Khamis, 19 Ogos 2010

Nama siapa ada dalam LACI Wenger?

Biasanya bila penyokong Arsenal demand signing, entah dari mana Wenger akan keluarkan dari 'magic hat' nya. Seperti yang kita ketahui dia amat berahsia tentang sebarang target dan kerja2 Gazidis. Tapi mungkin kali ini Wenger terlupa untuk mengunci lacinya apabila jika boleh dipercayai, nama pemain pertahanan kebangsaan Perancis yang kini bermain dengan kelab Sevilla Sebastien Squillaci memenuhi ruang gosip di internet. Malah ia dilaporkan sendiri oleh media France yang boleh diyakini, Canal. Dan Arsenalaysia boleh mengesahkan Arsenal benar2 serius untuk mendapatkan pemain berusia 30 tahun ni kerana dah terpampang di laman web rasmi Sevilla.

Bahasa ibunda Fabregas, jadi apabila aku google translatekan memang sebijik apa yang di quote oleh media2 tapi  bila dialih bahasa kepada Bahasa Melayu melalui google.Ini yang akan anda dapat:

Arsenal HAS DITAWARKAN OLEH Squillaci, yang meminta untuk tidak bermain melawan Sporting BragaKamis, 19 Ogos 2010
IklanTechno dimediasi
Sebastien Squillaci mempunyai masa depan di udara. Ini diakui di luar mikrofon, timbalan sukan umum, Ramón Rodríguez Verdejo Monchi, yang mengatakan di lapangan terbang di Oporto bahawa Kelab tawaran dari Arsenal dan pemain sendiri berkata sebelum pertemuan teknikal tidak boleh bermain.

Hahah apa jua ayat pun, maksud yang hendak disampaikan tetap sama. Wenger sedang mencari paling kurang seorang lagi CB bagi melengkapkan kuota( selain Nordveit). Nordveit pula dalam perkiraan Wenger sama ada hendak diberi peluang atau dihantar sekali lagi menjalani peminjaman. Sayang kerana Nordveit nampak promising dan mungkin boleh memberi cover di RB ,CB mahupun DM dalam carling cup.Tapi jika kehadiran pemain baru, agak sukar untuk melihat Nordveit memecah masuk pilihan utama jadi loan adalah jalan yang terbaik bagi kedua2 Arsenal dan pemain itu sendiri. Kembali pada rahsia didalam laci tentang Squillaci, bagaimana pendapat anda? adakah ia partner bagi Mael ataupun sekadar back up menggantikan tempat Silvestre dan Campbell sebagai kuda tua.30 tahun tidak lah tua sangat, umur matang bagi CB, berpengalaman antarabangsa, watak penting ketika  fairy tale  Champions league Monaco ,road to final 2003/2004 di mana dia menjaringkan salah satu dari 2 away gol di Bernebau membantu Moncao ke separuh akhir.Harganya dianggarkan 8M.seorang perkerja yang baik tidak pernah bising jika tidak diturunkan mengikut apa yang didengari.. Apapun jika Wenger serious, pasti ada sesuatu yang Wenger nampak padanya.kalau benar, harap dia dapat memberi saingan positif pada Mael, Jozan, Kos dan rakan2 lain.

Lumrah hidup, ada yang masuk, ada juga yang keluar.Armand Traore mungkin akan ke Benfica dengan negotiation sedang berlangsung, Difahamkan Arsenal meletakkan harga 3.2M.Traore yang pernah dipinjamkan semusim bersama Pompey gua rasa lebih efektif ketika overlap tapi agak gugup dan tak tahan dek tekanan ketika di asak di bahagian fullback.Dengan Gibbs kini telah memintas senarai pilihan di belakang Clichy, Traore mungkin terpaksa mencari alternatif lain untuk terus mengembangkan kerjaya.Tapi aku terpikir jugak kalau kedua2 Clichy dan Gibbs diangkut ambulans apa jadi nanti.Seorang lagi bakat muda yang gua rasa sayang kalau Arsenal lepaskan adalah englishman Jay Simpson.. Fizikalnya mengingatkan aku pada mendiang David Rocastle dan Arsenal sedang menanti2 penyerang English yang hebat selepas era Smih dan Wright. Tapi yang tak berapa enak didengar adalah kelab yang ingin memilikinya adalah Hull City. Apa hal? takde hal lah selagi mereka beraksi di Championship. 


0 ulasan: