Rabu, 4 Ogos 2010

'Martin Keown' baru?

Emir Spahic.. atau EMIRates Spahic- nama pun dah Arsenal bound?

Seperti yang semua sedia maklum, Kapten Bosnia yang bermain untuk kelab Perancis, Montpellier, telah mendedahkan Arsenal sedang berusaha memancingnya ke Emirates dan dia sangat teruja dan tak sabar. Satu lagi signing jenis Wenger ketika media memberi harapan nama2 popular seperti Zapata, Mertesacker.Namun pemain Jerman tersebut telah dicop bukan untuk dijual oleh kelabnya Werder Bremen yang perlu memikirkan lagi umpan2 yang datang kepada seorang lagi pemain mereka Ozil. Kembali pada kapten  Bosnia ini, aku rasa kalau benar, satu langkah yang bijak dari Wenger. Jozan tengah berdoa tak dihimpit kenangan silam, Koscielny kini bercita2 membina badan menyiapkan diri dengan corak fizikal, Mael menumpukan perhatian untuk mengekalkan persembahan bertenaga musim lepas, Nordveit pulak bercita2 menjadi Steve Bould, main Rb dulu baru ke posisi asal CB.

Hadirnya kapten Bosnia yang nampak berani dan 'garang', tak makan dek buli ala2 lagenda Martin Keown ini boleh menghasillkan satu dimensi baru dalam corak pertahanan Arsenal. Sekurang2nya umurnya 29 boleh dikira matang dan berpengalaman di peringkat antarabangsa , telah menjelajah pelbagai liga walaupun tidak begitu dikenali. Persoalannya, apakah gandingan CB yang akan diguna pakai nanti, ini akan menimbukan persaingan yang pasti syok kerana masing2 pasti taknak duduk diam hanya menanti peluang dari bangku simpanan.  Zenit boleh beli pemain samseng macam Bruno Alves semahal 22M,Aku percaya  Wenger boleh dapat lebih bagus daripada itu.







Dalam pada itu, Sanchez Watt dengan rambut baru membuatkan  gua nyaris tak kenal, terus dibiarkan berkembang dalam proses peminjaman kali ini ke kelab gah seketika Leeds United yang baru dinaikkan ke Championship. Selamat maju jaya Watt.Entah kenapa bila saja sebut nama si Watt ni aku teingatkan watak Walt dalam siri bersiri Lost...Watt, jangan lost sudah lah, kembali ke Arsenal dengan selamat dan berilmu.


0 ulasan: