Ahad, 1 Ogos 2010

Pra Musim : Emirates Cup

"Kalau aku nak beli kuda ko. tapi ko taknak jual, adakah kita akan teruskan dengan segmen seterusnya iaitu tawar menawar? jawapannya pasti tidak bukan?" Arsene Wenger tentang cerita kuno Fabregas.

Jawapan panjang lebarnya hanya bermaksudkan carlos Puyol bermuka seperti Kuda. Simple. Agak beberapa hari blog ini tergendala tetapi nampaknya tak banyak sangat yang aku miss cuma cerita2 yang berulang tentang impian busuk Barcelona. Mual, muak dan bosan. Wenger juga mengeluh selepas post match semalam, baru habis satu perlawanan menarik tapi mereka di sana tetap terpaksa membincangkan cerita tersebut, dunia bola sepak bagai tiada cerita lain. Keluhan Wenger tentang peraturan baru FA dengan pendaftaran 25 pemain bukan bererti Barcelona boleh mengambil kesempatan, kononya jika peraturan itu terlaksana, Wenger harus menjual dahulu sebelum menambah bilangan bagi mengisi slot 25 pemainnya- Kalau Barca berfikir begitu maka mereka silap kerana Arsenal takkan sesekali membuka menja rundingna. Buat Cesc pula, sekembalinya dia pulang semuala bersama RVP, Wenger menuntut satu komitmen yang tinggi, daripada Spaniard yang merupakan kapten Arsenal. Ya, ada suara2 yang melontarkan kegusaran bagaimana seorang kapten boleh berpaling tadah, dan buat rakan2, Cesc hanyalah mangsa yang tersepit di tengah2 dan sukar dipersalahkan . Ini anyalah satu taktik dari Barcelona untuk memburuk2kan lagi hubungan diplomatik antara Cesc dan para gooners dan jika kita terikut2 menari dengan rentak irama wajah pura2 yang bertopengkan wira, maka Barcelona selangkah ke hadapan dalam pelan 'projek'nya.

Dan perlawanan malam semalam menentang AC Milan barulah logik. Logik melihat Verminator memakai armband daripada pra musim sebelm2 ini dengan muka2 seperti Silvestre dan Sanderos mengetui pemain keluar terowong.Bakat kepimpinan semulajadinya benar kelihatan, menjadi orang ketiga, naib kapten di belakan timblan RVP dan penyandang arm band Cesc Fabregas. Seorang lagi wajah yang sering diperbadutkan memakai armband , Almunia tidak kelihatan walaupun di bangku simpanan. Aku dapat merasakan Wenger telah menetapkan siapa penjaga gol yang akan bertemu Liverpool, kita harus bersedia dengan kemungkinan Fabianski menjaga gawang di Anfield- kali terakhir dia di sana, bolos 4 bijik  terimakasih kepada magic Arshavin yang melupakan seketika kegelabahan sistem pertahanan kita pada malam itu. Kenapa Fabianski? Kerana Wenger sudah terang lagi bersuluh hilang kepercayaan terhadap Almunia dan berita tentang pencarian penjaga gol baru memekatkan lagi gosip ini. Szczesny yang dicangan2 sebagai keeper masa depan, hanya mampu duduk di bangku simpanan, mungkin terlalu awal bagi Wenger untuk menggantung harap pada penjaga gol semuanya.Manone pula tak melakukan sebarang kesilapan untuk dilepas pandang. Jadi antara memilih salah seorang daripada kedua penjaga gol muda, Wenger dengan kononnya tidak ingin mengguris hati terpaksa memilih Fabianski yang lebih 'berpengalaman'.Wenger juga dari dulu menganggap Fabianski adalah world class stopper manakala kejadian2 aneh yang berlaku adalah lumrah kepada penjaga gol katanya, Wenger ingin menambah penjaga gol? tidak, selagi salah seorang daripada 4 itu tidak dipindahkan.Mustahil Wenger menyimpan sehingga lima penjaga gawang. Menambah lagi sebab mengapa Wenger tidak akan menambah penjaga gol adalah kerana Sol Campbell telah memlih Newcastle sebagai destinasi barunya. Terima kasih The Soul atas segala persembahan berjiwanya selama ini. Sol mungkin pergi ke sana dengan alasan lebi banyak peluang bermain dan aku tidak menyalahkan pilihan ampbell melihat pada situasi umurnya. Maka dengan itu, Wenger menetapkan satu lagi slot transfernya untuk seorang lagi CB. Alex Song hanyalah cover tapi seperti diakui Wenger belum mampu mebaca rentak lawan dengan semulajadi, Nordveit perlukan lebih pengalaman dan salah satu caranya adalah meletakkannya ke posisi RB, backup kepada Sagna dan Eboue. Ada beberapa nama, Wenger tidak mahu mendedahkan. Masih ada sebulan untuk media melakukan suratkhabar mereka dengan satu demi satu nama dikaitkan dengan Arsenal.



Sudahlah, kembali kepada bola sepak. Flamini kembali tapi diboo dengan cukup kuat. Kesian pun ada tapi biasalah, u get what u deserved seperti orang putih selalu cakap. Marwan Chamakh menjaringkan gol pertamanya di rumah baru Emirates. Nampak seperti seorang pemuda yang baik,dan tak tinggi diri paling penting team player. Tidak tamak , mungkin bakal menjadi seorang yang disayangi seperti Eduardo. Melihat Bendi semalam tak senang duduk, pastinya dia terpikir perlunya mengubah rentak egonya jika ingin kembali mendapat tempat dalam kesebelasan kerana gandingan Chamakh Arshavin dan RVP pastinya menjanjikan suatu yang menarik musim ini.Abaikan keputusan seri tapi Milan sebenarnya tak banyak mencipta peluang. Dapat freekick dari ihsan pengadil yang agak terburu2 ke atas Sagna.Tapi yang mengecewakan adalah duri dalam dagign Arsenal, defending set pieces. Sampai bila masalah ini berlarutan, sumpahan siapakah ini. Namun begitu pemberlian baru seorang lagi, Laurent Koscielny tidak megecewakan. Beberapa interception yang baik dan tackle yang menarik, berani 'masuk' ke arah lawan membuatkan penonton bertepuk tangan memberi semangat. Cuma fizikalnya yang seakan2 Mark Randall membimbangkan apabila pemain sebesar Flamini pun mampu mendatangkan masalah kepadanya dalam satu insiden. Ya, Mark Randall, aku ingat jika gol semalam pastinya jadi satu testimoni baik bagi Mark Randall. Aku rasa saban tahun dia bersungguh2 ketika diberi peluang tapi mungkin bukan disini .Masa depannya di Arsenal belum kelihatan, dan dengan lambakan pemain tengah,aku tak nampak dari mana Randall boleh menyelinap masuk.Miss chances semalam benar2 membuatkan keyakinannya tersembam mendadak, boleh dilihat di raut wajahnya.

Pemain muda seperti Wilshere dan Gibbs tidak menghampakan. Yang menarik mata aku adalah combative Frimpong.Pemain muda yangpernah diberi kerakyatan untuk bermain untuk England sebaliknya kekal bersama tanah asalnya Ghana adalah satu prosepek yang berharga. Eassien bernah memberiahu awasi kemunculan Frimpong, dan dia tidak tersilap. Frimpog adalah mentee kepada Song.Bayangkan kedua2nya dihadapan back 4 yang diketuai oleh Mael, memberi keseimbangan kepada barisan serangan dan free flow keapda Fabregas arkitek kepada setiap gerakan.pergh..aku terlalu berkhayal tapi tanpa khayalan ipian tidak menjadi nyata. Kemudian Wenger cuba bereksperimentasi , mencuba Jozan di bahgaian DM.Wenger tahu dia harus membiasakan permain2nya dalam kepelbagaian posisi kerana sampai masa yang tak diundang nanti, perkara2 seperti kecederaan yang tak diingini berlaku, maka dia perlu menyediakan payung lebih awal.  Namun sebaik Wenger mengeluarkan Rosicky, Chamakh dan Arshavin rentak Arsenal mula berubah kerana ketiadaan target man semulajadi. Semuanya mengharapkan kepantasan Walcott dan trick daripada Vela.Ketika pasukan di sebelah sana sedang tak habis2 sebok dengan 'Chikaro' mereka, Vela yang baru meng'upgrade' nombor jerseynya pastinya ingin membuktikan dia lebih baik daripada rakannya yang baru dapat permit itu musim ini.

Denilson Song dan Diaby takkan ersiap untuk match malam ini akibat kecederaan paling pantas pun minggu depanmereka akan kembali  ketika menentang rakan2 lama Fabianski . Tetapi Bendi perlu mengunggu berminggu2 lebih lama, seakan pasti terlepas persaingan dpembuka tirai di Anfield. Jadi malam ini selepas mengetahui keputusan antara Milan dan Lyon, Arsenal bolehlah berkira2 berapa gol perlu dijaringkan ke atas Celtic bagi mengekalkan piala Emirates di rumahnya, utara London. Aku gemar bertemu pasukan dari UK kerana ia akan meguji pendedahan fizikal seperti pasukan2 di EPL nanti. Sayang Eduardo keluar agak awal sedikit. Arsenal 3- Celtic 1.. untuk Eduardo..

01/08 Arsenal vs Celtic at 2315 (Live)


4 ulasan:

Nadira R berkata...

Quote Arsene,
Beli kuda? bukan rumah ke?

Seronok baca in Malay version.
Rasa macam baca buku cerita pulak.
Teruskan menulis in Malay k.

And keep on misspelling those words. kinda funny.=P

Gunners & Roses berkata...

Ahahahahahahaa..adoi lawak gak.. macam mana boleh tersilap baca aa.. Tq la Miss Nadira.. mula2 taip tu terpikir gak apsal Wenger buat analogi pakai kuda ni, tapi dah nak cepat bantai jek tak recheck balik. kah kah kah.. apa pun, tq for your support.. house ke horse ke Puyol tetap bermuka kuda.huhu

Tanpa Nama berkata...

haha betul2..puyol suck

missnadira berkata...

hahahaha.tape.belasah je wak.:P:P