Ahad, 29 Ogos 2010

Adakah menjadi pemain terakhir tinggalkan padang memberi kesan terhadap rumors masa depan?

Ini adalah post yang ke 1001. Tidak ku sangka. Terima kasih kepada anda. Ok, Berbalik kepada transfer rumors, Wenger selepas match berkata transfer market umpama sudah mati, tiada pergerakan katanya mungkin kerana pasukan yang memiliki pemain tidak mahu menjual dek kerana peraturan 25 pemain. Itu kata Wenger yang pada aku hanya boleh didengar, percaya ..err..kurangkan. Wenger tidak pernah menjadi desperado dalam market. Itu modus operandi businessnya. Mungkin juga transfer market bukan sekejung yang disangka, Mark Hughes masih belum menurunkan Schwarzer dalam sebarang perlawanan pun musim ini alasan adalah kerana penyakit misteri itu.Tapi selepas match semalam Hughes mengakui Schwarzer begitu sangap untuk bermain untuk Arsenal maka dia melihat option lain. Shay Given kini dalam radar mereka, satu kerbarangkalian yang tinggi kedua2 mereka akan reunite kembali. Hanya dengan cara itu Fulham akan melepaskan pemain Australia.

Mengapa Arsenal sendiri tak angkat Given? Persoalannya adalah City sanggup menjual kepada rival yang boleh menutup peluang mereka ke UCL musim depan. Sudah pasti timbul PHD di situ, perasaan hasad dengki lebih2 lagi ketika Arsenal telah pun 'merompak' 40M dari mereka musim lepas.Jadi secara sembang kedai kopinya mudah, Schwarzer ke Arsenal jika Given ke Fulham. Tapi adakah Arsenal sedia mempunyai sehingga 5 GK.Sudah tentu tidak, Wenger pernah berkata seorang akan dihantar loan dan mungkin antara 2 keeper muda tersebut. Maka siapa pulak yang boleh dikeluarkan dalam baki 2 hari transfer, masih kah ada masa atau lebih penting adakah ada pembeli bagi Almunia dan Fabianski? Ada ura2 dari Tweeter dan blog2 Asenal mengatakan selepas perlawanan menentang Blackburn, Almunia berpatah balik ke arah away crowd dan melemparkan jersey dan armbandnya sebagai tanda penghargaan dan kenangan ,malah adalah orang terakhir yang meninggalkan padang , nampak sebagai tanda selamat tinggal. Hmmmm..namun Eboue jugak pernah melakukan yang sedemikan rupa jadi perkara tersebut tidak berapa boleh diambil pusing tapi kenapa Almunia memilih match ini yang 2 hari lagi nak tamat transfer windows untuk tiba2 buat2 caring touching dengan penyokong Arsenal, mungkin dia mengetahui akan nasibnya...Tunggu dan lihat


0 ulasan: