Sabtu, 28 Ogos 2010

Post Match : Bunuh saka Big Sam

 

Berdebar2 di minit2 akhir tatkala defend kita nampak masih lagi longlai dan bila2 boleh tertangkap.Apapun mengenangkan team Arsenal mengikut mapuan pada ketika ini, 3 mata penuh dari Edwood Park wajar diberi kredit. Belum full gear masih ada beberapa muka dan watak penting yang masih belum full fit terutama Fabreags dan kekadang hilang fokus terutama dibarisan belakang Clichy, Mael dan Kos.Namun dengan Walcott yang tengah on form , sedikit memberi kelegaan, jaring sampai rabak dibuatnya.Sekali lagi smart teamwork, smart team goal. Assist yang cantik dari RVP. Selepas itu , bantuan kerja keras Sagna yang tidak membiarkan bola keluar memberi gerakan terhadap gol Arshavin.

Positifnya ialah mereka bermain fizikal, kita tidak termakan dengan taktik kotor Big Sam dan terus bermain dengan cara sendiri control game pass sana sini dan sesekali juga memberi saingan fizikal melalui Diaby dan Song.Lawa rambut tapi gua tak berapa berkenan mengingatkan pada Abel Xavier.Wilshere pada satu scene turut sempat menunjukkan kecik bukan sebarang kecik apabila berjaya mengasak Samba yang 2 kali sizenya. Antara yang negatif adalah kecederaan lutut yang dialami oleh RVP memaksa dia dikeluarkan diganti oleh Chamakh. Chamakh juga masih dalam proses menyesuaikan diri dan game2 bertemu pasukan seperti Blackburn ini sedikit sebanyak memberi erti apa itu BPL.- Sepertimana juga pelajaran yang dipelajari oleh Koscielny malam tadi dari si Diouf. Berbaliik pada kecederaan tadi, moga2 tiada yang buruk buat RVP.Walaupun transfer masih terbuka aku tak nampak yang Wenger akan keluar mencari seorang lagi striker jika malang terus menimpa ke atas RVP.DenganBendi out, segalanya mungkin dibahu Chamakh, Arshavin Walcott atau juga peluang buat Vela.

Fabregas on off dan on semula pada separuh masa kedua sebelum dikeluarkan. Rosicky masuk tapi impak ketika bertemu Liverpool dan Blackpool kurang dijelmakan semula. Mungkin kerana pendekatan Blackburn yang menutup ketat ruang Fabregas diteruskan ke atas penggantinya. Kapten Jack pula pastinya kecewa gagal menyudahkan peluang ketika Capello sedang asyik menonton aksi. Berita dia tidak disenaraikan pastinya membuatkan pemain England ini berkobar2 nak buktikan kemampuannya tapi sayang tergelincir di depan pintu gol.Namun ada baiknya dia tidak disenaraikan bersama skuad utama kata Wenger kerana jika bermain dengan U21 dia lebih banyak mendapat peluang daripada si Psiko.

Pertahanan setiap kali set pices, corner atau lontaran ke dalam Padersen gua memang tak boleh duduk tenang.Resah dan gelisah. Mungkin kehadiran orang lama dan kepala seperti Squillaci nanti yang lebih berpengalaman dapat kasi cool down sedikit member2. Antara keempat2 defend, Clichy dilihat malam ini agak gugup beberapa kali terperangkap selain gol Blackburn kelihatan komunikasi dengan Almunia seperti tiada line di situ, tiada coverage mungkin.Adakah faktor kerana kurang track back dan bantuan cover dari sebelah kiri yakni Arshavin? Itu perlu dianalisis semula. Jika 4-3-3 macam taktik berani mati,lupa diri, serang serang serang dan terus serang sehingga bagaikan 'kera di hutan disusukan, anak di rumah main playstation(Gaya Karam Sing Walia)  tapi lupa untuk bertahan,  Wenger perlu lihat kembali pada option asas 4-4-2 degnan lambakan pemain tengah dalam kem kita sekarang yang mungkin boleh kasi keseimbangan antara pertahanan dan serangan.

Malam ini 3 mata. Ini secara tak langsung boleh menambahkan konfiden untuk match2 away yang pakai saka seperti Stoke dan Bolton. Sebelum sepak mula kita dapat  tahu kita ada 'date' dengan Spuds dalam carling Cup. Orang tu pun dah main champions league, kita tengok mana satu keutamaan diorang sekarang berdasarkan skuad yang akan diturunkan. Poning la kepala ekau, padan muko baru nak raso! haha,,


0 ulasan: