Sabtu, 21 Ogos 2010

BENCINTA GALLAS?




JIka Gallas menyeberangi Emirates Stadium ke WHL yang dilihat semakin pasti, satu saja pesanan aku, Benci Spurs, biarkan Gallas. Mengapa kita tidak harus terikut2 dengan perangai mengutuk dan mengkeji pemain terutama yang pernah bersama berjuang dengan kita? Jawapannya mudah kerana kita bukan Spuds dan Gallas bukan Adebayor. Jangan kita rendahkan mentaliti kita setaraf dengan jiran yang tak sedar diri tersebut memburukkan mencerca dan memaki Sol Campbell setelah dia melakukan penghijrahan popular pada era itu.Kita adalah Arsenal dan para penyokong Arsenal pada aku, aku yakin mempunyai class tersendiri. Pada Spurs pula mereka mungkin merasakan  'kejayaan' mereka mendapat Gallas ini seperti kejayaan membalas dendam seperti mana kes Campbell dulu, maaf, tidak berlaku. Kita berjaya mendapatkan Campbell secara percuma pada ketika musim kemuncaknya dan kita telah menggunakannya semaksimum yang mungkin. Gallas pula biarpun juga secara percuma tetapi mungkin agak terlewat bagi mereka merasai 100% kudrat pemain France, lebih2 lagi dengan masalah kecederaan yang membelenggunya saban musim. Bukan nak menyedapkan hati tapi itulah realiti. Namun aku tidak boleh menafikan, good signing bagi siapa sahaja yang mendapatkannya.


Wenger pernah bagitau bahawa dia inginkan Gallas stay tapi usaha Wenger adakah bersungguh2? Jika Wenger rasa kepentingan Gallas pastinya kontrak telah diikat seawal yang mungkin dan tidak membiarkan rundingan tertangguh2 sehingga akhirnya Gallas memilih untuk tidak lagi bersama.Pada situasi ini pada aku Wenger berasa seperti ' kalau sign bagus, kalau tak dapat pun it's ok, tidak mengapa, kita fokus pada option lain'. Tiada keseriusan di situ untuk mengekalkannya seperti mana Wenger kata beliau selalu cuba untuk mengekalkan pemain terbaik seperti kes Fabregas. Maksud aku di sini bukan kerana Wenger pilih kasih, tetapi Wenger rasa inilah masanya, dan perlu untuk membiarkan Gallas dengan emosi dirinya serta bagi menghoramati Gallas Wenger tidak akan lagi menjadi penghalang pada masa depannya.Wenger mengakui betapa pemecatan Gallas merupakan antara keputusan sukar yang dilakukan dalam kerjayanya dan dia rasa terhutang dengan reaksi Gallas yang membalas dengan cukup profesional, fokus dan komited.Gallas adalah seorang fighter tetapi kepalanya tidak sekapal dengan kebanyakan pemain yang berada dalam bilik persalinan.Itulah sebabnya pemisahan Gallas ini menjadikan Arsenal lebih senada dengan cogankatanyVictoria Concordia Crescit yang membawa erti 'Kejayaan lahir dari keharmonian'. 


Episod Gallas di Arsenal telah berakhir, banyak pasang surut dan boleh diakui lebih banyak kontroversi yang dipotretkan media. Dia tiada pilihan sudah puas mencari majikan akhirnya dia masih kekal di Utara London tetapi bersama Spuds. Dia hanya nak main dan biarkan dia main.Terima kasih atas kesediaan berjuang bersama Arsenal 4 musim ini. Aku tak berhasrat mengucapkan selamat maju jaya padanya di WHL tapi aku mengharapkan selamat dari segi kemanusiaann. Jumpa di NLD dan pada ketika itu aku harapkan semangat melawannya tidak pernah kurang walaupuan  0.1%. Kerana ia pasti akan menyemarakkan lagi emosi menjadikan NLD yang lebih ditunggu2 November ini...





0 ulasan: