotak penalti berbanding cuba crossing untuk teamate lain..so sudah ada ciri2 striker..so pendapat Jogho..boleh di lakukan..cuma perlahan2..beliau pon ada berkata..dia tak kesah main kat posisi mana2..asalkan dia boleh main yang terbaik..maybe secara perlahan..dia boleh menjadi star di posisi CF

Kita terus ke formation 433..biasa kita lihat di emirates formation ni..start dengan back 4 seperti biasa..sorang holding midfield dan dua orang midfiel untuk support attac dan passing2 cari lobang..3 dia bahagian serangan biasa nye player yang boleh bermain top striker..sekali lagi..walcott boleh berada ditengah2 serangan..tapi formasi ini player foward akan berslilih ganti..so tidak tetap posisi asal..so sedia maklum..walcott boleh bermain di mana2 posisi kanan atau tengah serangan..cuma di formasi ini..beliau terpaksa bertukar2.itu lah yang membeza kan antara kedua2 formation ini..kalau lebih training finishing dan hold bola..Jogho percaya..walcott boleh bermain di mana2 posisi skali pon..terutama nya CF..tida rugi jika sesorang player itu verstail...boleh digunakan di mana2 posisi..penting jika injury list yang ramai..pendek kata..walcott boleh..insyaallah jika ada usaha dan tunjuk ajar yang betul..beliau boleh mengikut jejak langkah idola beliau TH14..masih banyak yang boleh dipamerkan beliau di umur muda sebegini..insyaallah..

Come on Gunners.....


Squillaci jalani medical di London

Diberitakan Sebastien Squillaci mengambil MC dari kelabnya Sevilla tidak menjalani latihan kerana diterbangkan khas ke London untuk menjalani pemeriksaan perubatan bersama Arsenal.Signing terbaru pemain Perancis berusia 30 tahun ini difahamkan bernilai 8M. Mari kita bersama menunggu keputusan medical tersebut.

P/S: Berbuka puasa bersama laici kang.


Sebastien Squillaci is a Gooner...??


Assalamualaikumdan salam sejahtera buat smua fellow Gunners..dah agak lama Jogho tak nukilkan sesuatu dalam blog Arsenalaysia tersayang ni..pagi ni rasa nak menukil sblum pegi menjalankan tugas Jogho..sempat membaca berita terbaru Arsenal kesayangan kita..

Bukak2 internet..khabar gembira terpampang di browser FireFox Jogho..walupon sudah di sangka ini akan berlaku..lega jugak la dah dapat 90% pengesahan yang kita bakal menambah player dalam squad kita..Yaa..Sebastien Squillaci(nama timangan laci) telah travel ke london untuk medical checkup dengan Arsenal..walupon Arsenal.com belum ada ape2 berita..tapi laman web rasmi Sevilla telah pun announce yang Laci telah pon travel untuk medical checkup..ada laman web berita bolasepak tulis harga 6.5 million pound..tp biasa nya..Arsenal takkan bgtau berapa harga sorang player yang di beli..

So..berita gumbira di pagi bulan baik ini..kita menambah lagi sorang player..untuk menambah kekuatan Defence kita..sedikit info tentang abg laci..Berumur 30 tahun ni..berasal dari france( who care from where as long as he is good)..hehe..nak harapkan player england yang over price overated..baik tak yah..Abg Laci kita ni mmg salah sorang defend france yang Jogho rate dari 5 tahun lepas..Beliau start carrer bermula di kelab bernama Toulon kemudian berhijrah ke Monaco..setelah frust apabila manager monaco masa tu Didier Dechamps blah..beliau pon turut blah ke kelab yang lebih besr iaitu Lyon..season debut di Lyon belaiu merupakan watak penting bg Lyon menjuarai Ligue 1 back to back..

Lepas tu..munucl gergasi spain yang usha2 beliau..upgrade ke liga yang lebih kompetetif ke Sepanyol BBVA League...selama dua tahun beliau di spanyol..beliau merupakan antara watak penting apabila Sevilla memenangi Copa del rey..kira macam FA cup EPL la..tak lupa juga..semasa di Monaco..beliau juga menjadi finalist champions league...yeaaahh..finalist champions league..sikit je lg nak menang..rezeki tak ada...

So tahun 2010 ini..beliau akan sign bersama Arsenal..full of experience..club dan international dengan 20 cap bersama France..Abg LAci ni adalah seangkatan dengan CB blackburn skarang ni Gael Givet..tp Abg LAci nampak lebih berjaya dalam career apabila mewakili kelab2 lebih besar berbanding Blackburn..ape2 pon..harapan Gooners smua agar Abg Laci akan menjadi jalan penyelsaian masalah defend Arsenal..menurut pandangan ramai..Abg Laci ni merupakan traditional CB..hard man..attitude yang baik..Model Profesional la boleh dikatakan..tinggi beliau pon boleh tahan..header antara yang baik..so dengan harapan tulus ikhlas beliau dapat membeeri inspirasi kita yang baru..Welcome To Emirates Abg Laci..Come on Gunners..

P/S: Pulang lah wahai Kesuma Dewa @ Hadee sempena bulan baik ini..hehe..nak bangga sket..1st time fantasy football arsenalaysia Jogho top..huhu..teruskan saingan Gooners..


Epilog khas buat Kesuma Dewa @ Hadee

Wahai teman segoonerku yang tidak memakai ubat guna2,Walaupun mereka dan lu sendiri rasa sebagai watak antagonis, bad boy, pembangkang, pengkritik tetap @ adlin aman ramli @ Simon Cowell, percayalah masih ada di luar sana yang mendambakan hasil keyboard lu. Gua sendiri bagai rasa kehilangan dan penerbangan Boeing ini tidak lagi seimbang dengan kenderaan berat di sebelah kiri selain terasa bagai kepatahan sayap.Lu masih dihargai dan pintu tidak pernah tertutup walaupun pintu transfer dah semakin tiba di penghujungnya.Gua tau sekeras sepedas manapun kritisanmu yang hanyalah klise dan konotatif semata2 bagi meLina Hangatkan suasana, jauh di sudut jiwa lu, dalam hati ada taman..yang penuh dengan bunga2 Arsenal dan kumbang Wenger. Lu sayang Arsenal seperti mana semua yang ada di sini.. Jadi Kesuma, gua tau lu akan terus berkarya..


Sesi Letak Pena

Hoho..baru mula musim, baru aku nak cari ideologi baru untuk tukar concept arsenalaysia yg semedang memuji, semedang mengeluarkan kata2 indah, semedang penulisan yg kemas, dah ada mcm2 komen.

Walhal, dah dekat 2 tahun lebih penubuhan blog ni, aku tulis macam biase je. tp bile lame dah tinggai, ada pulak fan2 yg kononnyer support arsenal giles babas. org nk nk tukar concept salah. kritik wenger salah (wenger bapak tiri die kot) pun salah. n latest, ade pulak guru bahasa check spelling, grammar n penulisan aku.

aduh, kalo lu orang semua nak blog ini menjadi formal, bukan blog la namenyer..aku xtau la umo hngpa2 yg dok komen aku ni brapa puluh juta tahun sampai kata penulisan aku x matang ler, hape le..gua just mau happy go lucky plus creating a new concept for arsenalaysia.blogspot contents.

But unfortunately, it seem like people in Malaysia still cannot adapt, think and accept somethin new in other point of view.alamak, cakap bi pun bahaye lak. satgi ade lak yg tolong check grammar n spelling aku. Oklaa, mulei harini, kite dengar saje kate2 manis dan penulisan yg kemas. mane la nak tau kan, kot2 wenger terbaca blog ni.

Okies, akhir kalam,
x semua org ade mase nak menulis n tak guna kita menulis menda yang dah tertulis. Kalau semua movie bermula dan berakhir tanpa sebarang konflik, lakukah GSC mahupun TGV. haha.
lu org pk la sendiri. gua dah malas mau tulis. buat yg minat menulis, sila hantarkan resume anda ke GnR.

sekian..wassalam....


Ahad, 22 Ogos 2010

Post Match : Teori Walcott



6-0 Walcott run riot. Aku mengakui sebelum2 ni aku antara yang selalu mengkritiknya kaki lebih laju dari otak dan malam tadi Walcott telah membuktikan teori 'kepantasan keduanya2 mampu diselaraskan' dengan persembahan yang penuh tajam, mantap dan asetnya diperguna semaksima mungkin bagi mengkucar kacirkan defend Blackpool dan membuka ruang.Syabas Walcott. Jika konsistensi dapat dibina dan momentum diteruskan, pastinya lebih bagus lagi.Apa2 pun gol pertama itu  memang class, Gol pasukan!!

Tidak keterlaluan aku katakan bahawa setelah Blackpool tinggal 10 orang di atas padang, perlawanan tersebut bagai menjadi match latihan buat Arsenal dan peluang untuk pemain2 diberi masa mengembalikan match fitness. Itulah sebabnya kita nampak skill2 yang menarik dan jarang dibuat orang seperti skill Mat Lob Vela dan tidak ketinggalan skill drop goal Chamakh. Boleh aku katakan, kalau kedudukan pada ketika itu kita ketinggalan atau masih buntu mencari jaringan, Chamakh akan diperkambing hitamkan dengan hebat. Tapi pada aku, aku tak begitu terkejut.Dia bukan seorang Eduardo. Kerana sebaik sahaja Arsenal menandatangani Marwan, aku tahu Wenger bukan pergi untuk seorang yang mampu menjaringkan banyak gol dan ketika di Perancis sekalipun rekodnya tidak begitu prolific di hadapan gawang, tapi Wenger ingin memnggunakan kelebihan Marwan sebagai aset fizikal, target man, team player yang boleh hold bola di atas sementara menunggu kehadiran rakan2 lain, kaki panajang dan larian2 yang mampu menarik defensive lawan keluar dari posisi membuka ruang pada rakan sepasukan lain.Itulah kelebihan teamwork yang ada pada Si Marwan Chamakh. Sayang dia mungkin boleh hat-trick tapi sumbangannya paling besar malam tadi adalah lariannya yang mendapatkan foul dan kad merah pada pemain Blackpool. Namun begitu, cara dia mendapatkan gol dengan tandukan tersebut juga bagus dan pasti menjadi kelegaan dan hadiah bagi kerja kerasnya malam tadi, Aku percaya, dari segi finishing, banyak lagi yang mampu dipelajari daripada RVP ketika sesi latihan nanti.

Menganai kepulangan kedua2 world cup finalist Fabregas dan RVP mereka masih lagi nampak belum sepenuhnya cergas tapi ia hanya berkaitan isu masa. Jangan bimbang, kurang sebulan lagi  mereka mungkin akan dapat mencapai tahap yang diharapkan cuma ada kebimbangan dari segi kecederaan terutama RVP. Selain itu pemain yang terkenal dengan rekod kecederaan, Thomas Rosicky juga menunjukkan dia bakal menjadi orang penting bukan sahaja dalam dressing room tetapi juga di atas padang. Dengan persembahan memberangsangkan ,impact player ketika bertemu Liverpool, Rosicky terus tidak pandang ke belakang .Persembahannya malam tadi sebagai arkitek utama memang sempoi. Setelah ketiadaan Nasri, dan half fit Fabregas, Rosicky adalah senjata kreatif yang kita ada. Jadi semakin ramai yang boleh diharapkan semakin bagus untuk Arsenal. Paling membanggakan, dia mampu menghabiskan 90 minit perlawanan begitu juga dengan kapten Jack kita. Ada yang kata dia belum bersedia ,ada yang kata kehadirannya tiada sumbangan. Mungkin benar dia belum bersedia tetapi sebenarnya pendedahan yang diterima diambil dengan cukup baik. Setiap kali terlepas bola ada kesungguhan untuk merampas balik, ada niat untuk track back walaupun tidak banyak yang perlu dilakukannya untuk membantu Clichy malam tadi. Environment pembelajarannya dah betul malam tadi. Understudy kepada kekreatifan Rosicky manakala dilindungi Abang Diaby.

Pertahanan? tak banyak yang boleh diperkatakan kerana Blackpool kadang kala saja mengacah2 Almunia. Song kelihatan slumber di bahagian CB dan pada satu ketika nampak bosan jadi ingin membantu di bahagian atas.Sagna cover dengan cukup baik ada sesekali lariannya dari sebelah padang menutup ruang lawan membuat counter attack. Cuma kita perlu lebih menumpukan pada masalah asal iaitu meng'handle' crossing, itulah sebabnya Wenger tidak dapat lari dari menafikan kita masih lagi sedang dalam proses mencari signing yang boleh memberi command kepada bahagian pertahanan. Satu lagi aspek yang menarik untuk diperbincangkan adalah possession Arsenal. Pada satu ketika Arsenal mendominasi perlawanan dengan short pass dan attractive football sampailah ke dalam kotak penalti pun mereka masih pass pass dan terus pass ,segan menarik picu . Persoalan dari pengulas, adakah Arsenal ini overpass?

Mungkin, mungkin juga kerana terlalu asyik dengan falsafah Wenger ball pemain kita terlalu hendak mencari 'the perfect goal'  dan terlupa menggunakan kebolehan semulajadi yang dimiliki masing2. Itulah yang dilihat berlaku pada segelintir seperti Rosciky contohnya, terkenal dengan sepakan padu maut tetapi sudah lama aku merindui agar dia lebih berani.Walaupun semalam ada sesekali percubaannya ke laut. Vela juga pada satu ketika mempunyai peluang merembat tapi memilih untuk pass ke tengah. Dan biasanya aku nampak pemain2 yang lapar/'hunger' ni adalah pemian2 yang sering dikritik seperti Denilson dan Diaby yang selalu jugak la nak try dari jarak jauh bagi membuktikan mereka tidaklah seteruk yang disangka.Itu hanyalah pandangan peribadi.

Orang mungkin kata hanya Blackpool.Tapi kita memerlukan kemenangan ini untuk keyakinan moral dan momentum. Permulaan baik untuk merasmikan pembukaan musim di rumah sendiri. Selepas ini Blackburn. Liverpool-Blackpool-Blackburn..Bunyinya bagai saling berkait.

Agi idup agi mengGunners!


Sabtu, 21 Ogos 2010

BENCINTA GALLAS?




JIka Gallas menyeberangi Emirates Stadium ke WHL yang dilihat semakin pasti, satu saja pesanan aku, Benci Spurs, biarkan Gallas. Mengapa kita tidak harus terikut2 dengan perangai mengutuk dan mengkeji pemain terutama yang pernah bersama berjuang dengan kita? Jawapannya mudah kerana kita bukan Spuds dan Gallas bukan Adebayor. Jangan kita rendahkan mentaliti kita setaraf dengan jiran yang tak sedar diri tersebut memburukkan mencerca dan memaki Sol Campbell setelah dia melakukan penghijrahan popular pada era itu.Kita adalah Arsenal dan para penyokong Arsenal pada aku, aku yakin mempunyai class tersendiri. Pada Spurs pula mereka mungkin merasakan  'kejayaan' mereka mendapat Gallas ini seperti kejayaan membalas dendam seperti mana kes Campbell dulu, maaf, tidak berlaku. Kita berjaya mendapatkan Campbell secara percuma pada ketika musim kemuncaknya dan kita telah menggunakannya semaksimum yang mungkin. Gallas pula biarpun juga secara percuma tetapi mungkin agak terlewat bagi mereka merasai 100% kudrat pemain France, lebih2 lagi dengan masalah kecederaan yang membelenggunya saban musim. Bukan nak menyedapkan hati tapi itulah realiti. Namun aku tidak boleh menafikan, good signing bagi siapa sahaja yang mendapatkannya.


Wenger pernah bagitau bahawa dia inginkan Gallas stay tapi usaha Wenger adakah bersungguh2? Jika Wenger rasa kepentingan Gallas pastinya kontrak telah diikat seawal yang mungkin dan tidak membiarkan rundingan tertangguh2 sehingga akhirnya Gallas memilih untuk tidak lagi bersama.Pada situasi ini pada aku Wenger berasa seperti ' kalau sign bagus, kalau tak dapat pun it's ok, tidak mengapa, kita fokus pada option lain'. Tiada keseriusan di situ untuk mengekalkannya seperti mana Wenger kata beliau selalu cuba untuk mengekalkan pemain terbaik seperti kes Fabregas. Maksud aku di sini bukan kerana Wenger pilih kasih, tetapi Wenger rasa inilah masanya, dan perlu untuk membiarkan Gallas dengan emosi dirinya serta bagi menghoramati Gallas Wenger tidak akan lagi menjadi penghalang pada masa depannya.Wenger mengakui betapa pemecatan Gallas merupakan antara keputusan sukar yang dilakukan dalam kerjayanya dan dia rasa terhutang dengan reaksi Gallas yang membalas dengan cukup profesional, fokus dan komited.Gallas adalah seorang fighter tetapi kepalanya tidak sekapal dengan kebanyakan pemain yang berada dalam bilik persalinan.Itulah sebabnya pemisahan Gallas ini menjadikan Arsenal lebih senada dengan cogankatanyVictoria Concordia Crescit yang membawa erti 'Kejayaan lahir dari keharmonian'. 


Episod Gallas di Arsenal telah berakhir, banyak pasang surut dan boleh diakui lebih banyak kontroversi yang dipotretkan media. Dia tiada pilihan sudah puas mencari majikan akhirnya dia masih kekal di Utara London tetapi bersama Spuds. Dia hanya nak main dan biarkan dia main.Terima kasih atas kesediaan berjuang bersama Arsenal 4 musim ini. Aku tak berhasrat mengucapkan selamat maju jaya padanya di WHL tapi aku mengharapkan selamat dari segi kemanusiaann. Jumpa di NLD dan pada ketika itu aku harapkan semangat melawannya tidak pernah kurang walaupuan  0.1%. Kerana ia pasti akan menyemarakkan lagi emosi menjadikan NLD yang lebih ditunggu2 November ini...





Mari Main Pool

Yah, malam ini bakal menyaksikan Arsenal akan menentang BlackPOOL di gelanggang sendiri..Umum sedia maklum BlackPOOL atau nama manjanya, Gagak Itam sudah mempunyai reputasi yang sangat tinggi ketika menentang WeeGanAS minggu lepas..Kemenangan 4-0 di tempat lawan sudah cukup untuk membuatkan anak buah Wenger Hunger malam ni berhati2..Dengan ketiadaan Nasri yg cedera n Laurent yg dilayangkan angpow minggu lepas, apalah barisan percubaan Arsenal hari ini.

Wenger seperti biasa masih dibelengu transfer rumours..lepas sorang, sorang..akan tetapi aku rasa akan berlaku seperti musim2 lepas yang mana last minute, sorang pun xde di-sign..huhu..Dengan reputasi Almengelamunia minggu lepas, Wenger seakan-akan masih menunggu samada mahu menandatangani cek pembelian keeper lain atau tak. Ape2pun, korang jgnlaa berharapa sangat..MMG team yg ade skank akan kekal sampai tranfers window tamat..

Oklaa..Dgn sekembalinya Jozan & Song, aku dpt predict team malam ni akan seperti berikut.
1) Almunia
2) Vermaelen
3) Jozan
4) Clichy
5) Sagna
6)Rosicky
7) Song
8) Arshavin
9) Eboue
10) Chamakh
11)Diaby

Sub : Fabregas, Fabianski, Vela, Walcott, Gibbs, Wilsehere, RVP


Jumaat, 20 Ogos 2010

Frimpong : Harapan tinggal harapan

6-9 bulan.Itulah tempoh masa untuk kita kembali menyaksikan bakat pemain muda Ghana Frimpong. Baru disebut2 nak menyinar musim ini alih2 mengalami kecederaaan ligamen lutut ketika latihan. Satu lagi tamparan selepas Arsenal baru sahaja kehilangan Samir Nasri. Lain2 berita kelegaaan ialah kepulangan Jozan, Song, gabregas dan Denilson namun begitu Denilson yang tak beraksi sepanjang pra musim terpaksa melali pemerhatian yang lebih manakala pemain lain lebih kepada soal fitness termasuk Diaby dan RVP.


Khamis, 19 Ogos 2010

Nama siapa ada dalam LACI Wenger?

Biasanya bila penyokong Arsenal demand signing, entah dari mana Wenger akan keluarkan dari 'magic hat' nya. Seperti yang kita ketahui dia amat berahsia tentang sebarang target dan kerja2 Gazidis. Tapi mungkin kali ini Wenger terlupa untuk mengunci lacinya apabila jika boleh dipercayai, nama pemain pertahanan kebangsaan Perancis yang kini bermain dengan kelab Sevilla Sebastien Squillaci memenuhi ruang gosip di internet. Malah ia dilaporkan sendiri oleh media France yang boleh diyakini, Canal. Dan Arsenalaysia boleh mengesahkan Arsenal benar2 serius untuk mendapatkan pemain berusia 30 tahun ni kerana dah terpampang di laman web rasmi Sevilla.

Bahasa ibunda Fabregas, jadi apabila aku google translatekan memang sebijik apa yang di quote oleh media2 tapi  bila dialih bahasa kepada Bahasa Melayu melalui google.Ini yang akan anda dapat:

Arsenal HAS DITAWARKAN OLEH Squillaci, yang meminta untuk tidak bermain melawan Sporting BragaKamis, 19 Ogos 2010
IklanTechno dimediasi
Sebastien Squillaci mempunyai masa depan di udara. Ini diakui di luar mikrofon, timbalan sukan umum, Ramón Rodríguez Verdejo Monchi, yang mengatakan di lapangan terbang di Oporto bahawa Kelab tawaran dari Arsenal dan pemain sendiri berkata sebelum pertemuan teknikal tidak boleh bermain.

Hahah apa jua ayat pun, maksud yang hendak disampaikan tetap sama. Wenger sedang mencari paling kurang seorang lagi CB bagi melengkapkan kuota( selain Nordveit). Nordveit pula dalam perkiraan Wenger sama ada hendak diberi peluang atau dihantar sekali lagi menjalani peminjaman. Sayang kerana Nordveit nampak promising dan mungkin boleh memberi cover di RB ,CB mahupun DM dalam carling cup.Tapi jika kehadiran pemain baru, agak sukar untuk melihat Nordveit memecah masuk pilihan utama jadi loan adalah jalan yang terbaik bagi kedua2 Arsenal dan pemain itu sendiri. Kembali pada rahsia didalam laci tentang Squillaci, bagaimana pendapat anda? adakah ia partner bagi Mael ataupun sekadar back up menggantikan tempat Silvestre dan Campbell sebagai kuda tua.30 tahun tidak lah tua sangat, umur matang bagi CB, berpengalaman antarabangsa, watak penting ketika  fairy tale  Champions league Monaco ,road to final 2003/2004 di mana dia menjaringkan salah satu dari 2 away gol di Bernebau membantu Moncao ke separuh akhir.Harganya dianggarkan 8M.seorang perkerja yang baik tidak pernah bising jika tidak diturunkan mengikut apa yang didengari.. Apapun jika Wenger serious, pasti ada sesuatu yang Wenger nampak padanya.kalau benar, harap dia dapat memberi saingan positif pada Mael, Jozan, Kos dan rakan2 lain.

Lumrah hidup, ada yang masuk, ada juga yang keluar.Armand Traore mungkin akan ke Benfica dengan negotiation sedang berlangsung, Difahamkan Arsenal meletakkan harga 3.2M.Traore yang pernah dipinjamkan semusim bersama Pompey gua rasa lebih efektif ketika overlap tapi agak gugup dan tak tahan dek tekanan ketika di asak di bahagian fullback.Dengan Gibbs kini telah memintas senarai pilihan di belakang Clichy, Traore mungkin terpaksa mencari alternatif lain untuk terus mengembangkan kerjaya.Tapi aku terpikir jugak kalau kedua2 Clichy dan Gibbs diangkut ambulans apa jadi nanti.Seorang lagi bakat muda yang gua rasa sayang kalau Arsenal lepaskan adalah englishman Jay Simpson.. Fizikalnya mengingatkan aku pada mendiang David Rocastle dan Arsenal sedang menanti2 penyerang English yang hebat selepas era Smih dan Wright. Tapi yang tak berapa enak didengar adalah kelab yang ingin memilikinya adalah Hull City. Apa hal? takde hal lah selagi mereka beraksi di Championship. 


Rabu, 18 Ogos 2010

Aduh Samir..

Terlebih dahulu, jika anda meminati Young Guns, semestinya anda juga meminati Young Boys! Tahniah!

Ok, berbalik pula pada kelab yang disayangi, menjelang pertemuan menentang Blackpool Sabtu ini, Arsenal menerima tamparan hebat apabila belum sampai 2 match lagi salah seorang pemain utama Samir Nasri terpaksa diketepikan skurang2nya sebulan bagi menjalani pembedahan kecil pada lutut. Kecederaan 'minor' itu dikatakan dialami ketika menentang Liverpool. Arghhh tidak........mengapa ia sangat 'astro'?? Kecederaan seringkali berulang tayang di kem Arsenal. Sudah tu pula pada pemain2 utama.Nasri merupakan antara pemain paling menyerlah sepanjang pra musim dan memberi persembahan baik ketika bertemu Liverpool selain Rosicky ketika rakan2 lain di bahagian tengah beraksi di bawah par.Belum sempat kita merasai kemuncak Nasri nikmat tersebut telah ditarik balik. Situasi sama yang berlaku pada RVP di mana setiap kali on form, ada saja kecederaan timbul paling jelas ketika internationaleleh.Itulah pentingnya squad depth kerana di Arsenal kita jarang mendapat skuad yang fully fit.

Sabtu ini perlawanan penting ni, bertemu Blackpool yang bukan calang2. Awal2 newcomer ni dah menunjukkan belang membelasah Wigan 4 bijik tanpa balas.Tanpa Nasri kita ada option lain.Namun Kapten Fabregas juga masih belum diketahui nasib selepas mengalami chest infection..Ahad lalu, Song Denilson masing2 tak fit, hanya Diaby yang available itupun hanya dapat tamatkan sejam suku aksi. Ini meninggalkan Wenger dengan pilihan yang mudah melihat pada persembahan Rosicky, dia layak untuk mendapat starting role, ada atau tiada Fabregas. Nasib baik boleh kaw tim lagi kerana berlaku di bahagian tengah di mana kita mempunyai ramai backup termasuk bakat2 muda seperti Frimpong dan Wilshere, tapi kalau berlaku kat pertahanan siapa nak jawab. Koscielny digantung 1 perlawanan, desas desus mengatakan Alex Song akan mengambil tempat tersebut berpasangan dengan Mael tapi Jozan mungkin sempat recover dan akan cuba membuktikan ketidakrapuhannya.

Rumors goalkeepers?Jeepers Creepers betul la.. terlampau banyak sangat cerita, sorang loan sana, yang sana masuk sini ,Nak beli yang tua tak jadi nak beli yang muda balik.cinta tiga segi.. aku fed up!!- Buat pertama kali perasaanku sama seperti perasaan Manuel Almunia..not..huhuhu...


Isnin, 16 Ogos 2010

Post Match : Musim yang sangat panjang




2 kelab besar cuba mengelak sebarang malapetaka dilabel pasukan bermasalah dari awal2 musim,2 debutan kena kad merah, 2 gol dan masing2 drop 2 points berharga  Keseluruhannya, walaupun belum cukup bagus tapi aku bolehlah berkata puas hati dengan persembahan semalam.Apa yang nak diharapkan sangat ketika match2 pra musim yang tidak begitu kompetitif, kehillangan beberapa tonggak, posisi barah yang kita sedia maklum belum dicari ganti, internationaleleh di tengah2 minggu, dan momentum belum terbina di awal musim.Anda boleh katakan itu semua alasan, sepatutnya tiada alasan ketika musim telah pun disepak mula, Wenger harus menyiapkan pasukan ini sebaik2nya tapi pada aku 1 mata dari Anfield adalah satu permulaan yang boleh dikategorikan sebagai sedang-sedang elok. 2 signing baru juga memainkan peranan masing2 walaupun Chamakh nampak isolated di atas kadang2 dan Koscielny mendapat 'habuan' fizikal Inggeris yang digembar gemburkan. Same old..same old... cerita lama berulang kembali kata mereka dengan Arsenal mendominasi perlawnan tapi tiada hasil penyudah.Tapi end productnya juga masih same old story kerana amat melegakan, tradisi jaringan lewat buat Arsenal masih diteruskan sehingga ke musim ini. Reina mendapat karma hasil perbuatan 'biadap'nya terhadapa emosi kelab Arsenal FC.

Bekas bakal pemain Arsenal telah dilayangkangkan kad merah dalam satu situasi yang agak malang. Tackle tersebut adalah bodoh tapi kad merah adalah suatu yang agak keras namun untuk bagi kad kuning pulak agak lembut. Jadi pengadil tiada pilihan lain selain terpaksa menghantar signal, jangan mengada2 nak main sauk kaki lawan, terutama Arsenal yang memegang rekod sebagai mangsa. Wenger claim dalam press conf berkata nasib baik ada shin pad kalau tak habis rosak  barang baru dibeli. Jangan lupa, debutan Arsenal juga dikenakan kad merah, suatu yang tidak perlu dan boleh didebatkan. Tapi ini mungkin 'a blessing in disguise',  Kos tidak cedera/patah tetapi dibuang padang- tidak menyorokkan petanda  kenapa Wenger harus pergi secepat mungkin ke dalam market dan cari defensive unit yang baru. Selagi ada tempoh 2 minggu, Wenger harus cepat bertindak kerana musim ini adalah suatu musim yang panjang.Apa2 pun boleh berlaku.



Magic Arshavin seperti kebiasaannya di Anfield tidak pula muncul semalam.Aku secara peribadi kecewa dengan persembahan Arshavin semalam yang seperti tak berapa nak kisah tapi di laman web peribadinya ada dinyatakan kalau tak kerana sejarahnya di Anfield, dia mungkin hanya duduk di bangku simpanan dek kerana masalah formnya ketika ini yang diakui tuan empunya badan. Baguslah kalau sedar diri, harap Arshavin dapat mengembalikan sentuhan magisnya. Pertaruhan menurunkan Jack Wilshere adalah satu gamble yang berani dan aku memuji Wenger. Paling kurang dia boleh belajar menyerap tekanan match2 besar dan pelajaran itu lebih tersemat sampai mati kerana kealpaannya switch off sekejap terhukum dek gol Ngog. Kapten Jack anonymous sepanjang separuh masa pertama dan tak banyak yang dapat dilakukan ketika Nasri lebih kreatif dan berada di sana sini membiarkan Eboue dan Diaby menjadi perisai melakukan 'the dirty work'. Nasri man of the match pada aku bagi Arsenal kerana berjaya menggoda Maschearno beberapa kali keluar dari posisi. Wilshere, masih belum bersedia, tapi pembelajran yang diperoleh ketika bersama Bolton sangat2 membantu.Pada satu ketika aku terpegun akan terjahannya ke atas Joe Cole kalau tak silap.Dah aku katakan, Jack's better than Joe.huhu. 2 minggu yang memeningkan bagi Wenger sama ada nak loan out atau mengekalkan Wilshere dalam silibusnya di Arsenal. Aku merasakan dia akan diberi peluang lagi sebelum sekali lagi dihantar keluar bulan Januari nanti untuk menimba ilmu santau lain pulak.

Siapa yang jaga gol dia nombor 1. Tapi itu tidak menghalang fan Arsenal untuk menjadikan Almunia suspek no 1. Aku rasa dia punya game malam tadi ok.Gol tersebut Tak boleh banyak nak dipersalahkan 100% biarpun angle tak dijaga dengan baik,kerana bola Ngog tu memang laju bak peluru. Tapi aku tetap tak suka di mana fakta memperlihatkan Almunia gagal dalam mengarahkan rakan2 pertahanan ketika set pieces..Tak commanding langsung.Ada bebreapa situasi di mana dia melayang tak tentu pasal, bola tah kemana,siap terkangkang kangkang. Ngog pun patut boleh score 2 bijik. Lebih memburukkan , ia display dari seorang kapten? Buat masa ini kita perlu menyokong dengan apa yang ada.Dalam keempat2 dia yang paling banyak makan garam, jadi Wenger terpaksa memilihnya cuma dia boleh claim dia bagus namun tak cukup bagus untuk Arsenal.Itu sahaja masalahnya.Kambing hitam tetap kambing hitam juga, buatla macam mana pun tapi sekali dah jadi kambing, orang akan tunggu 'aksi' seterusnya untuk disembelih.Kadangkala, simpati tapi aku lebih prihatin akan nasib Arsenal. Wenger perlu memberi perhatian kepada posisi ini dengan lebih serius.

Rosicky masuk dan mengubah perlawanan.Sayang tak score satu dua baik punya dengan RVP. Walcott menjadi impact player biarpun minda bola sepaknya masih sedikit terencat.Ada part2 di mana keputusan yang diambilnya tersasar  Apa pun kelajuannya benar2 menyukarkan pertahanan lawan.Macam ni la yang kita perlukan dari bangku simpanan.Tatkala kekeringan idia, mentol menyala dari bangku simpanan memberi sinar harapan. Itu macam la.Bayangkan kalau Fabtastic pun turut serta dalam senarai impact player malam tadi, mungkin kita lebih dinamik. RVP semalam masih tak match fit tapi lebih paham apa yang sepatutnya dilakukan di atas padang selepas menggantikan Diaby yang kelihatan tenat akibat kekurangan pra musim.Skuad Arsenal yang 100% cergas pasti dapat memberikan saingan yang positif.

Mael mengetuai fantastic four di belakang.Mereka penuh berdisiplin kecuali tertangkap alpa ketika gol  Liverpool. Satu lagi peraka kurang molek dilihat adlaah mempertahankan bola mati. Mati akal ke apa jurulatih2 sampai sekarang tak jumpa taktikal penawar yang dah berkurun lama diperlukan.Sagna kelihatan bagus di belakang tapi crossing masih membingungkan manakala Clichy tampak meyakinkan ketika membantu barisan hadapan namun struggle bab defending.Kita perlu lebih tersusun, disiplin, kemas dan mantap untuk mengelakkan 40 bijik gol lagi -suatu nombor yang diambil dari musim lepas.

Ini mungkin bukan keputusan perlawanan yang diimpikan , bukan skrip yang diharapkan. Mungkin dengan sedikit 'suntingan' skrip seperti ini yang lebih abstrak tapi mendalam mampu membuatkan jalan cerita lebih thrill. Tapi benar, jalan cerita musim ini sangat panjang..sangat panjang.Sebgai pengarah, Wenger harus sediakan casting yang sanggup memikul watak yang membebankan tapi berbaloi, heroic!

Agi idup agi mengguners!!


Kurma lebih sedap dari 'karma'..

Everything Happens for a Reason


Huhuhuhuhu... itulah padahnya jika pernah bergurau sampai tak sedar diri, alih2 siapa yang menanggung malu?





We're just not good enough

yup.pahit ku telan jua. kita semua masih di belakang wenger walaupun kite rase marah dgn game yg dipersembahkan squad promisingnya td. aku sangat terkejut dgn kesebelasan awalnya td. wilshere di tengah? eboue as a wing? diaby as DM? chamakh alone kt atas? nasri still main tgh ke sana ke sini walau dah ada wilshere?

nah, inilah yg dikatakan the player are promising but the tactic are disgusting. wenger gamble meletakkan kesebelasan utama yg x penah dia padakan pada perlawanan pra-musim. paling pelik bila melihat risicky dan walcott di bench n tersangat pelik bila wilshere start, konon2nya nak ganti fabregas..

ok, sudah di situ. mari kita bercerita pasal keeper cacat robbie williams kita yakni almengelamunia..
as usual, tampak sangat keampuhan mid dan almunia yg terang2 x worldcalss langsung. aku sangat bengang arini bukan kerana kekalahan, tetapi kebodohan wenger yg terus menaruh harapan pada keeper yg aku rasa ability 0 despite die save 2 3 percubaan.bg aku goal ngog tu biasa ja n aku x paham mcm mana dia xleh save mende tu. xyh la puji dia save feekick gerrad n shooting johson, hak tu ahmad sobri pun bleh wat.

dan lagi sgt membengangkan bila 11 lawan 10 tapi sebijik goal pun x lepas.walaupun seri, tp mutu prmainan seperti ini kalau diteruskan, alamat kemarau lglaaa kita musim ni. sukar nak agak percaturan wenger tapi dalam apa2 hal pun, there will always be a "time-out" or "pull-stop" moment if sesuatu perancangan itu gagal.

well,kita hanya mampu tunggu dan terus tunggu dan aku dpt rasanya mungkin inilah penyebab utama fabregas mahu ke barca.yes, polisi wenger yg buta akal dan bodoh. 5 musim tanpa piala, still wenget terus mempertahankan polisi nya. apa nak wat, once you be a gunner, the gun will always remain..despite sakit ati dgn wenger, aku still keep faith on him.

ape2pun, dirk kuyt pasni konpom pakai spender besi.huhu. n trimas to ayam sabung baru kita, chamakh di atas patukan beliau pada pala botak reina. reina khan sakit lalu tertampan masuk goal sendiri.haha

challow....

sekian.


Ahad, 15 Ogos 2010

Tirai pembukaan musim 10/11: Anfield jadi saksi episod baru



goalkeeper

"I've not made up my mind.But it's very difficult to talk about that because I do not want to give wrong hopes to players who read the newspapers.I have to balance the team, put in some experience and keep in mind that match fitness will be vital. So I cannot play three or four players who have not played one game since the start of the season. They will die after an hour and you can only change two or three.

I will talk to the goalkeepers on Saturday.I have great goalkeepers so it is difficult to make the choice and difficult for the one who doesn't play. But it's part of their job and part of my job to make a decision.

I love to win and I love football.In this job I can combine the two and that is what keeps me hungry. It has nothing to do with the number of years you are in the job. It is just your nature - if I play any game with you, I will want to win it." - Arsene Wenger


---------------Fabianski--------------
Sagna------Mael------Koscielny---Clichy
---------------Diaby------------------
-------------Eboue--Nasri-------------
Rosicky-------Chamakah--------Arshavin

RVP, Fabregas, Walcott, Gibbs, Frimpong, Jack , Almunia

Siaran Langsung 11pm Astro 817. Liverpool 1- Arsenal 2. Arshavin, Chamakh .

P/S : Jack's better than Joe...


Sabtu, 14 Ogos 2010

Arsene lanjutkan kontrak di Arsenal



Menjelang tirai pembukaan liga musim 2010/2011, Arsene Wenger memberi moral boost dan berita yang ditunngu2 apabila mengumumkan akan terus kekal bersama kelab tercintanya Arsenal FC, sehingga 2014. Wenger yang kontrak asalnya tamat akhir musim ini telah menandatangani lanjutan selama 3 tahun membuatkan dia terus memegang rekod individu paling lama bertahan menyandang jawatan pengurus Arsenal. Ini sekaligus menamatkan sebarang spekulasi dan berita ini dijangka diterima dengan besar hati terutama buat para pemain yang tertanya2 masa depan mereka jika Arsene sudah tiada. Buat para anti Wenger dan Anti Arsenal, ini  pastinya menambah kebencian bagi mereka dan pelbagai helah akan digunakan menggunakan medium2 terutama media sebagai provokasi demi kejatuhan melihat kegagalan 'Projek Wenger'.Yang penting berita ini pastinya terbaik buat kem Arsenal selepas berita Cesc Fabregas kekal di Arsenal. Mungkin Wenger berasa perlu inilah masanya untuk membuat pengunguman .Setelah kapten , seseudah itu pengurus maka ini memberi gambaran masa depan kelab akan lebih stabil. Aku dapat rasakan jika BOD mengambil keputusan menjual Fabregas mungkin inilah musim terakhir buatnya.Namun perkara itu tidak berlaku, kegusaran kian reda, tumpuan difokuskan pada masa depan yang lebih cerah.

Sementara itu belum pun sepak mula bermula, Wenger telah pun awal2 menyelar taktik kesatuan Premier League dengan memperkenalkan peraturan pendaftaran 25 pemain yang dianggap bodoh dan tidak membantu. Pasukan boleh mendaftar seberapa banyak pemain berumur bawah 21 tahun kerana tidak termasuk dalam senarai 25, dengan 8 homegrown player perlu ada dalam senarai. Biarpun Arsenal tidak perlu concern dan tidak mempunyai masalah untuk megisi kuota kerana Arsenal telahpun memiliki 13 pemain homegrown manakala 7 selebihnya berumur bawah 21 tahun.6 daripadnya bukan homegrwon menjadikan keseluruhan pemain yang perlu didaftarakan adalah 19, maka terdapat 6 tempat kosong yang boleh diisi.

Jadi mengapa Wenger kecoh? Ini kerana peraturan yang dibuat tanpa berpikir panjang ini hanya akan mencacatkan market dan nafsu memancing permain terbaik dari segenap benua akan terbatas. Sudah diungkap beberapa kali, kalau nak jadikan persaingan yang terbaik, maka perlulah diadunakn pemain2 terbaik bersama. Bukan bererti menghadkan kemasukan pemain yang bagus semata2 kerana pasport dan warna kulit agar dapat memberi ruang kepada pemain yang berada di negara asal kononnya mencari bakat bagi pasukan kebangsaan England. Sudah 40 tahun England tak menang apa2 dan sebelum Liga bola sepak Inggeris diwartakan menjadi Liga Perdana, berapa ramai foreigner yang ada? apakah  pada ketika itu Englang juga gah di mata dunia? Ini sekaligus mengurangkan kemeriahan liga Inggeris dan tarikan akan menghala ke Liga2 Eropah lain jika sesuatu tidak diambil tindakan. Senario yang lebih kurang sama pernah berlaku di Malaysia apabila FAM tiada hala tuju dengan keputusan yoyo sekejap membenarkan , pernah suat u ketika mengharamkan penyertaan mekreka kemudian dibuka kembali slepas iu diharamkan balik. Ape kejadahnya? Seperti kata pujangga seringkali menyalahkan orang lain tapi bukan diri sendiri akibat kegagalan.

"The new rules on squads are a disaster for this country. It's ridiculous. The homegrown rule is all artificial. From 1966 to 1996 this country won absolutely nothing. England won nothing and they had not one foreign player [in the league]. How has it changed?You cannot just close your eyes and say: ‘Let's kick the good players out' and produce the same quality [in the league]. I've been educating players since I was 25 and I know one rule. The first thing you do to develop a player is to put him with another good player.

In my opinion if you are a great player, you want to play with great players. If you are a great musician, you want to play with an orchestra where you have the best musicians. If you offer the guy the chance to play in an orchestra with poor musicians, he will not be happy.

It's very difficult to understand the Premier League because instead of asking how we can make the best league in the world even greater, they have gone to how can we make it smaller.Look at the clubs. The percentage [of foreign players in clubs] is a bit lower in Spain, but not much. You can sign players from all over the world in Spain. Why do they still produce players and we do not? It's down to the coaching.

Listen, if I didn't care, I wouldn't speak about it. But you have something here that the whole world watches. For me to see that some people are only concerned with putting the quality down is sad.

That's all I care about, and I'm happy if England win the World Cup. I'd jump to the rafters. I'm supporting them in their bid for 2018 when other countries have asked me to support them, and I'm doing it for nothing because I want England to be successful.

But they've decided the wrong thing here."

Ada benar kata2 Le Prof..


Pembuka Selera..

Salam semua,
hari ini bermulalah episod EPL season 2010/2011 dan seperti yg kita sedia maklum, arsenal masih lg terpinga2 mencari kepastian untuk menyelesaikan masalah goalkeeper dan defending. Mungkin ketika ini Wenger hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat hatta game pertama ini bakal menentukan samada beliau perlu membeli atau tidak.

Dengan Jozan yg dilaporkan injured lg, vermaelen dan laurent bakal diturunkan. almunia masih memegang title no1 buat masa ini namun spekulasi semakin menjadi-jadi menyebut yg Schwarzer sangat ingin ke Arsenal. Wenger juga dilaporkan sudah menghantar ahli pengakap mudanya (scout) untuk melihat beberapa kelibat defend setelah beliau ketandusan defend dek kerana pemergian sanderos, silvestre, gallas dan cambell.

buat semua peminat, sama2 kita saksikan perlawanan arsenal vs KolamHati pada esok hari..

akhir kalam, challow bete...


Jumaat, 13 Ogos 2010

Fantasy Premier League!! JOIN US NOW

Salam semua..atas permintaan ramai..untuk semue kipasSUSAHmati ARSENALAYSIA, join league Fantasy kiteorang sekarang. JGN RISO..Pemarkahan untuk league ni hanya akan start pada second week match.

Sengaja aku lewatkannyer atas dasar nak bg korang semue kesempatan menganalisis & tak tersilap pilih team nanti..SIAPA CEPAT DIA MENDAPAT...hehe


Rabu, 11 Ogos 2010

Internationaleleh di celah beberapa hari saja lagi

Internationaleleh yang tidak perlu di pertengahan minggu. Selain 3 org pemain France yang digantung, RVP juga termasuk dalam senarai yang terselamat. Harapnya agar tidak ada apa2 berlaku kepada mereka sekembalinya pulang terutama buat Nasri yang mempunyai pra musim yang memberangsangkan. Fabregas yang tak dicop fit oleh WEnger alih2 boleh terbang pula bersama rakan2 'Barcelona'nya bertemu Carlos Vela. Jack Wilshere, Gibbs, Walcott akan membawa cabaran 'wajah baru' England  hanya sekadar nama padahal muka2 lama masih ada siap dah tau awal2 bajet kena boo.Tengah2 member2 lain duk sibuk2 main international, seorang mamat ni masih di dalam dilema memilih negara yang ingin diwakilinya. Wenger suruh Koscielny ikut rasa hati, kononnya instinct dan semagat patriotik akan tersemai dalam jiwa secara sendiri la tapi alih2 nasihat Wenger tu berbunyi2 diselitkan sokongan supaya memilih France.

Itu pasal persahabatan antarabangsa, lagi 3 hari BPL mau start tapi bohonglah kalau Wenger cakap skuad ini dah lengkap, kita semua pun dah sedia maklum skuad ini masih perlukan penambahan, Wenger sendiri mengakui tapi bila dan siapa itu masih menjadi tanda tanya. Emir Spahic kapten Bosnia dikaitkan, baru ini tidak tersenarai dalam perlawanan pertama Montpellier, Sagna jugak memuji2 pemain itu di Arsenal.Com sebelum artikel itu ditarik balik. Ermmm ada suatu yang agak ber'ikan' di situ..Per Mertesacker keluar dari gua dan mengatakan akan kekal di Bremen meletakkan noktah atas segala gosip2 sebelum ini. Penjaga gol,?Fabianski / Almunia akan menjadi pilihan di Anfield. Dan jika kita menang dengan clean sheet, Wenger akan memuji2 siapa pun yang menjaga gawang dan tidak lagi berhasrat mencari nombor 1 yang baru. Bagi penyokong yang tidak berpuas hati dengan posisi ini termasuk aku, ini situasi yang pastinya meletakkan kita tersepit.Tidak sesekali mengharapkan Arsenal kalah, tapi dalam masa yang sama kecewa jika penjaga gol yang kita tahu tidak konsisten akan merosakkan perancangan masa depan yang sedang elok dibina. Jadi, kemenangan dengan match yang berpesta jaringan seperti friendly tempoh hari-score banyak, bolos pun banyak mungkin boleh membuka mata Wenger dengan lebih luas..argh.. aku tak inginkan pembolosan, siapa2 saja la yang jaga pintu gol Arsenal, tolonglah buat yang terbaik..gua pasrah...

Dengarnya 5 orang pemain telah diserapkan dalam skuad utama. Tapi sejauh mana role mereka untuk musim ini itu tidak pasti. JET, Frimpong, Eastmond, Nordveit, Lansbury masing2 akan mendapat nombor baru semunggu dua ni. Tapi mungkin gosip ini tersebar berdasarkan penyertaan mereka dalam gambar pasukan. Ok selamat berpuasa!


Selasa, 10 Ogos 2010

Salam Ramadhan

Berkesempatan ini, sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan al Mubarak yang penuh barakah, pihak Arsenalaysia ingin memohon ribuan ampun dan maaf jika terdapat sebarang kesilapan atau kata2 yang mengguris perasaan sepanjang penulisan kami. Selain itu, dengan rasa rendah diri dan penuh keinsafan, kami ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada para Muslim dan selamat menghayati keindahan bulan yang mulia ini.Semoga kita bersama2 mendapat keredhaan daripadaNya..


Ahad, 8 Ogos 2010

Kita perlu bertahan sebagai satu unit.

Perlawanan yang menarik untuk ditonton oleh peminat neutral bola sepak tapi sakit jiwa bagi peminat Arsenal.Biarpun menang 6 bijik tapi bolos 5 dalam tempoh masa tak sampai 7 hari lagi akan bertemu Liverpool di Anfield adalah perkara yang menggerunkan. Memanglah friendly match, skuad campuran tapi lihat pada back 4 , itu adalah pemain utama -jika Wenger berhasrat untuk startkan Koscielny-. Lagi seminggu nak start tapi jawatan penjaga gol No 1 masih belum diisi. Sebelum match Wenger ada cakap 4 penjaga gol sedang berhempas pulas merebut jersi no 1, maka seorang terpaksa dipinjamkan keluar. Pemilihan 2 warganegara Poland bertemu kelab Poland dan yang satunya dibayangkan menjadi penjaga gol utama membuatkan rata2 penyokong tegar Arsenal tak senang duduk.Fabianski membuktikannya sekali lagi malam tadi di mana ketika gol kedua.Lihat sahajalah highlight tersebut, gua rasa kalau dia try tenang dan relax sikit takkan terjadi tergopoh gapah sampai tersepak kaki member begitu. Reaksi Wenger sangat 'cool' sebaik sahaja Fabianski elepaskan gol kedua..


Berbalik pada pertahanan, Nampaknya Mael agak off day hari ni ketika beban tanggungjawab dipikul olehnya. Gandingan baru Koscielny jugak tak mencerminkan mutu dan kualiti yang sepatutnya,Walaupun jaringan gol sendiri bukan dipersalahkan tetapi gol kelima dan keempat meraka Koscielny patut memberi perhatian lebih.BUkan nak menyalahkan individu ketika kedua2 full back international yang digantung jugak tidak memainkan peranan, Sagna Clichy, gagal dalam overlapping. Kekurangan cover dari bahagian tengah dengan Rosicky, Frimpong Nasri dan Wilshere yang jarang2 trackback juga tidak membantu.Pendek kata kita gagal dalam corak pertahanan sebagai sebuah pasukan, sebuah pasukan yang dicanang2 bakal bersaing merebut kejuaraan liga. Harap ia cumalah hanya satu hari yang malang.

Tapi kredit ketika serangan. Ketika pertahanan kita pergi AWOL, Serangan kita terbeban dengan terpaksa menggandakan usaha.6 bijik gol dengan Eboue tiba2 muncul sebagai penyelamat dengan 2 bijik.Penyudah yang baik dari Gibbs- nantikan kemunculannya bersama England.Control yang baik daripada Chamakah memegang bola menunggu rakan2 naik seperti mana dia membuat satu dua dengan Nasri sebelum menyelinap masuk ke dalam kotak penalti di belakang markernya dan membuat tandukan cantik menewaskan penjaga gol.Aku mahu tengok lebih banyak seperti itu dari Chamakh. JET yang tak ada posisi tetap , tidak mengecewakan sepanjang diberi peluang dalam pra musim ini. Aku rasa jika tidak ada tempat baginya sementara mencipta nama, eloklah bakatnya tidak dipersia siakan dan dipinjamkankepada pasukan BPL lain.Vela jugak mungkin mendapat arahan dari WEnger agar bermain dari wide position bagi membantu mencipta peluang bagi rakan2 lain.Walcott tidak konsisten, masih dengan masalah lama.Sekajap timbul sekejap karam.Ketika seorang pemain over-hyped  England dikantoi menghisap rokok dan kencing di jalanan, sepatutnya inilah masanya Walcott membuktikan kesilapan namanya tidak disenraikan di Afrika bulan lalu malah dia lebih baik dari watak2 kartun yang sedia ada.

Baiklah, berita baiknya adalah rekod pra musim yang tanpa kalah, 5 kemenangan dan satu seri. Kapten Jack kita dan Gibbs berserta Walcott telah mendapat panggilan Capello untuk turut serta bersama dalam meaningless freindly bertemu Hungary. Pasti Wenger agak berbulu dengan jadual antarabangsa yang entah apa2 di tengah2 minggu ketika musim baru nak bermula. Dalam masa yang sama Wenger memberi hint bahawa dia mungkin akan kekal melanjutkan kotraknya di Arsenal dan jika ada kontrak baru, ia adalah kontrak terakhir dalam kerjayanya bermakna dia akan bersara di Arsenal.Targetnya pada ketika ini hanya sampai umur 65 tahun dalam bidang pengurusan, tapi jika dia fikir dia masih fit lagi selepas ini itu tak tahulah, mungkin dia akan menimbal balik keputusannya.

Memang kadang2 keputusan,transfer,dan taktikal orang tua ini boleh menyakitkan hati tapi biarpun degil dan ego,dia seorang yang berperinsip .Dan kita harus berterima kasih  kerana displin itulah meletakkan Arsenal berada di kedudukan sekarang ini, stabil dari segi pengurusan dan kewangan dan tidak perlu termakan dek godaan wang berjuta demi menyimpan pemain terbaik dan aset berharga kita. Hanya piala dan kejuraan sebagai icing on the cake yang boleh melengkapkan ending yang baik bagi sebuah episod revolusi dalam sejarah penubuhan Arsenal.Maka marilah berharap agar musim inilah yang akan menjadi  grand season finale sebelum kita memulakan episod baru dalam misi mempertahankan semula kejuaraan.Maka dengan sebab itu, projek Wenger tidak boleh tersadai begitu sahaja tanpa penghujungnya.Pada ketika ini serangan terhadap Wenger bertali arus dari pelbagai arah dan orang tua ini masih bertahan.Bukan sahaja Wenger, Arsenal dan para peminat sahaja malah bola sepak sendiri perlukan juara yang sebenar.Kemenagan sebenar dalam bola sepak adalah kekalahan buat golongan Mercenaries yang hanya memikirkan tentang mengaut keuntungan semata-mata.Kita bertuah kerana memilih perjuangan Arsenal.

Agi idup agi mengGunners


Keep The Keeper?

Salam Semua..Umum sedia maklum Arsenal hampir-hampir dikalahkan oleh kelab yang 1st time.com aku dengar yakni Legia Warsaw. Apa2 pun sekali lagi aku terkezut melihat kelibat Keeper Fa BIN Ski yang x menunjukkan ciri-ciri yang HARUS ADA pada mana2 top team EPL. 3-0 ketinggalan jeals menunjukkan betapa Arsenal memerlukan seorang Keeper yang betul2 GANAZ, SUara KUAT dan botak barangkali utk menyilaukan mata SANG PENYERANG..

Ya, SEBUT PASAI KILAU, tibe2 rumours bertiup menyatakan Arsenal nak sign PEPE Reina Khan pada harga 23juta. MMG dalam mimpi kering or basah pun Wenger takkan spend banyak tu..MMG terang2 ia sekadar Rumours..Apa2, menjelang lagi seminggu untuk kite bertandang ke Anfield, aku masih lagi ragu2 pada squad kesebelasan utama Wenger..Paling ketara di bahagian GOALKEEPER dan Defend yang tampak kurang daya tahan penyakit. Tengah kita sudah punyai banyak option tp di bahagian DEFEND, bayangkan jika Vermaelen n DJOROU injured, apa akan jadi..

Aku harap wenger akan sign mana2 keeper yg muke bengis n maan2 defend yg berani mati..JGN X SIGN SAPE2 DAH R..KALO X, ANOTHER EPISOD MALANG LA BAKAL DIHADAPI MUSIM NI..no more 'PROMISING" word, kami nak CUP!!!!


Jumaat, 6 Ogos 2010

Suara Cesc Fabregas

 

Statement Cesc Fabregas.

Akhirnya setelah berbulan membisu, dia bersuara. tapi tak ada yang baru, hanya sekadar mengesahkan yang dia akan berada di Arsenal- sekurang2nya untuk musim ini. Cesc Fabregas tidak menyorok kemahuan dan kecintaannya terhadap Barcelona, malah dalam statement tersebut lebih banyak Barcelona daripada Arsenal. Tak ape, aku dah jangkakan skrip seperti ini. Pada pandangan peribadi aku, hatinya memang telah terpaut dan terpanggil untuk pulag ke kampung halaman musim ini tapi yang menjadi penghalang adalah Arsenal yang mereject bid, rasa terhutang budi pada Arsenal, Arsene Wenger sebagai 'bapa' dan hormat kepada fan Arsenal. Jadi tak salah untuk aku katakan di sini bukan sepenuh hati Cesc yang  hendak stay , tapi lebih kepada Arsenal yang tidak mahu melepaskannya. Itu adalah realiti yang aku nampak daripada statement dan pemerhatian sepanjang taktik kotor barcelona ini berlangsung dan aku minta maaf jika ada yang kurang senang dengan pendapat aku.

Namun begitu, perlu diingat, apa yang penting adalah komitmen dan Cesc Fabregas sentiasa komited di atas padang.Setiap kali menyarung jersi Arsenal dia akan memberikan 100%  yang terbaik. Ada yang begitu pantas menghukum Cesc mengatakan dia perlu dilucutkan dari jawatan kapten, pada aku kepimpinannya melalui teladan. Lead by example. Ketenangan dan kebolehan selangkah lebih dari rakan2 lain membuatkan Arsenal begitu memerlukannya dalam masa yang sama dia juga memerlukan Arsenal bagi merealisasikan impiannya dan ya, termasuk impian untuk pulang ke Barcelona satu hari nanti. Sekurang2nya kita telah merasai apa rasanya bila gosip seperti ini melanda sewaktu yang tidak dijangka maka ini adalah satu wake up call bagi Wenger dan Arsenal. Fabregas tidak mampu diikat lebih lama, dan bila berlaku perkara seperti ini, Wenger boleh bersedia , terima kasih Fabregas kerana masih memberi masa dan tidak mendesak, terdesak atau termakan dengan taktik busuk rakan2 sebangsanya. Aku tahu pelajaran hormat menghormati itu dipelajari daripada Arsenal Football Club bukan daripada apa yang dibelajarnya sewaktu di La Masia .Aku sendiri pun  meragui ada subjek seperti itu di sana melihatkan kekurangan sivik produk2nya..

Hatinya mungkin di Barca, DNA nya kononnya berdarah Catalan tapi perjuangannya selama 7 tahun dan musim ini teristimewa khas, ikhlas dan telus buat Arsenal..


We've Got Cesc Fabregas!!!


Khamis, 5 Ogos 2010

Itu dia.....

Gua dah kata, gua percaya punya Fabregas bakal kekal lagi di Arsenal...Dengan penuh profesional Fabregas pulang menjalani training di hadapan puluhan ribu peminat pada hari terbuka Emirates Stadium buat member2.. next time ye Barca..RVP pun dah balik oi.. tapi game Sabtu kat Poland ni dua2 player masih belum lagi turut serta. Kamon Arsenal!!


"Puyol bapak penipu besar gila wei..besar macam ni habaq kat hang!"
Aku tak boleh nak buat apa.. depa grab aku dari belakang, reina botak punya wakenabeb, dia bajet rancangan deco bersama eric
 


Dudu di Shaktar...

Atas permintaan, kita tinjau sedikit apa cerita Eduardo di Ukraine sana. Episod baru seorang gooner.. good luck, masih terasa pemergian bakat Dudu..




Rabu, 4 Ogos 2010

The Comeback!!!


Ya, gambar di atas menunjukkan The Hunchback of Notre-Dame
tapi post aku bertajuk THE COMEBACK..hahaha..memang tadak kena memgena..trademark aku....

Tiba2 aku post tajuk The Comeback. The Comeback of apa? haha..Sudah lama aku menyepi sesepi Embun pagi. HUhu..The comeback yang dimaksudkan ialah The Comeback of Aku untuk mencoret-cirit hasil karya yg dah lama aku tinggaikan..Juga The Comeback of Arsenal yang rata2 x banyak perubahan. 2 Signing, Chamakh dan Laurent sahaja setakat ini. Adakah ianya mengcukupi setelah kita melihat pemergian GaYLAST, supp CAMBELL, SILVEStre standAlone, EDUardoc, ada SANDERos dan MERIDA nerina..

Setakat ini ANGIN KENTUT yang diterbangkan media2 british, scotish, tiz zakiah dan sebagainya BERBAU bahawa ARSENAL SUDAH HAMPIR UNTUK MENDAPATKAN khidmat DEFENDER tudung BOSNIA yakni Emir Spahic. Spahic dikatakan beriya benar nak join THE GUN GUN (nama manja arsenal). Spahic juga dah bg hint pada media bahawa ARSENAL sudah hampir untuk mendapatkan khidmatnya dan mungkin beliau pun dah tempah tiket firefly menggunakan kad kreditnya untuk sesi kesihatan di NORTH LONDON. Akan tetapi, jurulatih kelab semasanya seakan-akan berat untuk melepaskannya seperti susahnya seseorang MELEPAS apabila sembelit tiba. TETAPI, hampir 70% pasti beliau akan menyarung jersi arsenal musim hadapan. Ape2pun kita tunggu berita gembira ini sebentar sahaja lagi.

Okeh, kembali kepada rumours KAPTEN STar TREK kita, CESC Fabregas..dalam hatinya mmg ada TAMAN ASTAKONALONA yang semakin hari semakin berkembang. Lama-kelamaan rumours beliau ini sudah menyebabkan ramai peminat Arsenal tawar hati untuk melihat FABREGAS beraksi untuk Arsenal musim depan. Situasi sekarang adalah 50-50 yang mana Wenger dikatakan bersedia untuk berunding dengan BARCElana dan FABREGAS juga dikatakan akan sampai di NORTH LONDON hari ini untuk memberi kata putus sama ada mahu mintak fasakh, cerai talak 3 atau digantung tanpa tali. AKU cuma risau kalo dia stay kat Arsenal pun, die x form sebab hatinya di BARCa..APE2PUN, sanggupkah Wenger gamble dengan tidak MEMBELI MANA2 PLAYER MIDFIELDER dan terus menggunakan player MID yg ada sekiranya FABREGAS belah..sama2 kita nantikan..

BERITA lagi latest yang aku trima. Panas2 lg sepanas lina hangat, DJOROU yg rasanya takut untuk bersaing dengan Laurent n Spahic (mungkin) dikatakan ingin bermain di posisi SONG BILONG yang mana bgnya dia mempunyai tinggi dan kreteria yg sesuai untuk menjadi seorang DM. Apa2pun aku rasa wenger dah banyak option di tempat itu yakni SONG, DENILSON dan terbaru FRIMPONG.

Ape2pun season ni kita bakal saksikan cik roSICKy beraksi dengan lebih Constantine .. NASRI YG SANGAT PROMISING dan CHAMKH yg penuh surprise..


Oklaa, hingga berjumpa di POST yg seterusnya dari aku..CHALLOW bete..


'Martin Keown' baru?

Emir Spahic.. atau EMIRates Spahic- nama pun dah Arsenal bound?

Seperti yang semua sedia maklum, Kapten Bosnia yang bermain untuk kelab Perancis, Montpellier, telah mendedahkan Arsenal sedang berusaha memancingnya ke Emirates dan dia sangat teruja dan tak sabar. Satu lagi signing jenis Wenger ketika media memberi harapan nama2 popular seperti Zapata, Mertesacker.Namun pemain Jerman tersebut telah dicop bukan untuk dijual oleh kelabnya Werder Bremen yang perlu memikirkan lagi umpan2 yang datang kepada seorang lagi pemain mereka Ozil. Kembali pada kapten  Bosnia ini, aku rasa kalau benar, satu langkah yang bijak dari Wenger. Jozan tengah berdoa tak dihimpit kenangan silam, Koscielny kini bercita2 membina badan menyiapkan diri dengan corak fizikal, Mael menumpukan perhatian untuk mengekalkan persembahan bertenaga musim lepas, Nordveit pulak bercita2 menjadi Steve Bould, main Rb dulu baru ke posisi asal CB.

Hadirnya kapten Bosnia yang nampak berani dan 'garang', tak makan dek buli ala2 lagenda Martin Keown ini boleh menghasillkan satu dimensi baru dalam corak pertahanan Arsenal. Sekurang2nya umurnya 29 boleh dikira matang dan berpengalaman di peringkat antarabangsa , telah menjelajah pelbagai liga walaupun tidak begitu dikenali. Persoalannya, apakah gandingan CB yang akan diguna pakai nanti, ini akan menimbukan persaingan yang pasti syok kerana masing2 pasti taknak duduk diam hanya menanti peluang dari bangku simpanan.  Zenit boleh beli pemain samseng macam Bruno Alves semahal 22M,Aku percaya  Wenger boleh dapat lebih bagus daripada itu.







Dalam pada itu, Sanchez Watt dengan rambut baru membuatkan  gua nyaris tak kenal, terus dibiarkan berkembang dalam proses peminjaman kali ini ke kelab gah seketika Leeds United yang baru dinaikkan ke Championship. Selamat maju jaya Watt.Entah kenapa bila saja sebut nama si Watt ni aku teingatkan watak Walt dalam siri bersiri Lost...Watt, jangan lost sudah lah, kembali ke Arsenal dengan selamat dan berilmu.


Isnin, 2 Ogos 2010

Emirates Cup kekal di Emirates

Asrsenal menewaskan Celtic 3-2 dalam perlawanan pra musim untuk mengekalkan kejuaraan Piala Emirates.Arsenal mendahului 3-0 tetapi keletihan dan kehilangan komsentrasi menyebabkan Celtic hampir bangkit tapi hanya mampu mendekatkan jurang 2 bijik. Wilshere dan Frimpong mendapat pujian daripada Wenger selepas perlawanan.Seperti biasa dia menambah, dulu dia ingat nak sign lagi pemain tengah tetapi sekarang tidak lagi-kerana potensi 2 pemain ini. Almunia mendapat keyakinan semula Wenger. Mengenai transfer Wenger masih membisu mengenai mertesacker.dan tidak dapat menjanjikan seorang lagi signing sebelum match bertemu Liverpool, apa2 pun dia mengakui Arsenal perlukan seorang lagi CB.




Celebration..kualiti out...


Ahad, 1 Ogos 2010

Pra Musim : Emirates Cup

"Kalau aku nak beli kuda ko. tapi ko taknak jual, adakah kita akan teruskan dengan segmen seterusnya iaitu tawar menawar? jawapannya pasti tidak bukan?" Arsene Wenger tentang cerita kuno Fabregas.

Jawapan panjang lebarnya hanya bermaksudkan carlos Puyol bermuka seperti Kuda. Simple. Agak beberapa hari blog ini tergendala tetapi nampaknya tak banyak sangat yang aku miss cuma cerita2 yang berulang tentang impian busuk Barcelona. Mual, muak dan bosan. Wenger juga mengeluh selepas post match semalam, baru habis satu perlawanan menarik tapi mereka di sana tetap terpaksa membincangkan cerita tersebut, dunia bola sepak bagai tiada cerita lain. Keluhan Wenger tentang peraturan baru FA dengan pendaftaran 25 pemain bukan bererti Barcelona boleh mengambil kesempatan, kononya jika peraturan itu terlaksana, Wenger harus menjual dahulu sebelum menambah bilangan bagi mengisi slot 25 pemainnya- Kalau Barca berfikir begitu maka mereka silap kerana Arsenal takkan sesekali membuka menja rundingna. Buat Cesc pula, sekembalinya dia pulang semuala bersama RVP, Wenger menuntut satu komitmen yang tinggi, daripada Spaniard yang merupakan kapten Arsenal. Ya, ada suara2 yang melontarkan kegusaran bagaimana seorang kapten boleh berpaling tadah, dan buat rakan2, Cesc hanyalah mangsa yang tersepit di tengah2 dan sukar dipersalahkan . Ini anyalah satu taktik dari Barcelona untuk memburuk2kan lagi hubungan diplomatik antara Cesc dan para gooners dan jika kita terikut2 menari dengan rentak irama wajah pura2 yang bertopengkan wira, maka Barcelona selangkah ke hadapan dalam pelan 'projek'nya.

Dan perlawanan malam semalam menentang AC Milan barulah logik. Logik melihat Verminator memakai armband daripada pra musim sebelm2 ini dengan muka2 seperti Silvestre dan Sanderos mengetui pemain keluar terowong.Bakat kepimpinan semulajadinya benar kelihatan, menjadi orang ketiga, naib kapten di belakan timblan RVP dan penyandang arm band Cesc Fabregas. Seorang lagi wajah yang sering diperbadutkan memakai armband , Almunia tidak kelihatan walaupun di bangku simpanan. Aku dapat merasakan Wenger telah menetapkan siapa penjaga gol yang akan bertemu Liverpool, kita harus bersedia dengan kemungkinan Fabianski menjaga gawang di Anfield- kali terakhir dia di sana, bolos 4 bijik  terimakasih kepada magic Arshavin yang melupakan seketika kegelabahan sistem pertahanan kita pada malam itu. Kenapa Fabianski? Kerana Wenger sudah terang lagi bersuluh hilang kepercayaan terhadap Almunia dan berita tentang pencarian penjaga gol baru memekatkan lagi gosip ini. Szczesny yang dicangan2 sebagai keeper masa depan, hanya mampu duduk di bangku simpanan, mungkin terlalu awal bagi Wenger untuk menggantung harap pada penjaga gol semuanya.Manone pula tak melakukan sebarang kesilapan untuk dilepas pandang. Jadi antara memilih salah seorang daripada kedua penjaga gol muda, Wenger dengan kononnya tidak ingin mengguris hati terpaksa memilih Fabianski yang lebih 'berpengalaman'.Wenger juga dari dulu menganggap Fabianski adalah world class stopper manakala kejadian2 aneh yang berlaku adalah lumrah kepada penjaga gol katanya, Wenger ingin menambah penjaga gol? tidak, selagi salah seorang daripada 4 itu tidak dipindahkan.Mustahil Wenger menyimpan sehingga lima penjaga gawang. Menambah lagi sebab mengapa Wenger tidak akan menambah penjaga gol adalah kerana Sol Campbell telah memlih Newcastle sebagai destinasi barunya. Terima kasih The Soul atas segala persembahan berjiwanya selama ini. Sol mungkin pergi ke sana dengan alasan lebi banyak peluang bermain dan aku tidak menyalahkan pilihan ampbell melihat pada situasi umurnya. Maka dengan itu, Wenger menetapkan satu lagi slot transfernya untuk seorang lagi CB. Alex Song hanyalah cover tapi seperti diakui Wenger belum mampu mebaca rentak lawan dengan semulajadi, Nordveit perlukan lebih pengalaman dan salah satu caranya adalah meletakkannya ke posisi RB, backup kepada Sagna dan Eboue. Ada beberapa nama, Wenger tidak mahu mendedahkan. Masih ada sebulan untuk media melakukan suratkhabar mereka dengan satu demi satu nama dikaitkan dengan Arsenal.



Sudahlah, kembali kepada bola sepak. Flamini kembali tapi diboo dengan cukup kuat. Kesian pun ada tapi biasalah, u get what u deserved seperti orang putih selalu cakap. Marwan Chamakh menjaringkan gol pertamanya di rumah baru Emirates. Nampak seperti seorang pemuda yang baik,dan tak tinggi diri paling penting team player. Tidak tamak , mungkin bakal menjadi seorang yang disayangi seperti Eduardo. Melihat Bendi semalam tak senang duduk, pastinya dia terpikir perlunya mengubah rentak egonya jika ingin kembali mendapat tempat dalam kesebelasan kerana gandingan Chamakh Arshavin dan RVP pastinya menjanjikan suatu yang menarik musim ini.Abaikan keputusan seri tapi Milan sebenarnya tak banyak mencipta peluang. Dapat freekick dari ihsan pengadil yang agak terburu2 ke atas Sagna.Tapi yang mengecewakan adalah duri dalam dagign Arsenal, defending set pieces. Sampai bila masalah ini berlarutan, sumpahan siapakah ini. Namun begitu pemberlian baru seorang lagi, Laurent Koscielny tidak megecewakan. Beberapa interception yang baik dan tackle yang menarik, berani 'masuk' ke arah lawan membuatkan penonton bertepuk tangan memberi semangat. Cuma fizikalnya yang seakan2 Mark Randall membimbangkan apabila pemain sebesar Flamini pun mampu mendatangkan masalah kepadanya dalam satu insiden. Ya, Mark Randall, aku ingat jika gol semalam pastinya jadi satu testimoni baik bagi Mark Randall. Aku rasa saban tahun dia bersungguh2 ketika diberi peluang tapi mungkin bukan disini .Masa depannya di Arsenal belum kelihatan, dan dengan lambakan pemain tengah,aku tak nampak dari mana Randall boleh menyelinap masuk.Miss chances semalam benar2 membuatkan keyakinannya tersembam mendadak, boleh dilihat di raut wajahnya.

Pemain muda seperti Wilshere dan Gibbs tidak menghampakan. Yang menarik mata aku adalah combative Frimpong.Pemain muda yangpernah diberi kerakyatan untuk bermain untuk England sebaliknya kekal bersama tanah asalnya Ghana adalah satu prosepek yang berharga. Eassien bernah memberiahu awasi kemunculan Frimpong, dan dia tidak tersilap. Frimpog adalah mentee kepada Song.Bayangkan kedua2nya dihadapan back 4 yang diketuai oleh Mael, memberi keseimbangan kepada barisan serangan dan free flow keapda Fabregas arkitek kepada setiap gerakan.pergh..aku terlalu berkhayal tapi tanpa khayalan ipian tidak menjadi nyata. Kemudian Wenger cuba bereksperimentasi , mencuba Jozan di bahgaian DM.Wenger tahu dia harus membiasakan permain2nya dalam kepelbagaian posisi kerana sampai masa yang tak diundang nanti, perkara2 seperti kecederaan yang tak diingini berlaku, maka dia perlu menyediakan payung lebih awal.  Namun sebaik Wenger mengeluarkan Rosicky, Chamakh dan Arshavin rentak Arsenal mula berubah kerana ketiadaan target man semulajadi. Semuanya mengharapkan kepantasan Walcott dan trick daripada Vela.Ketika pasukan di sebelah sana sedang tak habis2 sebok dengan 'Chikaro' mereka, Vela yang baru meng'upgrade' nombor jerseynya pastinya ingin membuktikan dia lebih baik daripada rakannya yang baru dapat permit itu musim ini.

Denilson Song dan Diaby takkan ersiap untuk match malam ini akibat kecederaan paling pantas pun minggu depanmereka akan kembali  ketika menentang rakan2 lama Fabianski . Tetapi Bendi perlu mengunggu berminggu2 lebih lama, seakan pasti terlepas persaingan dpembuka tirai di Anfield. Jadi malam ini selepas mengetahui keputusan antara Milan dan Lyon, Arsenal bolehlah berkira2 berapa gol perlu dijaringkan ke atas Celtic bagi mengekalkan piala Emirates di rumahnya, utara London. Aku gemar bertemu pasukan dari UK kerana ia akan meguji pendedahan fizikal seperti pasukan2 di EPL nanti. Sayang Eduardo keluar agak awal sedikit. Arsenal 3- Celtic 1.. untuk Eduardo..

01/08 Arsenal vs Celtic at 2315 (Live)